HAPPY NEW YEAR 2021

Hai..Assalamualaikum semua ! Rasanya macam belum terlewat lagi kan untuk mummy ucapkan HAPPY NEW YEAR 2021 kepada semua ! Moga tahun 2021 ini, tahun yang baik buat kita semua ! Amin. Mummy ni, dari bulan Disember 2020 sehinggalah awal Januari 2021, mummy punya jadual sangatlah pack. Macam ini lah, bila kita kerja sendiri kan. Kalau sehari ada 48 jam, mahu 48 jam pun sibuk juga hehehe. Sebenarnya tak sihat juga kalau terlalu sibuk. Sibuk amcam mana pun, rehat, tidur tu memang akan mummy cukupkan juga. Badan pun nak rehat kan !


HAPPY NEW YEAR 2021 !


Alhamdulillah penghujung tahun 2020, mummy sempat kejar beberapa wishlists mummy. Penutup tahun yang agak baik walau dalam keadaan kelam kabut sedikit. Manakala, awal tahun baharu 2021, mummy dan keluarga tidak sambut di mana-mana. HAPPY NEW YEAR 2021 di rumah sendiri aje, habiskan kerja-kerja sebelum bercuti. Ya, daddy last minit pula nak bercuti nak rehatkan diri. Sebab beliaun baru sahaja discharge dari hospital. Nanti bebila free, mummy story di blog ye tentang daddy masuk wad tu ha.


31 Disember 2020, masuk ofis siapkan sedikit kerja dan selepas tu sambung buat kerja di rumah. Mummy lebih banyak kerja di luar. Masuk ofis jika ada urusan tertentu sahaja.





Alhamdulillah, 99% clients mummy dah dapat Kalendar 2021 dari mummy. Macam biasa mummy sejenis suka hantar Kalendar 2021 awap-awal. Ada beberapa clients lama yang belum dapat sebab plan nak jumpa. Dan, tak sempat nak jumpa lagi. Hehe kalau pos, dah selamat sampai gamaknya kan.
 
APA WISHLISTS 2021?

Kalau dedulu wishlists tahun baru nak kurus aje kan ! Tapi, bila dah berumur gini mummy tak letakkannya as priority. Wishlists mummy untuk tahun 2021 ini dan tahun mendatang adalah :-

1. Nakkan financial freedom, selesaikan semua hutang yang ada dan hanya tinggalkan hutang rumah sahaja. Sebanranya bab financial freedom ni dah lama plan, dari 2012. Dan bila mummy semak, dari tahun 2016 - 2020 ini mummy dah selesaikan sebanyak RM130K hutang yang ada termasuk bayaran ansuran rumah, kereta . Alhamdulillah, banyak juga dah selesainya. Daddy macam mana? Daddy tak banyak buat hutang hehe. Sebelum kenal dengan beliau tahun 2010/ 2011 beliau tak ada hutang apa-apa pun termasuklah hutang belajar pun tak ada. Nak dekat-dekat tarikh kahwin, barulah beliau ada hutang ASB loan dan juga hutang beli kereta. 

2. Bila dah ada financial freedom ni, bolehlah kita saving lebih sedikit kan. Untuk masa tua, untuk umrah, haji dan juga untuk pembelajaran anak-anak.

3. Dalam masa yang sama, protection, insurance takaful juga wajib ada buat kami sekeluarga . Alhamdulillah, semua dah ada... tinggal nak tambah je sedikit lagi.

4. Wishlist seterusnya, nak besarkan sedikit empayar bisnes. Untuk persaraan (eh, agent insurance ada persaraan juga ke?). Nak besarkan agensi kita yang ada lah ni hehehe.

5. Nak lebih banyak memberi insyallah...

So far, inilah wishlists yang paling penting. Ada banyak lagi wishlists mummy sebenarnya,,tapi, biasrlah kami je simpan sendiri yang lelain tu hehehe.

Korang pulak, macam mana? Apakah wishlists tahun 2021 korang...




2 comments on "HAPPY NEW YEAR 2021 "

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com