CONTOH SURAT BERHENTI KERJA DALAM BAHASA MELAYU

Apabila minta kerja, kita akan hantar resume atau CV untuk mohon kerja. Manakala, apabila mahu berhenti pun.. perlulah ada surat berhenti atau notis berhenti kerja / resign letter. Ini semua adalah adab dalam dunia pekerjaan. 


Contoh Surat Berhenti Kerja Resign Letter Dalam BM dan English



PENTINGNYA SURAT BERHENTI KERJA


Penting ke surat berhenti kerja, ni? Apa pentingnya surat berhenti kerja? 

Surat berhenti kerja, juga dikenali sebagai surat pelepasan kerja, merupakan dokumen rasmi yang digunakan seseorang pekerja untuk memberitahu majikan tentang niat untuk berhenti dari jawatan pekerjaan semasa.

Ia adalah satu tindakan penting dan beretika untuk memberikan notis kepada majikan agar proses peralihan berjalan dengan lancar dan tidak menimbulkan kesulitan kepada organisasi.



AKTA PEKERJA TENTANG NOTIS BERHENTI KERJA



Merujuk Seksyen 12 (1) Akta Kerja 1955, notis penamatan kontrak boleh diberikan oleh mana-mana pihak kepada pihak satu lagi pada bila-bila masa untuk maklumkan niatnya bagi menamatkan kontrak perkhidmatan.

Ini bermaksud, pekerja boleh beri notis berhenti kerja kepada majikan dan majikan juga boleh beri notis penamatan kontrak kepada pekerja pada bila-bila masa.

Melaui Seksyen 12 (2) pula, menyebut tentang  tempoh notis yang memerlukan kedua-dua pihak (majikan dan pekerja) wajib mengikuti tempoh peruntukan dan syarat-syarat yang dibuat secara bertulis dalam kontrak perkhidmatan.

Biasanya surat offer letter ( surat kemasukan kerja) ada tertulis tentang tempoh dan notis berhenti kerja bagi mana-mana pekerja yang ingin berhenti kerja.

Andai kata kontrak perkhidmatan tidak menyatakan sebarang syarat atau peruntukan tentang tempoh penamatan kontrak perkhidmatan.

Maka tempoh penetapan yang digariskan dalam Akta Kerja 1955 adalah:-

>> 4 minggu notis jika pekerja bekerja kurang daripada 2 tahun pada tarikh notis diberikan

>> 6 minggu notis jika pekerja bekerja 2 tahun atau lebih tetapi kurang daripada 5 tahun pada tarikh notis diberikan

>> 8 minggu notis jika pekerja bekerja 5 tahun atau lebih pada tarikh notis diberikan



BOLEH KE TAMATKAN KONTRAK TANPA NOTIS? 




Secara teknikal, mana-mana pihak boleh menamatkan kontrak perkhidmatan tanpa menghantar sebarang notis atau selepas hantar notis dengan syarat pihak itu perlu bayar ganti rugi notis kepada pihak lain bergantung kepada jumlah upah pekerja.

Perkara ini diterangkan pada Seksyen 13, di mana jika satu pihak ingin berhenti kerja segera, maka pihak itu perlu bayar kepada pihak lain sejumlah wang yang sama dengan jumlah upah yang sepatutnya terakru kepada pekerja dalam tempoh notis tersebut.

Selain itu, mana-mana pihak boleh menamatkan kontrak perkhidmatan tanpa notis andai berlaku apa-apa perlanggaran yang disengajakan oleh pihak lain terhadap syarat-syarat kontrak perkhidmatan yang dipersetujui.

Maksudnya di sini andai mana-mana pihak melanggar syarat kontrak, sama ada pekerja atau majikan, maka penamatan kontrak boleh dibuat tanpa keperluan menghantar notis kepada mana-mana pihak.

Satu perkara lagi, andai seorang pekerja terdedah dengan sebarang bentuk bahaya atau ancaman atau penyakit, maka penamatan kontrak perkhidmatan tanpa notis boleh dibuat oleh mana-mana pihak berkuatkuasa serta merta.

PERLU ADA DALAM SURAT BERHENTI KERJA


Surat berhenti kerja perlu ada element penting seperti :-
1. Tarikh akhir pekerjaan
2. Alasan berhenti
3. Penghargaan terhadap pengalaman di tempat kerja tersebut.


CONTOH SURAT BERHENTI KERJA DALAM BAHASA MELAYU


Berikut adalah contoh format surat berhenti kerja dalam Bahasa Melayu

Alamat Pekerja

Tarikh: [Tarikh Penulisan Surat]

Penerima: [Nama Majikan] [Nama Syarikat] [Alamat Syarikat]

Tajuk: Surat Berhenti Kerja

Salam Sejahtera,

Saya, [Nama Anda], dengan ini ingin memberitahu bahawa saya bercadang untuk berhenti dari jawatan saya [Nyatakan jawatan] di [Nama Syarikat] pada tarikh [Tarikh Akhir Pekerjaan]. Keputusan ini telah saya pertimbangkan dengan matang dan saya yakin ianya langkah terbaik untuk saya buat masa ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada [Nama Majikan] atas peluang yang diberikan kepada saya untuk berkhidmat di [Nama Syarikat] selama [Tempoh Perkhidmatan Anda]. Saya amat menghargai pengalaman dan ilmu yang diperolehi semasa bekerja di sini.

Alasan saya berhenti adalah [Jelaskan Alasan Anda, seperti mencari peluang baru, pengembangan kerjaya, atau sebab-sebab peribadi]. Saya akan pastikan bahawa semua peralihan tugas saya akan berjalan dengan lancar dan saya bersedia untuk membantu dengan proses pemindahan tugas kepada rakan sekerja yang sesuai.

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala sokongan dan pengalaman yang diberikan kepada saya. Saya berharap agar hubungan baik antara saya dan [Nama Syarikat] akan terus berkekalan.

Sila ambil perhatian surat berhenti ini adalah notis [Tempoh Notis Anda seperti dalam surat tawaran kerja, biasanya 1 bulan] seperti yang diperlukan mengikut peraturan kontrak saya.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar, 
[Tandatangan Tangan (jika surat cetak)]
[Nama Anda]  
[Alamat Emel] 
[No. Telefon]

Harap ini membantu! Sila ubah suai mengikut keperluan peribadi anda sebelum menghantar surat berhenti kerja.

CONTOH SURAT BERHENTI KERJA DALAM ENGLISH


Your Name & Address

Date

Company Name & Adress

Title : Resign Letter of .................

Dear [Employer's Name],

I am writing to formally resign from my position as [Your Job Title] at [Company Name], effective [Last Working Day, typically two weeks  / 1 month from the date of the letter].

I have thoroughly enjoyed my time working with the [Company Name] team and I am grateful for the opportunities and experiences I've gained during my tenure. I have learned a great deal and have been fortunate to collaborate with such a dedicated and talented group of professionals.

The decision to resign was not made lightly, but after careful consideration, I believe it is the right step for my career growth and personal development. I am committed to ensuring a smooth transition and will do my best to assist in transferring my responsibilities to my colleagues.

I want to express my sincere gratitude to you and the entire [Company Name] team for your support, mentorship, and the positive work environment you have provided. I am confident that the skills and knowledge I've acquired here will serve me well in my future endeavors.

Please consider this letter as the required [Notice Period, usually one month ] notice period, as per my employment contract. I am open to discussing the transition process and any tasks that need to be completed before my departure.

Thank you once again for the opportunity to be a part of [Company Name]. I wish the company continued success in the future.

Sincerely,

[Your Name]
[Your Signature (if sending a printed letter)]


Semoga Contoh Surat Berhenti Kerja Resign Letter Dalam BM dan English memberi manfaat kepada yang mahu berhenti kerja.




2 comments on "CONTOH SURAT BERHENTI KERJA DALAM BAHASA MELAYU"
  1. Ada yang berhenti kerja main hilang macam tu aje

    ReplyDelete
  2. Lama nya tak buat Surat berhenti kerja. Dah lebih belas tahun tak keje. Semoga yang bekerja terus berusaha capai impian. Kerja dengan penuh ikhlas dalam mencari rezeki yang berkat.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com