Translate

Main Ad

LUNCH DI KUALA PERLIS SEBELUM NAIK FERI KE LANGKAWI

2 JANUARY 2021 Check out kampung, check in utara lagi hehehe. Kuala Perlis kami datang ! Tak terungkai rindu mummy dengan Perlis, sawah hijau terbentang indah sepanjang perjalanan ke Jeti Kuala Perlis. Mengingatkan mummy pada zaman dulu kala, ketika mummy belajar di UiTM Arau Perlis. Rindu ! Rindu kawan-kawan, rindu suasana belajar di sana dulu. Kini, memasing dah ada kehidupan sendiri. UiTM pula, entah bagaimana rupanya sekarang. For sure, berwajah baru dan semakin membangun, kan.

LUNCH DI KUALA PERLIS SEBELUM NAIK FERI KE LANGKAWI


Setiap kali daddy ajak pi Langkawi, mummy tak pernah nak menolak pun. Sebab mummy rindu suasana belah utara dan dalam masa yang sama hilangkan rindu mummy . Dalam masa yang sama, mummy tak pernah meminta-minta pun daddy untuk bawa kami ke utara pun. Tetapi, daddy macam faham aje. Dan, daddy pun suka gak sesekali layan holidays belah utara ni.. Ye lah belah utara ni indah, nyaman dan tenang.

Lelagi bah Perlis dan Langkawi. Tak sesak 


LUNCH DI KUALA PERLIS SEBELUM NAIK FERI KE LANGKAWI


LUNCH DI KUALA PERLIS SEBELUM NAIK FERI KE LANGKAWI

Berbalik kisah kami nak ke Langkawi. Oleh kernaa tiket kami pada 3 petang. Maka, kami datang awal untuk cari tempat makan dan juga tempat parking. Tempat makan, kami cari berhampiran aje dengan tempat parking. malas nak jejauh cari tempat makan.

Kami pekena lunch kat Kuala Perlis. Area Jalan Sarawak. Makan nasi campur ikan bakaq, perut masak asam  Ad├Ęs meleleh air liur oiiii, bila throwback 


LUNCH DI KUALA PERLIS SEBELUM NAIK FERI KE LANGKAWI

LUNCH DI KUALA PERLIS SEBELUM NAIK FERI KE LANGKAWI

Anak-anak pun kita paksa makan nasi, kang dalam feri lapar kang, mampuihhh nak cari mana pulak makanan kan hehehe.

Daim aje lah, baru bangun tidur, tak mahu nak makan. Kena slow pujuk, lelama tu makan jugak nanti. Biasalah kita pun, kalau baru bangun tidur mesti nak relax kan otak kejap,kan.

LUNCH DI KUALA PERLIS SEBELUM NAIK FERI KE LANGKAWI

Tempat kami makan lunch ni , kebetulan ada gerai jual pisang goreng , keledek goreng, keropok lekor dan air minuman juga.


LUNCH DI KUALA PERLIS SEBELUM NAIK FERI KE LANGKAWI

Mummy tertarik dengan pisang cheese nya. Ada banyak jenis pisang cheese dis ini yang berharga RM5. Mummy membeli pisang cheese coklat oreo sebab Daim suka oreo. Nak pujuk Daim jugaklah, kiranya ni.


LUNCH DI KUALA PERLIS SEBELUM NAIK FERI KE LANGKAWI

RM5 pisang chesse oreo ni, banyak ni. Terkejut mummy banyaknya ! Kalau kat KL ni, tak dapatlah RM5 banyak ni, mau 5 keping haus aje dapat, kan !


LUNCH DI KUALA PERLIS SEBELUM NAIK FERI KE LANGKAWI

Cheese pun penuh ! Sedapnya, jangan cakap ! Ranggup, dan sangat sedap !

Masa balik dari Langkawi ingatkan nak minta daddy singgah sini , beli tapau. Tapi, masa nak balik KL kereta kami problem . Air cond rosak, so isi gas dulu di Kuala Perlis. Nasib ada bengkel yang buka masa ni.

Bila dah ada masalah, malas lah nak suruh daddy cari lagi kan. Terus fokus nak balik rumah aje ! 



Post a Comment

1 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com