Translate

Main Ad

HUSBAND WARDED COLUMBIA CHERAS

Husband Warded Columbia Cheras. Assalamulaikum, ini adalah kisah kami di uji penghujung 2020. Mana yang pengikut mummy di Facebook mungkin tahu daddy atau suami mummy masuk wad pada Disember 2020. Memang tak sempat mummy nak cerita banyak-banyak. Almaklumlah, hujung Disember banyak application medical card, hibah AIA masuk, dengan nak arrangement kalendar 2021 lagi kan. So, Januari 2021 ni dah sebulan lebih dah cerita Husband Warded Columbia Cheras.


Husband Warded Columbia Cheras


Tak apa lah, asalkan ada cerita Husband Warded Columbia Cheras. Simpan sini buat kenangan atau flash back. Husband Warded Columbia Cheras ini sebab apa? Kenapa. Yes, seperti biasalahkan, masuk wad mesti semua orang nak tahu kenapa dan sebab apa masuk wad. Sebelum mummy cerita tu semua. Meh mummy share dari awal sebelum Husband Warded Columbia Cheras ye

Husband mummy memang rasa badannya sihat tak sihat tu dah lama. Tapi biasalah kan orang lelaki ini anggap macam badan dia kot penat, atau badan banyak kolestrol dan mungkin perlukan exersize yang kerap. Busy kerja, mengakibatkan beliau tak sempat nak buat regular exersize. Samalah dengan mummy ni ha. 

Cerita tak sihat ini, masa cuti Krismas daddy dah cakap dia rasa macam cepat penat dan tak larat. Bayangkan dia touch up cat sket sahaja di dinding pun, dah mencungap. Mummy minta pakai jam Garmin untuk monitor heart rate (nadi jantung) dan blood pressure (tekanan darah tinggi). Jam ini sangat bagus, banyak function untuk kami yang tua ni hehehe.

So, mummy suruh husband berhenti dan rehat aje dari buat kerja. Allah, nak rushing kemas rumah dah kenapa kan, relax sudah ! Mummy ni dah tua-tua malas nak runsing sangat, kalau ada banyak masa kita kemas sehabisnya, kalau rasa penat ke banyak kerja ke. Kemudianlah bab kemas-kemas tu.

Yang paling penting rumah tak ada baju kotor (basuh setiap hari), bilik kemas, rumah wajib sapu (mujur ada robot yang bantu juga), wajib mop (ada Norwex sekejap je siap) dan tiada pinggan kotor dalam sinki. 

Malam tu, husband lebih banyak rehat baring dalam bilik. Cakap sket pun dah mengah. Allahu dalam hati dia nak kena asma ke macam mana ni. Husband memang sejenis sihat ye. Tak ada asma, migrain, semput semua ini tak ada tau. Tengok bacaan jam Garmin untuk heart rate (nadi jantung) dan blood pressure (tekanan darah tinggi) memang tinggi.

Keesokan harinya, beliau kerja macam biasa. Dalam tengah hari beliau WA (Whatsapp) mummy beritahu bacaaan dari jam Garmin untuk heart rate (nadi jantung) dan blood pressure (tekanan darah tinggi) sangat tinggi. Nadi laju sehingga 150 (bacaan duduk rehat ni tau) dan BP pula 140/100 lebih kurang macam ini lah bacaannya. Mummy tak sempat save gambar, history Whatsapp banyak yang hilang huhuhu.


KISAH SEBELUM MASUK WAD


terus mummy minta beliau ke klinik berhampiran. Jantung laju dan darah naik ini sangat bahaya tau. Samaada jantung boleh berhenti akibat pam terlalu laju atau salur darah boleh pecah. Allahuakbar !



Tapi, tak pasti juga kejituan dan ketepatan bacaan jam Garmin kan (pujuk hati sendiri), nak kepastian kenalah jumpa doktor.

So, Daddy ke Klinik Damansara Perdana area tempat kerja beliau. Ye, bacaan jam Garmin tu tepat lebih kurang bacaan semasa jumpa doktor. Ternyata bagus jam Garmin ni hehehe tak sia sia mummy hadiahkan buat daddy !

Doktor Klinik , dengan pantasnya minta husband ke hospital. Katanya suspek jantung ni. Allahuakbar. Mummy dah seram kalau bab jantung.

Tak apalah, mummy terus minta husbnad balik dan ke hospital swasta aje, kami memang ada medical card. Jadi tak risau. Medical card sendiri (AIA) dan juga daddy ada juga medical card office belikan. Penting juga medical card sendiri kalau ada syarikat yang bagi. Ye lah, sementara ada kerja dan masih bekerja ni, boleh pakai yang syarikat beli. Tapi, akan datang? Kalau tak kerja situ lagi atau dah pencen? 

Nak beli medical card sendiri kalau ada sakit atau dah ada history keluar masuk wad erm... memang nanti 60% boleh di katakan tak lulus.

Berbalik kisah husband tadi, kami memilih ke Columbia Cheras berbanding KPJ Kajang. Sebab apa? Sebab Columbia Cheras ini senang cari parking dan wad dia ada banyak. 

Manakala KPJ susah parking, wad tak banyak dan sentiasa penuh. Kalau sakit biasa tak apa lagi. Tapi kalau dah suspect jantung , nadi jantung laju, BP tinggi ni. Mummy prefer hospital yang cepat dan mudah parking.

Sebab kelak, mummy juga yang nak kena ulang alik kan tengok husband.

KISAH MASUK WAD

Kebetulan kami ke hospital hari public holiday Krismas 26 Disember, doktor pakar jantung Dr Ng on leave, so di gantikan dengan doktor on call Dr Norizan pakar jantung juga. Kami sampai dalam 6 petang macam tu di Hospital Columbia. Suami buat prosedur macam-macam dulu sebelum doktor pakar datang.


Maaf gambar terbalik, malas nak edit dah hehe. Masa husband tak sihat ni, semua anak-anak kami angkut ke hospital, sebab nak tinggal macam mana kan, suami pun perlukan mummy. Takut juga kondisi beliau tu, takkan nak bagi drive sorang-sorang ke hospital kan?

Sampai hospital, bila husband confirmed masuk wad, barulah kami inform ahli keluarga mummy dan daddy. Hanya adik mummy sahaja response nak ambil anak-anak kami dari hospital dan minta mummy uruskan daddy untuk warded.

Mak, abah mummy pula, siap on the way nak datang Kajang untuk jaga our kids. Alhamdulillah, bersyukur ada mak, abah, adik dan adik ipar mummy. Kalau tak, tak tahulah macam mana kami ni.

Berbalik kepada proses masuk wad ni, musim covid-19 ni, budak memang tak di benarkan masuk wad ye. Husband pun sebelum warded, kena buat swab covid-19 tau. Memang banyak prosedur lah zaman pandemik ni.



Adik mummy hantar gambar anak-anak kami. Daim si kecik tu, memang susah sket nak tinggal dengan orang yang tak biasa, menangis jugaklah sampai tok mak dan atok datang . Baru dia ok sket.

Dzal pula, sedikit sedih, telefon pun suara sayu je. Dia ni, memang jenis cepat touching . 

Mummy pun tak boleh lama, prosedur menunggu / melawat sehingga 7 malam sahaja. Tapi sebab masuk wad pun dah lambat, mummy di benarkan menunggu sehingga doktor pakar jantung datang.

Doktor pakar jantung semak report  ujian darah, ujian xray, ujian jantung daddy . Katanya semua ok tak ada yang serious. Ujian hanya mendapati , daddy ada thyroid. Tapi, ada 1 lagi prosedur jantung nak kena buat pada keesokkan pagi. 

Keesokan pagi baru boleh tahu macam mana kesihatan daddy yang sebenarnya.

Selesai semua, malam tu juga mummy balik ambil anak di rumah adik, ambil mak dan bawa ke rumah kami.





Esok pagi lepas mummy siapkan rumah, breakfast, beli lauk. Mummy ke hospital untuk melawat daddy pula. Semak stress level di jam garmin daddy dan history. Rupanya, memang dah lama bacaan kesihatan daddy ni tak berapa cantik.

Tak apalah, semua dah selamat insyaallah, kita tak perlu pandang belakang dah ye hehehe


Daddy semakin pulih, dan kena rehat banyak-banyak.

Bacaan nadi mummy 86 lepas naik tangga


bacaan nadi daddy 110 selepas sama-sama naik tangga 1 tingkat

bacaan nadi masa baring dan rehat pun 101 tinggi dan BP 123/87 nampak ok dah tu




Daddy kena tahan wad selama 3 hari dan selebihnya rehat di rumah dan follow up lagi 2 minggu.

Secara amnya, jantung daddy ok, tiada sakit jantung. Hanya thyroid , tapi masih kecil sahaja. Doktor kata, kalau thyroid kecil ni biasanya boleh baik dan hilang sendiri. Amin, syukur alhamdulillahlah kalau gitu ye.

Semoga daddy sihat walafiat selpas ini. Dan jauhkan kami segala jenis dari penyakit dan visrus. ameeennn

Post a comment

4 Comments

  1. Moga suami Mummy terus sihat lepas nih... makan ubat dan pastikan rehat yang cukup.

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah suami Linda dah sihat dah kan.. nasib boleh pantau sendiri hari tu kan..

    ReplyDelete
  3. Semoga hubby Linda sentiasa sihat risau Kan kalau hubby sakit Kita ninterkapai2

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah nothing serious. Semoga semua sihat sentiasa hendaknya ye kak.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com