Translate

Main Ad

SAMBUT HARI MERDEKA KE 64 TAHUN DI NURSERI BELI POKOK BERJUNTAI INDOOR PEPEROMIA SCANDENS CUPID

SAMBUT HARI MERDEKA KE 64 TAHUN DI NURSERI BELI POKOK BERJUNTAI INDOOR PEPEROMIA SCANDENS / CUPID - Selamat Hari Merdeka Malaysia ke 64 ! Korang buat apa merdeka hari ni? Selangor masih di fasa duduk di daerah sendiri lagi. Huhu. Tapi, tak mengapa juga, sebab dan boleh pi nurseri pokok hehe. So, hari ini kami lepak nurseri kedai pokok macam biasa. Semalam, dah pergi Kedai Nurseri di SG Kantan Kajang ni beli pokok. Hari ni, datang balik. Tukar pasu , beli pokok untuk rak bahagian atas (nak pokok menjalar pulak) dan pokok untuk di bahagian sebelah rak kasut.


SAMBUT HARI MERDEKA KE 64 TAHUN DI NURSERI BELI POKOK BERJUNTAI INDOOR PEPEROMIA SCANDENS / CUPID


SAMBUT HARI MERDEKA KE 64 TAHUN DI NURSERI BELI POKOK GANTUNG INDOOR PEPEROMIA SCANDENS CUPID

Pokok gantung indoor plant ada banyak pilihan, tetapi mummy cari yang harga murah je. Ye lah, mummy ini suka-suka je tanam. Kalau beli mahal, tak menjadi bila bela. Boleh rasa stress pulak nanti. Mummy tak mahu tanam pokok sambil ada perasaan stress. Pilihan mummy untuk hanging indoor plant adalah pokok Peperomia Scandens. Juga dikenali sebagai Cupid Peperomia, kerana bentuk daun berbentuk hati atau LOVE.

Pada mulanya, ingatkan ini adalah pokok Money Plants atau keluarga Phontos. Rupanya bukan huhu.Pokok ini adalah keluarga Peperomia.


KELEBIHAN POKOK PEPEROMIA SCANDENS / CUPID PEPEROMIA

Kenapa mummy memilih untuk membeli pokok berjuntai Peperomia Scandens / Cupid PeperomiaKerana pokok ini ada banyak kelebihan, antara kelebihan pokok Peperomia Scandens / Cupid Peperomia adalah

1. P
okok Peperomia Scandens / Cupid Peperomia boleh hidup dalam keadaan cahaya yang kurang. Jadi, ianya sesuai untuk pokok dalam rumah (indoor plants)

2.  Nak jaga 
pokok Peperomia Scandens / Cupid Peperomiadan ni sangat mudah. Tak perlu selalu siram air. Batang akar pokok ini akan cepat lembik jika kerap siram. Hat ni, memang sesuai lah untuk mummy, sebab kami pun selalu juga ke sana sini.

3. Cahay lampu yang tidak terang pun tak ada masalah untuk jeni pokok pokok Peperomia Scandens / Cupid Peperomia

4.  Pokok ini suka suhu sederhana. Tidak suka pada suhu yang  sejuk seperti winter. 

5. Petua lain, lap daun dengan kain lembap secara kerap untuk membersihkan habuk, agar tanaman dapat melakukan fotosintesis dengan baik

6. Paling best, pokok ini tidak beracun sesuai untuk rumah yang ada  haiwan kesayangan.



SAMBUT HARI MERDEKA KE 64 TAHUN DI NURSERI BELI POKOK GANTUNG INDOOR PEPEROMIA SCANDENS CUPID

Penjaga nurseri kata, pokok pokok Peperomia Scandens / Cupid Peperomia ni jenis senang biak dan senang hidup. Kasi ON je lah terus . Harga pun ok. RM13 sahaja untuk 1 pasu.

Masa di nurseri, mummy memilih  
pokok Peperomia Scandens / Cupid Peperomiayang banyak juntai dan juga rimbun. 

Kemudian, mummy  minta pihak nurseri pecahkan kepada 3 pasu pokok. Hehe. Staff nurseri kata pandai mummy berjimat ! Haha. Haruslah !

Mummy tambah pasu putih yang berharga RM0.80 / pcs. Pasu putih rumah kami melambangkan pokok indoor hehe. Senang sket daddy dan anak-anak kenal

SAMBUT HARI MERDEKA KE 64 TAHUN DI NURSERI BELI POKOK GANTUNG INDOOR PEPEROMIA SCANDENS CUPID

Cantik ! Senang jaga, dah siap berjuntai. Semua ini.. kena dengan kehendak mummy . Yeaaaaay



SAMBUT HARI MERDEKA KE 64 TAHUN DI NURSERI BELI POKOK GANTUNG INDOOR PEPEROMIA SCANDENS CUPID
pasu letak air pancut ni dulu, lama tak pakai, kita recycle letak pasu

Pokok welcome plants, mummy memilih snake plants je, sebab bahagian luar ini macam outdoor dan macam indoor juga. Pilihan pokok easy care menjadi pilihan mummy.

Snake plants pun bagus untuk membersihkan udara dan kurangkan habuk,kan. Sangat sesuai dengan citarasa mummy !

SAMBUT HARI MERDEKA KE 64 TAHUN DI NURSERI BELI POKOK GANTUNG INDOOR PEPEROMIA SCANDENS CUPID

HARGA POKOK SNAKE PLANT (SANSEVIERIA LAURENTTI) DAN PEPEROMIA SCANDENS


Harga pokok snake plants tinggi ini dan pokok Peperomia Scanden ini memasing berharga RM24 dan RM13. Pokok snake plants ini, mummy tak pecahkan kepada beberapa pasu. Cuma tukarkan ke pasu yang sedikit besar, baru senang dia nak beranak pinak nanti. 

Kebetulan, mummy nak kasi dia ngam dengan pasu tinggi tu.

Fuh ! Jenuh ! Dah macam kena mandrem ni, bila kerajaan bagi nurseri beroperasi. hehehe....

Details nurseri yang mummy gi ni, ada di bawah


Alamat : Lush Flora, Lot 1898, Jalan Sg Kantan 43000 Kajang Selangor

018-917 8663




Post a Comment

1 Comments

  1. cantik pokoknya. Selamat menyambut kemerdekaan negara Malaysia ke 64! :)

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com