PARK INN BY RADISSON PUTRAJAYA DIANUGERAHKAN SEBAGAI HOTEL PERNIAGAAN DI MAJLIS ANUGERAH EMAS MTC 2022

PARK INN BY RADISSON PUTRAJAYA DIANUGERAHKAN SEBAGAI HOTEL PERNIAGAAN DI MAJLIS ANUGERAH EMAS MTC 2022 


PARK INN BY RADISSON PUTRAJAYA DIANUGERAHKAN SEBAGAI HOTEL PERNIAGAAN DI MAJLIS ANUGERAH EMAS MTC 2022
Gambar: Encik Rajaram Nagoo (Pengurus Besar) dan Puan Nur Aaina Balqis Abdullah (Pengarah Komersial) Park Inn by Radisson Putrajaya menerima anugerah di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) 

PARK INN BY RADISSON PUTRAJAYA DIANUGERAHKAN SEBAGAI HOTEL PERNIAGAAN DI MAJLIS ANUGERAH EMAS MTC 2022


Anugerah Emas MTC 2022 ini memberi penghormatan dan memberi pengiktirafan tertinggi kepada individu dan organisasi yang memberikan perkhidmatan yang cemerlang di mana mereka memainkan peranan penting dalam kejayaan industri pelancongan Malaysia. 

Anugerah ini diadakan untuk meraikan dan memberi penghormatan kepada pencapaian terbaik industri pelancongan yang cemerlang dalam perkhidmatan berkualiti, seterusnya menetapkan penanda aras untuk kecemerlangan untuk dicontohi oleh pihak lain dalam industri pelancongan Malaysia. 

“Kami amat berbesar hati kerana Park Inn by Radisson Putrajaya telah dipilih oleh Majlis Pelancongan Malaysia untuk pengiktirafan ini. Dua tahun pandemik yang lalu sangat mencabar bagi industri hotel. Dengan sekatan perjalanan Antarabangsa dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami terpaksa mencari cara untuk kekal relevan, menarik dan mengekalkan perniagaan dan perkhidmatan kami, sambil berhubung secara kreatif dengan tetamu kami,” kata Encik Rajaram Nagoo, Pengurus Besar Park Inn by Radisson Putrajaya. 

Anugerah dan pengiktirafan ini mencerminkan komitmen Park Inn by Radisson Putrajaya untuk menyediakan standard berkualiti tinggi dan dedikasi daripada semua pekerja dalam menyampaikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan menyediakan pengalaman tetamu yang terbaik dengan tema 'Every Moment Matters'.

Park Inn by Radisson Putrajaya telah dianugerahkan sebagai Hotel Perniagaan di Majlis Anugerah Emas MTC 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Sabtu, 22 Oktober 2022. Anugerah ini merupakan pencapaian kedua bagi Park Inn by Radisson Putrajaya pada tahun 2022.



MENGENAI HOTEL PARK INN BY RADISSON PUTRAJAYA 



Hotel Park Inn by Radisson merupakan hotel bertaraf 4 bintang yang diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Hotel ini telah ditubuhkan sejak Oktober 2020 dengan mempunyai 220 bilik, menampilkan reka bentuk yang moden dan selesa untuk para tetamu. 

Hotel ini akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para tetamu selari dengan tema “Yes I Can” dan “Every Moments Matters”. Kedudukannya yang sempurna untuk pelancong perniagaan dan tempat percutian yang menarik, lokasi hotel yang berdekatan dengan pusat beli-belah terbesar di Malaysia, iaitu IOI City Mall dengan hanya 10 minit pemanduan. 

Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya serta tarikan pelancong di Putrajaya iaitu Masjid Putra, Putrajaya jarak hanyalah 10 minit pemanduan dari hotel. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terletak sejauh 30 minit pemanduan. Selain itu, pelbagai taman tema yang berdekatan dengan hotel Park Inn by Radisson Putrajaya untuk para tetamu antaranya dengan hanya 5 minit sahaja pemanduan dari hotel ke Farm Fresh Seri Kembangan dan District 21 IOI City Mall manakala 20 minit memandu ke Bangi Wonderland dan Farm In The City dan sebagainya. 

Hotel Park Inn by Radisson Putrajaya juga telah dianugerahkan sebagai Perkhidmatan Hotel & Restoran bertaraf 4 Bintang Cemerlang pada tahun 2022.


Park Inn by Radisson Putrajaya
Jalan Universiti, Taman Unipark Suria, 
43000, Kajang, Selangor 
Hubungi: +603 8911 1999 
Email:  info.parkinnputrajaya@parkinn.com 
Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com