Buat Pesanan Online Boleh Beri Manfaat Pada Restoran & Pelanggan !

Buat Pesanan Online Boleh Beri Manfaat Pada Restoran & Pelanggan ! Assalamualaikum korang ! Selamat Sejahtere semua. Tak sabar nak tunggu pengumuman Kerajaan. Adakah PKPB di Selangor ini akan tamat atau pun bersambung lagi? Kalau ikut kes negara kita ini, setiap hari boleh di katakan kes Covid-19 ni, meningkat. Selangor terutamanya. Tapi, jumlah kematian masih boleh di kawal , Syukur ! Erm...kalau bersambung lagi PKPB ni.. mummy WFH lagi lah, nampaknya. Bila mummy Work From Home (WFH) sepanjang PKPB di Selangor ini, boleh di katakan mummy kerap jugalah buat pesanan secara online untuk order food , beli barang runcit, beli barang keperluan rumah, beli barangan education serta pakaian.

Untung ke rugi buat pesanan secara online ye? Okay meh mummy sharekan kepada korang kenapa mummy sendiri buat pesanan online? Tak rugi ke? Tak mahal ke?


KELEBIHAN PESANAN ONLINE BUAT PELANGGAN


Ini semua adalah pendapat mummy sebagai seorang ibu WORK FROM HOME (WFH), seorang online seller dan juga seorang Takaful Advisor ini. Apa kelebihan mummy sebagai pembeli, yang gemarkan buat pesanan secara online ni?

Sahut Seruan Kerajaan
Sebagai seorang rakyat Malaysia, mummy sahut seruan kerajaan untuk duduk di rumah jika tiada urusan penting di luar
Hanya keluar rumah atas urusan penting sahaja. itu pun, mummy akan limitka masa perjumpaan supaya dapat menjamin keselamatan selain mematuhi arahan penjarakan sosial.
Jimat Masa Memasak
Selama beberapa bulan ini, mummy juga mengkaji bahawa pesanan online terutama order food ini jimatkan masa mummy ketika di dapur.

Nampak macam mudah kerja-kerja di dapur. Padahal masa untuk prepare makanan, masa untuk memasak, masa mengemas dapur dan masa untuk menyediakan makanan bukanlah masa yang singkat.

Pesanan online makanan, boleh jimatkan masa 2 jam mummy tau !

Multi Tasking
Bila masa mummy dah jimat, mummy boleh slotkan masa yang  berharga tu dengan kerja-kerja mummy yang lain

Dan mummy akan lebih multi tasking dalam hari mummy.

Fokus Kepada Kerja
Bila mummy memilih pesanan online untuk makan kami sekeluarga. Fikiran mummy boleh fokus 100% kepada kerja mummy. Tak ada istilah WFH ini, tidak fokus terhadap kerja.

Kelas Anak Tidak Terabai
Selain kerja, mummy dapat slotkan masa mummy di rumah dengan monitor anak-anak. Terutamanya pelajaran online mereka dan kerja-kerja sekolah mereka.


KELEBIHAN PESANAN ONLINE BUAT RESTORAN


Order online ini bukan sahaja banyak kelebihan kepada pembeli, semestinya ada kelebihan buat restoran makanan itu sendiri.


Bisnes Zaman Pandamik
Seperti yang kita tahu, banyak peniaga di zaman pandemik ini kebanyakan bisnes mereka terpaksa bungkus. Terutamanya, pengusaha yang terlibat dalam industri pelancongan.

Dengan adanya bisnes makanan secara online ini, at least mereka dapat opportunity untuk bantu kewangan mereka untuk sementara waktu.

Pendapatan Pekerja Sepenuh Masa
Adanya, order online ini juga. Pendapatan pekerja sepenuh masa terjamin dan tidak tergugat.

Pendapatan Tambahan Buat Pekerja Separuh Masa
Manakala, pekerja-pekerja sektor lain yang terjejas. Mereka juga boleh menjana pendapat sampingan dengan bekerja separuh masa di bidang makanan ini.

Jimat Untuk Kos In House 
Kelebihan pesanan dan bisnes food online ini dapat jimatkan kos ulititi restoran juga. Seperti air, elektrik dan juga in house servis

Database pelanggan
Secara tidak langsung restoran juga ada database pelanggan. Mudah lepas ini mereka nak hebahkan promosi restoran mereka serta memudahkan sistem marketing mereka kepada pelanggan .

Buat Pesanan Online Boleh Beri Manfaat Pada Restoran & Pelanggan !



Secara amnya, Buat Pesanan Online Boleh Beri Manfaat Pada Restoran & Pelanggan ! Salah satu servis yangg berguna untuk restoran dan pelanggan adalah Foodpanda. Ya, mummy banyak membeli dengan Foodpanda juga tau.

Kerana Foodpanda ada banyak promosi seperti diskaun pembelian, penghantaran percuma dan aplikasi mereka sangat friendly juga.

Korang macam mana?
7 comments on "Buat Pesanan Online Boleh Beri Manfaat Pada Restoran & Pelanggan !"
  1. Betul tu Linda, bila order food delivery nie kita jimat masa nak memasak tu kan. Boleh lah kita buat keja lain pulak.. nasib ada Food Panda kan.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Sayalah salah sorang pengguna tegar FoodPanda ni hihi

    ReplyDelete
  3. tak pernah order lagi dengan foodpanda

    ReplyDelete
  4. Memang sekarang ni FoodPanda je senang
    ..haha

    ReplyDelete
  5. Betul tu mummy. Kita setuju... Jimatkan masa... Dapat tlg restoran survive n abam2 food panda survive jugak... Yg penting kitaran ekonomi x terjejas kan

    ReplyDelete
  6. Ha'ah sekarang ni memang kerap order online je sebab jarang memasak dekat rumah so jimat duit nak beli bahan mentah sebab harga barang makin naik sekarang ni.

    Farhana Jafri

    ReplyDelete
  7. Untuk office nyer meeting pun akak guna FoodPanda je, senang

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com