FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE

FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE - Sesebelum ini, mummy lebih suka beli dan jaga pokok indoor sahaja. Macam mana boleh terjebak beli pokok Ros Jepun yang memerlukan cahaya matahari panas ni? Okay, oleh kerana balkoni rumah kami ni mengadap cahaya matahari pagi sehingga 2 petang. Mummy tetiba rasa gatal pulak nak mencuba bela pokok Ros Jepun. Kebetulan masa nak beli barangan dapur di Shopee ternampak ada seller jual keratan Rose jepun dengan harga RM2-RM3 dalam 10 keratan tak silap. Jatuh harga untuk satu keratan dalam RM0.20 je. Dalam hati, "boleh try ni, kalau tak jadi tak adalah rasa membazir ke apa kan". Alang-alang tu, belilah terus dengan semburan stres (bunuh serangga dan bena pokok), baja paksa subur, baja paksa bunga dan garam epsom (untuk rawat pokok jika pokok tak sihat).


Gambar pokok, ngam baru sampai terus cucuk ke tanah risau amek lama dalam parcel, takut pokok layu dan mati nanti



FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE
Cucuk-cucuk aje dulu. Esok baru trim pendek 2 inci

FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE


Mummy percaya pada istilah tangan panas, ye tangan mummy panas. Pokok money plant pun ada yang mati, pokok lidah jin pun pernah mati (terlebih air). FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE. Tapi, rasanya tak ralat kot beli Rose jepun ni sebab harga pun murah je !

FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE
parcel sampai. balut begini, alhamdulillah semua sampai dalam keadaan yang baik


FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE
banyak, dalam rm24 dengan postage. murah !

Pokok Ros Jepun ni, ramai yang kata pokok senang hidup dan senang mati juga. Teringin sebanarnya nak tanam pokok bunga. Tapi nak yang senang hidup je hahahaha.

Kenapa tak nak bela pokok sayur boleh makan? Pertama sekali, rumah ni tak makan sayur secara banyak pun. 

Keduanya, rasa kos sangat tinggi, baik beli bila nak makan. 

Ketiga, serangga cepat datang sebab nak tumpang makan. Kalau asyik dok spray anti serangga ke apa, aih risau pulak nak makan...kan bila kita sendiri tahu spray yang kita dok spray dengan spray anti serangga tu 

FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE

FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE

Lepas 2 hari, mummy cantas semua kasi panjang dalam 2 inci dan penuhkan pot rapat-rapat dengan keratan Ros Jepun.

Tapi, gambar di atas dan bawah ni, gambar selepas seminggu. Alhamdulillah lepas seminggu, bertunas dah daun. Suka tengok, tunas gini pun, dah buatkan mummy happy.

Berbanding pokok lain seperti anthurium, money plant, lidah jin yang mummy pernah bela sebelum ini, tak cepat juga tunas daun baru seperti pokok Ros Jepun.

FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE


FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE

FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE


FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE





Betullah, kata orang, pokok Ros Jepun ni, mudah biak. Walau cepat mati (tak boleh air lebih), tapi, cepat recover. Memang mummy suka.

Part berbunga je ah, tak cepat sangat sebab Ros Jepun ni akan berbunga ikut kematangan keratan batangnya. So, dalam seminggu tak bolehlah nak expect dia berbunga terus. Tapi berdaun pun dah ok bagi mummy. Seronok tengok !
FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE

Link Shopee Pokok Ros Jepun ini, mummy beli di sini https://shopee.com.my/nishaa17



2 comments on "FIRST TIME BELI KERATAN ROSE JEPUN DI SHOPEE"
  1. Kak Sue punya Ros Jepun pun lama dah tak berbunga, tak tau silap kat mana. Nie baru letak baja kopi dua minggu lepas, semalam letak baja bunga pula. Nanti tengok macamana.. berbunga ke tidak..

    ReplyDelete
  2. Tanam dalam pasu gantung pilihan yang tepat utk rose jepun ni. nnti dia terjuntai kebawah dengan warna yang pelbagai lawaaaa serius sedap mata memandang!

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com