HUSBAND SELESAI TERIMA DOS PERTAMA VAKSIN SINOVAC DI PPV MIECC MINES

HUSBAND SELESAI TERIMA DOS PERTAMA VAKSIN SINOVAC DI PPV MIECC MINES - Alhamdulillah, selesai vaksin pertama suamiku. Beliau terima tarikh vaksin agak mengejut juga. Dua hari sebelum tarikh pemberian vaksin. Okay jugaklah sebenarnya, masih ada masa lagi boleh apply cuti (kebetulan hari kena kerja ni). Waktu suami terima tarikh pemberian vaksin ini, mummy tak dapat lagi tarikh pemberian vaksin. Nampaknya daddy dulu lah yang dapat inject vaksin coronavirus.

HUSBAND SELESAI TERIMA DOS PERTAMA VAKSIN SINOVAC DI PPV MIECC MINES

HUSBAND SELESAI TERIMA DOS PERTAMA VAKSIN SINOVAC DI PPV MIECC MINES


Bila dah dapat tarikh pemberian vaksin, kami tertanya-tanya juga apakah vaksin yang HUSBAND akan TERIMA DI PPV MIECC MINES. Mujur kami dapat lists dari Whatsapp boleh baca di SINI . Nak kata percaya tu tak sangat lah. Tapi, memang tepat pun, HUSBAND TERIMA DOS PERTAMA VAKSIN SINOVAC DI PPV MIECC MINES

Tak kisah sangatlah sebenarnya vaksin apa. Asalkan dapat slot , syukur sangat dah ! Dengarnya, lepas ni Malaysia akan beli vaksin brand lain juga.

APAKAH JENIS VAKSIN YANG AKAN DIGUNAKAN DI MALAYSIA? 

Apakah vaksin yang bakal masuk Malaysia lepas ni? Jeng jeng jeng....

Terdapat beberapa jenis yang akan digunakan di Malaysia iaitu: 
• Vaksin Covid-19 mRNA keluaran Pfizer-BioNtech - Dah masuk
• Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Astra Zeneka - Dah masuk
• Vaksin Covid-19 inactivated keluaran Sinovac  - Dah masuk
• Vaksin Covid-19 recombinant viral vector keluaran Cansino 
• Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Gamaleya

Yang masih dok pilih-pilih vaksin tu, korang hati-hatilah ye. Melainkan memang korang tak layak untuk Sinovac . Vaksin Sinovac ni paling sensitif. Bukan semua orang layak terima vaksin Sinovac.

Korang tidak layak menerima vaksin COVID-19 CoronaVac (Sinovac) sekiranya: 

Individu yang sedang mengalamai penyakit akut seperti acute diseases, acute exacerbation of chronic diseases, severe chronic diseases, allergies dan demam perlu ditangguhkan jika perlu. 

Mempunyai alahan kepada CoronaVac atau mana-mana bahan kandungan CoronaVac (sila lihat bahagian Penerangan Produk). 

Tanda-tanda tindak balas alahan mungkin termasuk ruam atau kegatalan kulit, sesak nafas dan bengkak pada muka atau lidah. Hubungi doktor anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital terdekat dengan segera sekiranya anda mengalami tindak balas alahan. 

Mempunyai sejarah alahan terhadap mana-mana vaksin yang lain 

Mempunyai penyakit neurologi yang serius seperti radangan saraf tunjang (transverse myelitis), demyelinating diseases dan sindrom Guillain-Barre 

Mempunyai penyakit teruk dan/atau kronik yang tidak terkawal Jika anda hamil atau sedang menyusukan bayi

Suami mummy daddy ada alahan G6PD, tetapi doktor mengatakan Sinovac boleh di ambil oleh individu yang mempunyai G6PD.

Dalam amsa beberapa hari ini, alhamdulillah husband sihat dan tiada alahan berlaku !
4 comments on "HUSBAND SELESAI TERIMA DOS PERTAMA VAKSIN SINOVAC DI PPV MIECC MINES"
  1. alhamdulillah :)
    aida da complete 2 dos.
    sama2 la kita ke arah membentuk herd immunity, kan.
    tanggungjawab bersama.

    ReplyDelete
  2. tahniah buat suami linda.. insya allah badan akan jadi lebih kuat lepas dpt vaksin

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah . Tahniah semoga diri dilindungi dari wabak berbahaya

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com