OUR FIRST DAY SCHOOL DURING PKP MCO

OUR FIRST DAY SCHOOL DURING PKP MCO - 20 Januari 2021 merupakan hari pertama persekolahan anak-anak kami. Oleh kerana telah PKP / MCO makanya, mereka semua bersekolah secara dalam talian online. Hari ini dalam sejarah, sekolah online pada hari pertama sekolah.

Oleh kerana ianya pertama kali berlaku. Makanya, mummy pun terpaksalah abadikan dalam blog untuk kenangan kelak !

OUR FIRST DAY SCHOOL DURING PKP MCO



Tahin 2021 ini, Dhia naik ke darjah 2 dan Dzal pula memasuki darjah 1. Erm..tak tahu nak cakap, nak kesian ke nak excited bila sekolah first day ini, tanpa perlu datang ke sekolah !

Kesian sebab mereka tak lalui kenangan kecil yang seronok, first day sekolah yang membolehkan mereka berjumpa dengan kawan-kawan. Dan first day sekolah ini , akan ada bermacam-macam drama di sekolah. Ada yang datang awal, ada yang datang lambat, ada murid yang menangis tak mahu ke sekolah, ada murid yang excited dan juga family pun excited datang sekeluarga ke sekolah.

Rindu dan teringat ketika mummy first day melangkah darjah 1, masih ada lagi gambar kenangan itu ! 

Kebaikan sekolah secara dalam talian online ini pula. Bagus juga untuk generasi sekarang ini, mereka dapat peluang melihat zaman teknologi sedari kecil lagi. Mereka boleh belajar sistem teknologi terkini sekali. Tak perlu tunggu besar baru nak dapat pegang laptop , sistem, email, dan lain-lain.

PENGALAMAN PERTAMA DHIA DAN DZAL SEKOLAH ONLINE PADA HARI PERTAMA BERSEKOLAH






Awal pagi lagi mummy dah setting kan tempat belajar, walau mereka mempunyai tempat belajar memasing. Tapi, kali ini, mummy gunakan meja makan di ruang tamu sahaja. Supaya senang mummy nak monitor dalam masa yang sama mummy juga boleh bekerja !

Siap botol air semua ye. Supaya tiada yang mengelak dan asyik ke dapur ambil air lah, ambil makanan lah.







Memasing siapkan task dan menonton link youtube yang di berikan oleh cikgu. Sementara mummy nak semak. nak print kerja sekolah memasing.

Mummy ko yang super busy ye hehehe.







Siap print, memasing kena tulis dan menjawab soalan berdasarkan video yang sudah di tonton. Mummy kena guide dan semak hasil kerja anak-anak juga sebelum di hantar ke cikgu anak-anak 



Mummy pun sambil tu kena buat kerja juga, monitor order masuk, print consignment dan akan bungkus barang pulak!



Kerja hakiki pagi tu, kebetulan mummy tengah ada banyak kerja dan follow up. Faham-fahamlah, awal tahun kerja memang banyak ! Semua baru , new day gitu..

Nak email kes client ke klinik, nak follow up quotation, buat quotation, semak payment client dan lain-lain.

Siapa yang kata mummy kerja dari rumah ini senang? Belum kira nak masak, nak bagi anak makan, nak mandikan si kecik, nak entertaint call masuk lagi, whatsapp masuk lagi.

Nak setting appointment client, hadir ke kelas training online, seminar online. Ada masa mental mummy jugak koyak ! Tapi, nak buat macam mana kan !

Semua ibu bapa pun ,rata-rata masih kelam kabut dengan dunia online sekarang, dan memasing ada masalah tersendiri.

Moga kita semua di permudahkanlah urusan seharian kita. Amin !

3 comments on "OUR FIRST DAY SCHOOL DURING PKP MCO"
  1. Mood classroom dah Ada tubepun kat umah aje

    ReplyDelete
  2. Moga anak-anak selesa dengan norma baharu belajar dari rumah dengan jadual kelas online yg byk harap anak-anak lebih bersemangat

    ReplyDelete
  3. Harap c19 segera reda supaya anak2 kita dpt ke sek semula hendaknya.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com