Translate

Main Ad

FIRST TIME ROSE JEPUN BERBUNGA MASA BIRTHDAY

FIRST TIME ROSE JEPUN BERBUNGA MASA BIRTHDAY - HAPPY BIRTHDAY TO ME ! Yes, 19 Ogos merupakan tarikh hari jadi mummy. Selain suprisekan diri sendiri dengan buat kek hari jadi sendiri. Pokok kesayangan mummy ni pun, berikan kejutan di pagi hari jadi mummy. Pokok Ros Jepun yang mummy beli sebulan lalu (keratan) di Shopee. Telah berbunga, ye ! Allahuakbar, terima kasih kids (Rose Jepun) hadiahkan bunga masa birthday mummy !


FIRST TIME ROSE JEPUN BERBUNGA MASA BIRTHDAY

FIRST TIME ROSE JEPUN BERBUNGA MASA BIRTHDAY. Syukur, berbunga juga pokok bunga Ros Jepun mummy. Saje je kan awak tunggu sebulan sebab nak ekluar masa birthday mummy.

Walau sekuntum je berbunga pada 19 Ogos 2021, ini dah cukup happy dah bagi mummy. Sebab selama ini, mummy dok fikir tangan mummy adalah tangan panas untuk membela pokok. Hanya pokok Money Plants dan Snake Plants sahaja yang boleh bertahan lama, walau ada juga yang mati dan kuning juga tu.

Rupanya, menanam pokok ni kena ada ilmu. Kena rajin membaca dan bertanya pada yang pakar.

FIRST TIME ROSE JEPUN BERBUNGA MASA BIRTHDAY

Oleh kerana masa beli keratan Ros Jepun ni,  mummy tak sure keratan yang baru atau keratan yang dah memang matang. Makanya, gigih juga nak membungakannya.

Dalam group FB Rose Jepun, ramai yang kata , kalau keratan tu muda, memang lambat sketlah berbunga. Tunggu 2 bulan barulah meriah. 

Tapi, jika keratan bunga ros tu matang, sekejap je , ros jepun ni akan berbunga.

5 TIPS CARA JAGA POKOK ROS JEPUN

Cara jaga pokok ros jepun ni, mummy hanya ikut dan tiru je tips dalam group FB. Itu pun, setelah beli keratan Rose Jepun hehe. Main belasah je beli tanpa ilmu kan ! 

Cara jaga ros jepun adalah seperti berikut :-
1. Letakkan di tempat yang panas, pokok ros jepun sukakan panas pagi. Nasib baik rumah mummy facing matahari terbit. Tiru tok mak hehe. Tok mak dulu, kalau beli rumah, mesti nak matahari terbit. 

2. Siram 2x sehari, tapi tak boleh over water, batang Ros Jepun akan jadi lembik nanti. Mummy akan buat, spray2 gitu aje lah 2x sehari. Kalau musim hujan, tak perlu siram. Tengok tekstur tanah masa tu basah atau kering.

3. Bajakan dengan baja mix paksa subur. Beli di Shopee juga ni. Sebab ramai pakai baja ni (letakkan 5 biji setiap minggu) pokok akan berbunga. 

4. Semburkan dengan Strex, untuk elakkan bena. Pokok Ros Jepun ni bena sangatlah suka.

5. Potong bahagian yang dah habis berbunga. Macam kes mummy, masa beli tu, seller bagi keratan yang dah siap berbunga. Tapi, bila tanam, tak berbunga pun hahaha. So, kena buang pucuk bunga yang tak jadi tu.

Esok lusa ni, kalau travel tinggalkan rumah, tak tahulah apa cerita Ros Jepun ni hehehe. Tak tanya lagi dalam group tu. Part ni, pending dulu. Daha da jawapannya, nanti mummy sambung cerita, ek !

FIRST TIME ROSE JEPUN BERBUNGA MASA BIRTHDAY



FIRST TIME ROSE JEPUN BERBUNGA MASA BIRTHDAY



FIRST TIME ROSE JEPUN BERBUNGA MASA BIRTHDAY
Yang dah keluar pucuk bunga ini, keesokkan harinya berbunga dah si pink. 


FIRST TIME ROSE JEPUN BERBUNGA MASA BIRTHDAY
yang dah tak jadi tu, kita trim buang, bagi laluan pada bunga baru hehehe

FIRST TIME ROSE JEPUN BERBUNGA MASA BIRTHDAY

Nampak tu, batang lembik, overwater. Tapi, Ros Jepun ni sangat senang hidup. Tak perlu risau kalau nak trim ke nak buang ke. Insyaallaha kan tumbuh baru nanti.

Bagi yang nak try berjinak-jinak first time tanam pokok bunga. Mummy recommended korang bela Ros Jepun ni hehehe. 

Post a Comment

4 Comments

  1. Kalau merimbun nanti cantikkkkkkk sangatt

    ReplyDelete
  2. Akak pun sama dlm kategori tangan panas. tak boleh nak menanam tanaman. Mak akak ada bagi daun lidah buaya & pokok apa ntah satu lagi, viral pokok ni (lupa plak nama dia). Masa balik kampung tahun lepas, mak bagi sebab mak akak byk tanam pokok ni. Dapat kat akak, outttt pokok tu. adeh. haha..

    ReplyDelete
  3. Semakin mekar semakin cantik sepertinya.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com