Translate

Main Ad

GRETA MOVIE DI NETFLIX BEST WAJIB TONTON

GRETA MOVIE DI NETFLIX BEST, WAJIB TONTON - Layan Netflix musim PKP / MCO antara aktiviti paling best ! Banyak dah movie yang mummy selesai tonton tapi, belum ada kesempatan nak menulis di blog. Mummy mulakan dengan cerita Greta di Netflix dulu ye. 


GRETA MOVIE DI NETFLIX BEST WAJIB TONTON


Greta merupakan film bergenre drama, misteri dan thriller yang tayang pada 2018.


Greta merupakan film bergenre drama, misteri dan thriller yang tayang pada 2018. Memang rasa rugi kalau tak tonton cerita Greta ini, sementara ianya ada di Netflix, kan. Setiap jalan ceritanya bikin mummy suspen tapi tak membosankan. Malah , setiap scene, mummy tak sabar menanti apakah yang akan berlaku next dan next lagi.

Kisahnya bermula ketika Frances McCullen muda (Chloƫ Grace Moretz), seorang gadis New York yang berkongsi pangsapuri yang menakjubkan dengan kawannya yang kaya Erika (Maika Monroe), telah menemui beg tangan berjenama di kereta api bawah tanah.

Beliau ingin mengembalikannya kepada pemiliknya, Greta Hideg. Greta adalah seorang janda dan guru piano kelahiran Perancis. Beliau tinggal bersendirian di sebuah rumah lama yang cantik, pandai bermain Chopin dan Beethoven. 

Kebetulan Frances juga dalam kesedihan kerana baru sahaja kehilangan ibunya sendiri. Oleh itu, menjadikan hubungan mereka lebih akrab seakan mesra seperti ibu dan anak. 

Frances siap membantu Greta mengadopsi anjing. Awalnya, nampak Greta seperti wanita baik dan juga mempunyai sifat keibuan.

Greta merupakan film bergenre drama, misteri dan thriller yang tayang pada 2018.


Kejahatan Greta terkantoi apabila Frances mencari lilin untuk dinner dalam almari.  Frances telah salah membuka almari. Rupanya, Greta mempunyai banyak koleksi beg yang sama design. Di beg tersebut ada di tampalkan nama dan nombor telefon wanita-wanita yang telah Greta phycho kan.

Mulai dari saat itu, Frances mengetahui bahawa Greta adalah wanita jahat.

Walau bagaimanapun, Frances tak dapat larikan diri dari Greta. Kerana Greta sering mengikut langka Frances termasuklah mengganggu Frances di tempat kerja.

Berjayakah Frances melepaskan diri? Haaaa...sampai sini jaln ceritanya ahak thrill.

Korang wajib tonton tau ! Tak lama pun movie Greta ini. Hnya berdurasi 1 jam 30 minit sahaja !

Post a Comment

1 Comments

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com