4 RESEPI AIR UNTUK BUKA PUASA OLEH KHAIRULAMING Air Limau Asam Boi, Air Susu Pisang Gula Melaka, Fresh Fruit Tea, Air Buah Naga Laici



4 RESEPI AIR UNTUK BUKA PUASA OLEH KHAIRULAMING - Syiok pula resepi air untuk berbuka yang khairulaming share masa 1st day Ramadan. So, simpan sini dulu. Insyallah nak buat Air Limau Asam Boi petang ni hehehe. Korang dah try ke 4 RESEPI AIR UNTUK BUKA PUASA OLEH KHAIRULAMING Air Limau Asam Boi, Air Susu Pisang Gula Melaka, Fresh Fruit Tea, Air Buah Naga Laici ?

4 RESEPI AIR UNTUK BUKA PUASA OLEH KHAIRULAMING Air Limau Asam Boi, Air Susu Pisang Gula Melaka, Fresh Fruit Tea, Air Buah Naga Laici, 

Nak cuba buat? Jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini.

Resepi Air Limau Asam Boi

4 RESEPI AIR UNTUK BUKA PUASA OLEH KHAIRULAMING Air Limau Asam Boi, Air Susu Pisang Gula Melaka, Fresh Fruit Tea, Air Buah Naga Laici

Bahan-bahan:
Asam boi
5 biji limau kasturi | buang bijinya
8 sudu gula
1 liter air
Ais

Cara Penyediaan:
Kisar kesemua bahan di atas kecuali asam boi. Jangan terlalu lama. Kisar sekejap sahaja.
Kemudian tapiskan.
Letakkan ais dalam jug dan masukkan juga asam boi serta limau kasturi
Tuangkan air yang dikisar tadi.
Siap untuk dihidangkan.


Resepi Air Susu Pisang Gula Melaka

4 RESEPI AIR UNTUK BUKA PUASA OLEH KHAIRULAMING Air Limau Asam Boi, Air Susu Pisang Gula Melaka, Fresh Fruit Tea, Air Buah Naga Laici

Bahan-bahan:
1/2 kotak susu fresh milk
1 biji pisang
1-2 keping gula melaka
Sedikit garam
1/2 sudu esen vanilla
Ais

Cara Penyediaan:
Lenyekkan pisang.
Cairkan gula melaka.
Tuangkan fresh milk ke dalam jug dan masukkan esen vanilla serta garam.
Kacau sebati dan tuangkan ke dalam gelas berisi ais.
Masukkan pisang yang dilenyek tadi.
Siap untuk dihidangkan.

Resepi Fresh Fruit Tea

4 RESEPI AIR UNTUK BUKA PUASA OLEH KHAIRULAMING Air Limau Asam Boi, Air Susu Pisang Gula Melaka, Fresh Fruit Tea, Air Buah Naga Laici

Bahan-bahan:
2 uncang tea
Oren
Buah laici
1/2 tin air laici (dalam tin)
Tembikai
Apel hijau
Lemon
4 sudu gula
Air secukupnya
3 biji limau kasturi
Ais

Cara Penyediaan:
Potong buahan yang dipilih.
Rendam teh dalam air panas, bila dah kembang keluarkan uncang teh tersebut.
Masukkan gula dan kacau sebati.
Masukkan pula air laici tin tadi.
Perahkan limau kasturi, masukkan ais dalam jug dan buahan yang dipotong tadi.
Tuangkan air teh tadi, siap untuk dihidangkan.

Resepi Air Buah Naga Laici

Bahan-bahan:
2 biji buah naga
1 tin laici
Ais

Cara Penyediaan:
Potong buah naga.
Masukkan dalam pengisar, tuangkan air laici tin tadi.
Kisar sehingga sebati.
Tuangkan dalam jug yang berisi ais. Masukkan buah laici tadi.
Siap untuk dihidangkan.

Sumber : Twitter dan IG khairulaming
2 comments on "4 RESEPI AIR UNTUK BUKA PUASA OLEH KHAIRULAMING Air Limau Asam Boi, Air Susu Pisang Gula Melaka, Fresh Fruit Tea, Air Buah Naga Laici"

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com