Cat The Movie Teknologi AI dari Durioo+

AI antara teknologi terbaharu di dunia. Kini, Durioo+ memperkenalkan penggunaan animasi menggunakan teknologi AI. Teknologi AI dalam filem dan animasi Durioo+ akan memastikan filem antarabangsa yang dibawa masuk ke Malaysia selamat ditonton oleh kanak-kanak Muslim 




Cat The Movie Teknologi AI dari Durioo+, Durioo+, Filem, Kucing, Cat The Movie, Filem Teknologi AI, AI Technologi




Apa Itu Teknologi AI ?


AI merupakan teknologi yang meniru kepintaran otak manusia dengan kemampuan untuk belajar memperbaiki mutu kerjanya dari semasa ke semasa hingga dapat berfungsi lebih cekap dan sempurna bagi melaksanakan suatu tugasan.

Kini AI sudah tidak asing lagi dalam kehidupan manusia, bahkan penggunaannya sudah tersebar luas ke pelbagai sektor termasuklah perfileman.

Durioo+, platform penstriman selamat untuk kanak-kanak Muslim, dengan bangganya mengumumkan pelancaran beberapa filem luar negara di platform mereka. Apa yang lebih menarik, filem-filem ini telah melalui proses penapisan, penggunaan AI dan pelarasan ketat untuk memastikan selamat sepenuhnya bagi tontonan kanak-kanak. 

Cat The Movie Teknologi AI dari Durioo+, Durioo+, Filem, Kucing, Cat The Movie, Filem Teknologi AI, AI Technologi


Cat The Movie Teknologi AI dari Durioo+


Terbaru, Durioo+ telah mendapatkan hak untuk menyiarkan satu filem daripada China yang bertajuk 'Cats The Movie'. Cat The Movie menggunakan Teknologi AI .

Apa yang paling menakjubkan dan membezakan tentang tayangan filem ini dari tempat lain? Cat The Movie, adalah filem pertama kalinya diolah sepenuhnya oleh Durioo+ >

Ini adalah untuk mengubah elemen-elemen filem generik kanak-kanak kepada filem khas untuk anak-anak Muslim. 


Cat The Movie Teknologi AI dari Durioo+, Durioo+, Filem, Kucing, Cat The Movie, Filem Teknologi AI, AI Technologi

Sinopsis ‘Cats The Movie’ oleh Light Chaser Animation Studios


Filem yang berdurasi 105 minit penuh aksi menarik, ‘Cats The Movie’ ini telah diterbitkan oleh Light Chaser Animation Studios dan diarahkan oleh pengarah ternama, Gary Wang. Dengan bajet 10.5 juta USD, filem ini berjaya mengaut kutipan yang mengagumkan sebanyak 20.5 juta USD di pawagam. Sinopsis Cat The Movie, mengisahkan tentang pengembaraan sekumpulan kucing dalam mencari ‘syurga’ kucing bernama Peachtopia, penyampaian jalan cerita ‘Cats The Movie’ yang penuh menarik bersama animasi yang berkualiti, menjadikannya satu pencapaian gemilang dalam dunia perfileman animasi. 

Cat The Movie Teknologi AI dari Durioo+, Durioo+, Filem, Kucing, Cat The Movie, Filem Teknologi AI, AI Technologi


Antara olahan Durioo+ yang merevolusikan filem ini ke aras lebih tinggi antaranya :-

1. Durioo+ memperkenalkan teknologi AI untuk menukar pakaian watak filem tersebut tampil lebih sopan dan Islamik.

2. Skrip dan usaha alih suara juga telah melalui olahan komprehensif dengan memasukkan nilai-nilai Islamik seperti ucapan “Allahu Akbar”, “Masha Allah” yang dituturkan oleh watak kucing utama. 

3. Misi Durioo+ adalah untuk melindungi kanak-kanak dari kandungan tidak baik yang berleluasa di internet, disamping menanam nilai-nilai Islam ke jiwa kanak-kanak melalui medium paling kerap mereka gunakan iaitu video. 

Oleh itu, adalah penting bagi Durioo+ untuk memastikan setiap video dan kandungan di platform ini sesuai untuk seluruh keluarga, disamping memiliki nilai-nilai positif serta sentiasa memberi manfaat kepada kanak-kanak. 

CEO Durioo+, Sinan Ismail, berkata, "Memang menjadi misi kami di Durioo+ untuk membina ummah beriman, berakhlak dan berilmu. Oleh itu, kami pastikan semua 5,500 konten di Durioo+ adalah selamat dan sesuai di tonton kanak-kanak. Tim Durioo+ berusaha keras untuk menghasilkan Durioo+ Originals dan mencari konten yang berkualiti dan bermanfaat untuk kanak-kanak " 

Sebelum ini, Durioo+ juga telah memperkenalkan beberapa filem lain (tempatan dan luar negeri), jadi ini bukanlah satu-satunya filem di platform Durioo+. Tetapi filem ‘Cats The Movie’ ini adalah satu-satunya filem yang telah menjalani olahan secara menyeluruh. Filem-filem lain yang boleh didapati di platform Durioo+ antaranya adalah 'Bilal: Lahirnya Wira Baharu', 'Tay', dan beberapa filem tempatan seperti 'Wheely', 'Bola Kampung', dan banyak lagi. 

“Cats The Movie ni istimewa kerana kami menggunakan teknologi AI untuk membolehkan animasi ini selamat dan sesuai untuk kanak-kanak. Di masa hadapan, kami akan terus menggunakan teknologi dan kreativiti untuk memastikan anak-anak Malaysia mendapat hiburan yang terbaik dan selamat.”, tambah Sinan. 

Usaha ini menjadikan Durioo+ sebagai antara pelopor utama dalam industri tempatan yang telah melabur wang dan tenaga dalam memastikan anak-anak Muslim boleh sama-sama menikmati hiburan selamat disamping menerapkan nilai-nilai Islam di jiwa mereka.

Jangan lupa muat turun aplikasi Durioo+ hari ini. Selanjutnya tentang Durioo+ boleh layari ke :-
Be First to Post Comment !
Post a Comment

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com