MENU BREAKFAST KUETIAU / KUEY TEOW / KWAY TEOW GORENG

MENU BREAKFAST KUETIAU / KUEY TEOW / KWAY TEOW GORENG - Assalamualaikum semua, Salam Sejahtera ! Bila Work From Home (WFH) ada masa, mummy ...

MENU BREAKFAST KUETIAU / KUEY TEOW / KWAY TEOW GORENG - Assalamualaikum semua, Salam Sejahtera ! Bila Work From Home (WFH) ada masa, mummy terlebih rajin juga. Walau WFH ni kita terkejar sana sini. Tapi, seronok juga masak pepagi buat breakfast. Boleh masak lunch lewat, kan? Waktu mummy nak buat entri ini, mummy dok teringat tentang ejaan yang betul untuk KUETIAU / KUEY TEOW / KWAY TEOW. Apakah ejaan yang sebenar? Haaa..Untuk ejaan sebenar, mummy terus semak di Kamus Dewan Bahasa Pustaka Online. Dan ejaan sebenarnya ialah [kué.tiau] | کوءيتياو

Definisi : /kuétiau/ sj makanan berwarna putih yg lembut dan berkeping-keping (dibuat drpd tepung beras). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)[kué.tiau] | کوءيتياو

PENTING KE MENULIS DI BLOG EJAAN YANG BETUL UNTUK KUETIAU / KUEY TEOW / KWAY TEOW


Bila kita buat entri blog ini, adakala di belenggu juga. Nak meNulis menggunakan ejaan yang betul atau pun ikut ejaan yang orang selalu Google. Semua ini, mempengaruhi enjin carian Google, keywords tak kena pun akan jadi amsalah juga, kan.. Hrm,,,

Okay lah, apa pun kita breakfast KUETIAU / KUEY TEOW / KWAY TEOW GORENG ler dulu ye !

MENU BREAKFAST KUETIAU / KUEY TEOW / KWAY TEOW GORENG




Tadaaaa, inilah MENU BREAKFAST KUETIAU / KUEY TEOW / KWAY TEOW GORENG mummy. Mummy suka basah sedikit tekstur yang macam Char Kuey Teow. Dan ada campuran kerang, taugeh, daun kucai dan telur. 

Perghhhhh dia punya rasa memang sedap giler !

RESEPI MENU BREAKFAST KUETIAU / KUEY TEOW / KWAY TEOW GORENG



RESEPI MENU BREAKFAST KUETIAU / KUEY TEOW / KWAY TEOW GORENG ini paling mudah, paling cepat. Tapi kalau tak cukup bahannya, tak jadi jugakkan. Lelagi kuetiau tu, kalau dah beli kena terus masak, tak tahan lama kalau kita simpan buat stok. Dan, tak boleh buat stok lelama, macam mummy ni senang je, nak masak baru beli. 

So, kalau tak beli, tak jadilah breakfast ni hehehe.

Sama juga dengan sayur kucai dan taugeh. Nak masak barulah mummy beli. Sayang kalau beli awal-awal , lepas tu tak jadi masak. Cepat rosak nanti.

Mummy masak KUETIAU / KUEY TEOW / KWAY TEOW GORENG ini gunakan resepi simple je !

Kuetiau
Cili boh siap blend bawang merah, bawang putih dan sedikit halia
Udang
Isi Kerang
Telur
Sayur Kucai
Sayur Taugeh
Garam
Kicap

Panaskan minyak, masukkan cili boh hingga naik minyak. Letakkan sedikit air asam jawa. Pecahkan telur , ratakan dengan sedikit garam dan tabur sayur-sayuran. Siap ! Nanti cantik nampak merah gelap, boleh juga tambahkan dengan sedikit kicap.

Kami makan dengan timun dan telur rebus je, senang !




KUETIAU / KUEY TEOW / KWAY TEOW GORENG ini antara fav food suami kita (daddy). SO, dia requests nak bawa bekal. Hehe padahal sebelum keluar kerja dah makan breakfast sesama. Jadi kita bekalkan juga.

Jarangakn orang lelaki ni, nak bawa bekal. Alhamdulillah, penangan WFH dapat melayan selera laki kita Kalau tak WFH, memang tak done ler nak bekalkan semua mcm ni,

Tapi, laki kita pun , kalau tak kena selera. Tak ada dia nak request bekal pun. Bekal air panas, air masak je lah yang wajib kita bekalkan untuk laki kita setiap hari hehe

Amacam?? Macam isteri mithali, dak?? Hahaha..Dah !! Jangan muntah ijoooo ye !

Baca Ini Juga


7 comments

  1. Ok..baru tahu ejaan sebenarnya adalah "Kue Tiau" selalu eja kuey teow je.. Hehe... Btw..kue tiau ni memang fav leya..

    Errmmm.. Incik Otomen gi keje memang bawak bekal hari2 kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow tak jemu ke tiap hari mkn kue tiaw ni hehe

      Delete
  2. semalam baru masak..memang sedap hehehehe

    ReplyDelete
  3. Wow sedap..sy memang peminat setia kue tiaw kerang...tapi sekarang susah nk cari stock kerang...kebanyakkan mall jual kerang bulu..rasa kurang lah..dgn resepi yg di kongsi ni sy nak repeat lagi..hehe

    ReplyDelete
  4. Kat rumah ni.. Kueytiaw mmg fav kami seisi keluarga kalau compared dengan mee kuning tu... Terus rasa esok pagi nak buat kueytiaw

    ReplyDelete
  5. Akak kan...masak kuew tiow ni mmg failed...hehehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -