HOLIDAY LANGKAWI PART 1 : DAY 1 NAIK JETI DARI KUALA PERLIS KE JETI LANGKAWI

HOLIDAY LANGKAWI PART 1 :  DAY 1 NAIK JETI DARI KUALA PERLIS KE JETI LANGKAWI. Hai Assalamualaikum semua, oleh kerana Langkawi kawasan yang boleh di lawati sekarang ni. Maka, mummy terasa bersemangat untuk update kisah percutian kami ke Langkawi awal tahun 2021 baru ini. Sambungan kisah dari entri di SINI dan SINI , selepas check out dari kampung, kami meneruskan perjalanan kami ke Langkawi. 

HOLIDAY LANGKAWI PART 1 :  DAY 1 NAIK JETI DARI KUALA PERLIS KE JETI LANGKAWI

Yeaaay, lama betul tak pi Langkawi kan. lain macam rasa seronoknya. Anak-anak pun dah besar, mereka pun teruja nak jalan-jalan ke Langkawi. Sekarang ni baru dorang dapat faham banyak perkara bila berjalan. Ye lah dedulu datang Langkawi masa semua kecik-kecik lagi. Jenuh bawa jalan masa tu, kejap kang ngantuk lah, lapar lah, macam-macam. So, kalini kami ambil iniasiatif untuk bercuti lama sedikit di Langkawi. Dalam 5 hari juga hehehe. Bagi semua puas jalan dan kami nak jalan santai-santai aje.

Hari pertama ni,  parking kereta di Kuala Perlis aje. Dan menaiki feri di Kuala Perlis. Tiket kami beli awal-awal online di SINI sebab peak season, risau kang nanti tak ada tiket pulak kalau tak beli online.

So, bila beli online ni, semua seat dah ada di tetapkan, tapi bercerai-cerai juga seat kami. Nasib anak-anak boleh duduk dengan mummy dapat sederet. Dadddy je lah tak duduk sebaris dengan kami


bergambar semasa menunggu feri di Jeti Kuala Perlis



Tema merah gitu senang warna sedondon ni, nak cari mudah kalau ada yang terlepas hehehe

Kekonon tak nak bawa beg banyak, sudahnya, bawa balik berkotak-kotak gak hehehe

Kami dapat seat sederet.

Perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi sama macam dulu juga. Dengar kata , jika naik feri yang bawa kereta sekali tu lambat sket. entahlah, kami belum ada pengalaman lagi. Plan nak bawa juga kereta ke Langkawi . Tapi awal Januari hari tu semua date penuh. Ramai masuk Langkawi kan, ye lah masa tu kerajaan dah bagi rentas negeri hehehe

Apa lagi, ajommmmmm....

ok done cerita HOLIDAY LANGKAWI PART 1 :  DAY 1 NAIK JETI DARI KUALA PERLIS KE JETI LANGKAWI

nanti mummy sambung lagi day 1 part by part ye !


2 comments on "HOLIDAY LANGKAWI PART 1 : DAY 1 NAIK JETI DARI KUALA PERLIS KE JETI LANGKAWI"
  1. Rindunya langkawi kak....
    last pegi masa lawatan sekolah...
    Lepas tamat PKP segala PKP ni mmg plan nak pergi juga langkawi ni...

    ReplyDelete
  2. pehhh lama dah tak naik feri..kali terakhir ke langkawi guna flight...kene cuba naik feri lg ni

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com