PROGRAM CUTI SEKOLAH CEF PASTRI JUNIOR DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES

PROGRAM CUTI SEKOLAH CEF PASTRI JUNIOR DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES - Mummy selalu menonton siaran Junior Master Chef di Televisyen, mummy sangat teruja dengan anak-anak kecil yang pandai masak-memasak. Waktu tu, mummy dok terfikir. Di Selangor ni, kat mana tempat untuk masukkan anak-anak kelas memasak? Lelagi, bila tibanya waktu cuti sekolah. Nak bagi masa mereka terisi dengan aktiviti yang berfaedah.

PROGRAM CUTI SEKOLAH CEF PASTRI JUNIOR DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES


PROGRAM CUTI SEKOLAH CEF PASTRI JUNIOR DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES



PROGRAM CUTI SEKOLAH CEF PASTRI JUNIOR DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES


Rupanya, Mardhiyyah Hotel & Suites ada PROGRAM CEF PASTRI JUNIOR.

Musim cuti sekolah kali ini, Mardhiyyah Hotel & Suites tidak melepaskan peluang mengadakan satu program kulinari iaitu Program Cef Pastri Junior. 

Program ini yang bertempat di Bilik Kompang di Aras 1 membuka peluang kepada golongan cilik untuk mengisi masa lapang menimba ilmu dan pengalaman dalam kelas pastri.

PROGRAM CUTI SEKOLAH CEF PASTRI JUNIOR DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES



Program ini yang diadakan pada 4 Februari 2023 menerima sambutan yang baik daripada ibu bapa yang menginginkan aktiviti yang berbeza buat anak-anak mereka. 

PROGRAM CUTI SEKOLAH CEF PASTRI JUNIOR DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES

PROGRAM CUTI SEKOLAH CEF PASTRI JUNIOR DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES



Seramai 30 peserta berusia lingkungan 5 hingga 12 tahun menyertai program tersebut. Demonstrasi pembuatan pastri telah dilakukan bersama pasukan pastri yang diketuai oleh Cef Pastri hotel, Cef  Firdaus Stanly yang mengajar para peserta cilik ini resipi membuat roti bun dan biskut. 

Sesi ini adalah secara praktikal berkumpulan dan peserta boleh membawa pulang pastri dan resipi.

Objektif program ini adalah ingin berkongsi pengalaman kepada kanak-kanak untuk merasai proses dan mengenali alat-alatan asas dalam proses pembuatan pastri. 

Sehubungan dengan itu, peserta juga menerima sijil rasmi penyertaan daripada pihak hotel dalam edisi sulung program tahun ini.

Bagi yang terlepas PROGRAM CEF PASTRI JUNIOR DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES

Lepas ni, korang kena rajin layari laman web mereka di : www.mardhiyyahhotel.com 

Media Sosial (Facebook, Instagram, Twitter &
Youtube): @mardhiyyahhotel 

Untuk mendapatkan promosi-promosi terkini serta program menarik seperti PROGRAM CEF PASTRI JUNIOR DI MARDHIYYAH HOTEL & SUITES
Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com