Scott’s Gummies DHA Terbaharu 3 Perisa Dalam Satu Botol

Scott’s Gummies DHA Terbaharu 3 Perisa Dalam Satu Botol -  Mummy dan ibu lain di luar sana, semua inginkan anak mereka  membesar secara bai...

Scott’s Gummies DHA Terbaharu 3 Perisa Dalam Satu BotolMummy dan ibu lain di luar sana, semua inginkan anak mereka membesar secara baik dari segi fizikal, mental dan emosi. Kita sentiasa mencari jalan untuk memberikan nutrien bagi perkembangan yang sihat.

DHA adalah blok binaan utama untuk otak dan retina yang turut menyumbang kepada perkembangan otak dan mata yang normal. Scott’s Gummies dengan DHA membantu ibu membekalkan DHA untuk anak-anak kita.

Scott’s Gummies DHA Terbaharu 3 Perisa Dalam Satu Botol


Salah satu suplemen terbaik adalah Scott’s Gummies dengan DHA. Ianya dapat membantu ibu untuk membekalkan DHA untuk anak-anak mereka. Sehingga kini jenama Scott’s, dipercayai ibu bergenerasi lamanya. Ini kerana Scott’s Gummies dengan DHA bermatlamat untuk menyokong imuniti, pertumbuhan dan perkembangan anak-anak. Paling penting ianya memberikan nutrien dalam bentuk dan format yang menarik untuk kanak-kanak. Apatah lagi, Scott’s memperkenalkan pelbagai jenis Gummies yang menarik dengan DHA yang ada 3 perisa enak dalam satu botol. 

Bryan Wong, General Manager of Consumer Healthcare, GSK Malaysia, Singapore dan Brunei berkongsi tentang Scott’s Gummies terbaru bersama DHA dengan pelbagai perisa. 

Scotts adalah No. 1 di Semenanjung Malaysia untuk kategori Makanan Tambahan Kanak-kanak dan Vitamin C (Kanak-kanak). Anak-anak sangat cerewet tentang pengambilan makanan atau makanan tambahan. Mereka mempunyai pilihan rasa mereka sendiri. Oleh itu, amat penting untuk memastikan nutrien disediakan dalam format yang menyeronokkan dan menarik bagi mereka. Kami juga ingin memastikan bahawa mereka dapat menikmati Scott’s Gummies dengan DHA dalam pelbagai rasa dan mendapatkan nutrien sekerap mungkin. tambah Bryan Wong, Pengurus Besar, Penjagaan Kesihatan Pengguna GlaxoSmithKline (Penjagaan Kesihatan Pengguna GSK). 



Bryan Wong, General Manager of Consumer Healthcare, GSK Malaysia, Singapore dan Brunei (tengah) melancarkan produk terbaru Scott’s Gummies dengan DHA dalam pelbagai perisa. Turut ada di majlis pelancaran adalah Foo Hwei Jiek, Head of Trading of Watsons Malaysia dan selebriti Yasmin Hani. 

Scott's Gummies dengan DHA dalam pelbagai perisa buah, seperti strawberi, oren dan blackcurrant yang mengandungi semua kebaikan dalam satu botol/pek. Ketiga-tiga perisa buah ini didatangkan di dalam tiga bentuk berbeza iaitu ikan, sotong dan ketam. Produk ini didatangkan didalam pek/botol yang sangat praktikal. Walaubagaimanapun suplemen ini tidak menggantikan diet makanan sebenar. 

Yasmin Hani bersama Isabelle Tan of Z Power dan Muhammad Adam Haqimi daripada Generasi Z berkongsi pengalaman mereka merasai sendiri Scott’s Gummies dengan DHA terbaru dalam pelbagai perisa. 

Scott's Gummies dengan teknologi DHA mikroenkapsul dengan kebaikan DHA dari minyak ikan memberikan anak-anak dengan rasa yang mereka gemari. Selain DHA, Scott's Gummies dengan DHA juga mengandungi Vitamin D yang dapat membantu penyerapan kalsium dan fosforus.

Beli Sambil menderma Scott’s Gummies Bersama Anak Tempatan Bibir dan Lelangit Sumbing (Purchase and contribute to Scott’s Gummies for Local Children with Cleft Lip and Cleft Palate) 

Bersempena dengan pelancaran Scott's Gummies dengan DHA dalam pelbagai rasa, satu sumbangan khas akan diberikan kepada Smile Train, sebuah organisasi antarabangsa yang menyediakan pembedahan pembetulan untuk anak yang dilahirkan dan/atau hidup dengan bibir dan lelangit sumbing. Smile Train akan menyalurkan sumbangan kepada sebuah organisasi yang menyokong kanak-kanak yang dilahirkan dan/atau hidup dengan bibir dan lelangit sumbing di Malaysia. 

Sebagai jenama yang menyokong pertumbuhan anak-anak, Scott’s memulakan inisiatif ini untuk menawarkan peluang kepada anak-anak dengan bibir dan lelangit sumbing menjalani pertumbuhan dan kehidupan yang sihat. Di Malaysia, dianggarkan satu daripada setiap 700 bayi didiagnosis mengalami celah bibir dan celah-celah langit-langit. Melalui inisiatif ini, Scott’s komited untuk membantu anak-anak ini menjalani kehidupan normal dengan yakin, di mana setiap kanak-kanak layak untuk senyum kata Bryan Wong. 


Untuk setiap pembelian Scott's Gummies dengan DHA dalam pelbagai rasa, RM0.50 sen akan disumbangkan ke arah inisiatif untuk membantu meningkatkan kehidupan anak-anak tempatan dengan bibir dan lelangit sumbing. 

Bryan Wong, General Manager of Consumer Healthcare, GSK Malaysia, Singapore dan Brunei bersama sebahagian peserta kanak-kanak Generasi Z and Z Power di pelancaran terbaru Scott’s Gummies bersama DHA dengan pelbagai perisa. 

Peserta rancangan realiti, Generasi Z dan Z Power yang ditaja oleh Scott's Gummies dengan DHA, yang kini ditayangkan di TV3 dan 8TV, hadir di acara tersebut. Mereka terlibat dalam siri permainan yang menarik. 

Scott's Gummies yang baru dengan pelbagai jenis DHA, dijual pada harga runcit yang disyorkan sebanyak RM39.50 untuk sebotol 60 biji dan RM10.70 untuk pek 15 biji, boleh didapati di semua farmasi terkemuka. 

#scottsdhagummies #scottsrainbow #rainbowlaunch #ScottsMY #ScottsMalaysia #sponsoredpostbyScotts

Baca Ini Juga


2 comments

  1. Lama dah jenama nie kan, Kak Sue dulu makan yang cecair punya tu Linda. Sekarang dah ada untuk anak-anak pula, senang dah kan..

    ReplyDelete
  2. Ni fav Aaydan anak buah akak ni...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -