Baca juga :
Balik kampung dulu, sebelum ke Langkawi
Lunch di Kuala Perlis sebelum Naik Feri ke Langkawi
Naik Feri di Jeti Kuala Perlis ke Langkawi
Check in Penarak Bamboo Beach Resort
HOLIDAY LANGKAWI PART 1 : DAY 1 NAIK JETI DARI KUALA PERLIS KE JETI LANGKAWI. Hai Assalamualaikum semua, oleh kerana Langkawi kawasan yang boleh di lawati sekarang ni. Maka, mummy terasa bersemangat untuk update kisah percutian kami ke Langkawi awal tahun 2021 baru ini. Sambungan kisah dari entri di SINI dan SINI , selepas check out dari kampung, kami meneruskan perjalanan kami ke Langkawi.
Yeaaay, lama betul tak pi Langkawi kan. lain macam rasa seronoknya. Anak-anak pun dah besar, mereka pun teruja nak jalan-jalan ke Langkawi. Sekarang ni baru dorang dapat faham banyak perkara bila berjalan. Ye lah dedulu datang Langkawi masa semua kecik-kecik lagi. Jenuh bawa jalan masa tu, kejap kang ngantuk lah, lapar lah, macam-macam. So, kalini kami ambil iniasiatif untuk bercuti lama sedikit di Langkawi. Dalam 5 hari juga hehehe. Bagi semua puas jalan dan kami nak jalan santai-santai aje.
Hari pertama ni, parking kereta di Kuala Perlis aje. Dan menaiki feri di Kuala Perlis. Tiket kami beli awal-awal online di SINI sebab peak season, risau kang nanti tak ada tiket pulak kalau tak beli online.
So, bila beli online ni, semua seat dah ada di tetapkan, tapi bercerai-cerai juga seat kami. Nasib anak-anak boleh duduk dengan mummy dapat sederet. Dadddy je lah tak duduk sebaris dengan kami