5 HARI SEBELUM RAYA 1 SYAWAL

5 HARI SEBELUM RAYA 1 SYAWAL - Oleh kerana Jumaat malam (3 hari sebelum raya terkejuttt) , kami dah berangkat ke Taiping (kampung rumah daddy). Seminggu sebelum raya tu, memang penuh giler jadual mummy. Dengan pi SPA, p servis kereta, p aligment tayar kereta, pi saloon warna rambut raya hahaha dan juga pi jumpa BFF Dhia !


5 HARI SEBELUM RAYA 1 SYAWAL


Mummy plan dengan mak-mak BFF DHia untuk bawa anak-anak kami berjumpa 5 hari sebelum raya. Sebab memasing dah mula cuti awal. Memula Dhia sekolah juga Isnin terakhir tu, lepas tu mummy teringat pulak kami nak beraya kat kampung dan tidur hotel kat sana. Buatnya, bebudak ni positif Covid-19 kang. Tak ke naya burn semuanya nanti. Teringat si Dzal berjangkit Covid-19 kat sekolah pada satu masa dulu. Bab mummy tak pe, sebab mummy tak merayap tempat ramai orang. Insyaallah kebersihan pun di jaga. Dalam beg bukan je ada handa sanitizer. Siap shower gel anti bacteria botol kecik pun bawa untuk cuci tangan dan juga tempat sulit (cuci selepas menunaikan hajat).

So, Selasa onwards anak-anak kami dah di cutikan sekolah.

5 HARI SEBELUM RAYA 1 SYAWAL


Dorang bertiga ni Best Friend dari umur 5 tahun lagi. Mula dari sekolah tabika KEMAS. Alhamdulillah sampai darjah 3 masih BFF dan sama kelas. Rezeki mereka agakanya. Gaduh baik tu biasalah, tapi mereka memang ngam. Mungkin juga sebab kedudukan memasang dalam keluarga mereka. Dhia anak sulung dari 3 beradik, Aamily anak nombor 2 dari 3 beradik dan Aimy anak nombor 2 tapi bongsu.

5 HARI SEBELUM RAYA 1 SYAWAL

Gigih mak-mak plan bawa anak-anak beraya hehe. Awal nau beraya ek. Siap mommy uji siapkan kuih raya lagi tu. Tapi, tak sempat makan, mak-mak pun sibuk berborak . Tunggulah nanti bebila plan untuk outing pulak hehe. Tak pernah lagi mereka bertiga ni outing.


5 HARI SEBELUM RAYA 1 SYAWAL
tq Mommy Uji (mommy kepada Aamily) bagi duit raya

5 HARI SEBELUM RAYA 1 SYAWAL
tq mama Aimy bagi duit raya dan gift untuk Dhia

5 HARI SEBELUM RAYA 1 SYAWAL
terliur liur oiii tgk kuih raya ni hehexsempat makan. nantilah raya hihi


5 HARI SEBELUM RAYA 1 SYAWAL

5 HARI SEBELUM RAYA 1 SYAWAL

5 HARI SEBELUM RAYA 1 SYAWAL
Actually mummy pun dah preparing few boxes untuk BFF DHia, cikgu Daim, jiran-jiran. Sebab ntah nampak macam lawa boxes ni. Tu yang rasa nak beli dan bagi hehe

5 HARI SEBELUM RAYA 1 SYAWAL


5 HARI SEBELUM RAYA 1 SYAWAL
Dak sorang ini je sekolah sampai Jumaat. Sebab sekolah Daim tak ramai students pun


5 HARI SEBELUM RAYA 1 SYAWAL

Alhamdulillah dapat berjumpa semua sebelum memasing balik kampung. 2 tahun tak rasa raya ziarah menziarahi. Risau juga kalau anak-anak jadi tak pandai nak bergaul. Syukur tahun ini, di berikan kesempatan dan nikmat buat anak-anak kami merasa apa itu raya



2 comments on "5 HARI SEBELUM RAYA 1 SYAWAL"
  1. Wahh syoklah Dhia dapat luangkan masa dengan BFF kan.

    ReplyDelete
  2. Comel je gift box tu..
    Bestlah Dhia dpt lepak2 sama dengan BFF

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com