Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

CONTOH SURAT BERHENTI KERJA DALAM BAHASA MELAYU

Apabila minta kerja, kita akan hantar resume atau CV untuk mohon kerja. Manakala, apabila mahu berhenti pun.. perlulah ada surat berhenti atau notis berhenti kerja / resign letter. Ini semua adalah adab dalam dunia pekerjaan. 


Contoh Surat Berhenti Kerja Resign Letter Dalam BM dan English



PENTINGNYA SURAT BERHENTI KERJA


Penting ke surat berhenti kerja, ni? Apa pentingnya surat berhenti kerja? 

Surat berhenti kerja, juga dikenali sebagai surat pelepasan kerja, merupakan dokumen rasmi yang digunakan seseorang pekerja untuk memberitahu majikan tentang niat untuk berhenti dari jawatan pekerjaan semasa.

Ia adalah satu tindakan penting dan beretika untuk memberikan notis kepada majikan agar proses peralihan berjalan dengan lancar dan tidak menimbulkan kesulitan kepada organisasi.



AKTA PEKERJA TENTANG NOTIS BERHENTI KERJA



Merujuk Seksyen 12 (1) Akta Kerja 1955, notis penamatan kontrak boleh diberikan oleh mana-mana pihak kepada pihak satu lagi pada bila-bila masa untuk maklumkan niatnya bagi menamatkan kontrak perkhidmatan.

Ini bermaksud, pekerja boleh beri notis berhenti kerja kepada majikan dan majikan juga boleh beri notis penamatan kontrak kepada pekerja pada bila-bila masa.

Melaui Seksyen 12 (2) pula, menyebut tentang  tempoh notis yang memerlukan kedua-dua pihak (majikan dan pekerja) wajib mengikuti tempoh peruntukan dan syarat-syarat yang dibuat secara bertulis dalam kontrak perkhidmatan.

Biasanya surat offer letter ( surat kemasukan kerja) ada tertulis tentang tempoh dan notis berhenti kerja bagi mana-mana pekerja yang ingin berhenti kerja.

Andai kata kontrak perkhidmatan tidak menyatakan sebarang syarat atau peruntukan tentang tempoh penamatan kontrak perkhidmatan.

Maka tempoh penetapan yang digariskan dalam Akta Kerja 1955 adalah:-

>> 4 minggu notis jika pekerja bekerja kurang daripada 2 tahun pada tarikh notis diberikan

>> 6 minggu notis jika pekerja bekerja 2 tahun atau lebih tetapi kurang daripada 5 tahun pada tarikh notis diberikan

>> 8 minggu notis jika pekerja bekerja 5 tahun atau lebih pada tarikh notis diberikan



BOLEH KE TAMATKAN KONTRAK TANPA NOTIS? 




Secara teknikal, mana-mana pihak boleh menamatkan kontrak perkhidmatan tanpa menghantar sebarang notis atau selepas hantar notis dengan syarat pihak itu perlu bayar ganti rugi notis kepada pihak lain bergantung kepada jumlah upah pekerja.

Perkara ini diterangkan pada Seksyen 13, di mana jika satu pihak ingin berhenti kerja segera, maka pihak itu perlu bayar kepada pihak lain sejumlah wang yang sama dengan jumlah upah yang sepatutnya terakru kepada pekerja dalam tempoh notis tersebut.

Selain itu, mana-mana pihak boleh menamatkan kontrak perkhidmatan tanpa notis andai berlaku apa-apa perlanggaran yang disengajakan oleh pihak lain terhadap syarat-syarat kontrak perkhidmatan yang dipersetujui.

Maksudnya di sini andai mana-mana pihak melanggar syarat kontrak, sama ada pekerja atau majikan, maka penamatan kontrak boleh dibuat tanpa keperluan menghantar notis kepada mana-mana pihak.

Satu perkara lagi, andai seorang pekerja terdedah dengan sebarang bentuk bahaya atau ancaman atau penyakit, maka penamatan kontrak perkhidmatan tanpa notis boleh dibuat oleh mana-mana pihak berkuatkuasa serta merta.

PERLU ADA DALAM SURAT BERHENTI KERJA


Surat berhenti kerja perlu ada element penting seperti :-
1. Tarikh akhir pekerjaan
2. Alasan berhenti
3. Penghargaan terhadap pengalaman di tempat kerja tersebut.


CONTOH SURAT BERHENTI KERJA DALAM BAHASA MELAYU


Berikut adalah contoh format surat berhenti kerja dalam Bahasa Melayu

Alamat Pekerja

Tarikh: [Tarikh Penulisan Surat]

Penerima: [Nama Majikan] [Nama Syarikat] [Alamat Syarikat]

Tajuk: Surat Berhenti Kerja

Salam Sejahtera,

Saya, [Nama Anda], dengan ini ingin memberitahu bahawa saya bercadang untuk berhenti dari jawatan saya [Nyatakan jawatan] di [Nama Syarikat] pada tarikh [Tarikh Akhir Pekerjaan]. Keputusan ini telah saya pertimbangkan dengan matang dan saya yakin ianya langkah terbaik untuk saya buat masa ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada [Nama Majikan] atas peluang yang diberikan kepada saya untuk berkhidmat di [Nama Syarikat] selama [Tempoh Perkhidmatan Anda]. Saya amat menghargai pengalaman dan ilmu yang diperolehi semasa bekerja di sini.

Alasan saya berhenti adalah [Jelaskan Alasan Anda, seperti mencari peluang baru, pengembangan kerjaya, atau sebab-sebab peribadi]. Saya akan pastikan bahawa semua peralihan tugas saya akan berjalan dengan lancar dan saya bersedia untuk membantu dengan proses pemindahan tugas kepada rakan sekerja yang sesuai.

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala sokongan dan pengalaman yang diberikan kepada saya. Saya berharap agar hubungan baik antara saya dan [Nama Syarikat] akan terus berkekalan.

Sila ambil perhatian surat berhenti ini adalah notis [Tempoh Notis Anda seperti dalam surat tawaran kerja, biasanya 1 bulan] seperti yang diperlukan mengikut peraturan kontrak saya.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar, 
[Tandatangan Tangan (jika surat cetak)]
[Nama Anda]  
[Alamat Emel] 
[No. Telefon]

Harap ini membantu! Sila ubah suai mengikut keperluan peribadi anda sebelum menghantar surat berhenti kerja.

CONTOH SURAT BERHENTI KERJA DALAM ENGLISH


Your Name & Address

Date

Company Name & Adress

Title : Resign Letter of .................

Dear [Employer's Name],

I am writing to formally resign from my position as [Your Job Title] at [Company Name], effective [Last Working Day, typically two weeks  / 1 month from the date of the letter].

I have thoroughly enjoyed my time working with the [Company Name] team and I am grateful for the opportunities and experiences I've gained during my tenure. I have learned a great deal and have been fortunate to collaborate with such a dedicated and talented group of professionals.

The decision to resign was not made lightly, but after careful consideration, I believe it is the right step for my career growth and personal development. I am committed to ensuring a smooth transition and will do my best to assist in transferring my responsibilities to my colleagues.

I want to express my sincere gratitude to you and the entire [Company Name] team for your support, mentorship, and the positive work environment you have provided. I am confident that the skills and knowledge I've acquired here will serve me well in my future endeavors.

Please consider this letter as the required [Notice Period, usually one month ] notice period, as per my employment contract. I am open to discussing the transition process and any tasks that need to be completed before my departure.

Thank you once again for the opportunity to be a part of [Company Name]. I wish the company continued success in the future.

Sincerely,

[Your Name]
[Your Signature (if sending a printed letter)]


Semoga Contoh Surat Berhenti Kerja Resign Letter Dalam BM dan English memberi manfaat kepada yang mahu berhenti kerja.




NEELOFA BERJAYA LANCARKAN APLIKASI ISLAMIK THENOOR

NEELOFA BERJAYA LANCARKAN APLIKASI ISLAMIK THENOOR - Mummy ternampak di Instagram Neelofa tentang aplikasi THENOOR yang beliau lancarkan, nampak sangat menarik dan padat dengan info islamik yang kita sebagai seorang muslim perlukan.

NEELOFA BERJAYA LANCARKAN APLIKASI ISLAMIK THENOOR


‘TheNoor’ ini merupakan syarikat dibawah Noor Luminous Sdn Bhd. Setelah 6 bulan proses menubuhkan aplikasi THENOOR. Kini ianya boleh di pakai oleh semua orang. Apa yang menarik dalam aplikasi THENOOR dari Neelofa ini?

MENARIK TENTANG THENOOR NEELOFA


Apa yang menarik tentang aplikasi THENOOR Neelofa ini adalah

1. Ianya didatangkan khas dengan rakaman bacaan tafsiran al-Quran dalam lima bahasa yang berbeza termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Indonesia. 

2. ‘TheNoor’ ini tidak terhad untuk pengguna Islam sedia ada ataupun Islam di Malaysia ianya sangat sesuai untuk Muslim yang baharu memeluk agama Islam Muaalaf untuk memudahkan mereka memahami bacaan al-Quran.



NEELOFA BERJAYA LANCARKAN APLIKASI ISLAMIK THENOOR

3. ‘TheNoor’ mempunyai konten penting seperti waktu solat, arah kiblat, lokasi-lokasi masjid berdekatan dan tafsiran bacaan al-Quran. 

4. Sangat di perlukan oleh seorang Muslim atau yang beragama Islam , walau di negara maan kita sekali pun, kita boleh akses dengan bantuan aplikasi THENORR Neelofa.



NEELOFA BERJAYA LANCARKAN APLIKASI ISLAMIK THENOOR

Akan datang, Neelofa akan menambahbaikkan lagi aplikasi THENOOR seperti :-

1. Menambah lagi bahasa-bahasa lain. Antara bahasa yang dimaksudkan itu termasuk Bahasa Turki, Perancis, Spanyol, Urdu dan Hindi.

2. Merancang untuk memperkenalkan fungsi wasiat dan faraid yang membolehkan pengguna mengelolakan wasiat mereka menerusi aplikasi ini seiring dengan undang-undang Syariah.

3. Portal untuk bayar zakat, derma

NEELOFA BERJAYA LANCARKAN APLIKASI ISLAMIK THENOOR

4. Online services, jualan atas talian / pembayaran tanpa tunai, akan di perkenalkan seperti dompet digital iaitu E-Wallet yang punyai fungsi Kad Prabayar Visa menerusi Fasspay. Kaedah ini sedang dalam proses kelulusan Bank Negara Malaysia.

Jomlah kita muat turun aplikasi TheNoor di Play Store bagi pengguna android. Atau boleh muat turun di Apps Store untik pengga Appple.

BTW, congaratulations Neelofa ! 

RAHSIA SURAH AL-FATIHAH

Surah al Fatihah banyak kelebihannya. Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak pasti bahawa banyak rahsia dan kelebihan surah alfatihah ini. Jom kita baca apa rahsia surah al fatihah ini.

RAHSIA SURAH AL-FATIHAH


RAHSIA AL-FATIHAH


1. Al fatihah - *Seringkali di baca untuk arwah.*
2. Al fatihah - *Tanpa membacanya solat kita tidak sah*
3. Al fatihah - *Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.*
4. Al fatihah - *Jika merindui seseorang, maka bacalah.*
5. Al fatihah - *Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bermasalah.*
6. Al fatihah - *Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.*
7. Al fatihah - *Terjemahannya indah, hafalnya mudah.*
8. Al fatihah - *Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.*
9. Al fatihah - *Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.*
10. Al fatihah - *Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.*

FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH


Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan.

Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya.

Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga.

Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.

Sahabat-sahabat group ku yang baik, 
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah, perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan,pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah.

Jom sama-sama kita beramal secara istiqomah hadiahkan al-fatihah untuk Rasulullah SAW, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak permata hati kita. Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga.

Aamiin. InsyaAllah, moga mendapat baroqah yg berterusan hingga ke jannah.


Business Card, Name Card atau Kad Nama dari Pixajoy PERCUMA

Siapa dalam dunia ini tak suka benda PERCUMA? Mummy pun triple suka tau, bila dapat tahu Pixajoy offer buat Business Card, Name Card atau Kad Nama (100pcs) secara PERCUMA. Mummy terus terjah website Pixajoy. Buka webiste terus tempah  Business Card, Name Card atau Kad Nama . Gelojoh sungguhkan !

Macamana tak gelojoh... Business Card, Name Card atau Kad Nama (100 pcs) dari Pixajoy secara PERCUMA ini ada limit tau, 50 pelanggan untuk sehari. Kang kalau lambat, tak dapat PERCUMA pula hehehehe. 

Business Card, Name Card atau Kad Nama dari Pixajoy PERCUMA


Business Card, Name Card atau Kad Nama dari Pixajoy PERCUMA

Ta da...... ini lah Business Card, Name Card atau Kad Nama mummy dari Pixajoy. Simple je,kan.

Mummy pilih design sedia ada dalam website Pixajoy tu, lepas tu.. edit sedikit-sedikit je. Siap !!

Sebenarnya, mummy masih ada balance 1 kotak lagi Business Card (blogger) stok dari tahun lepas. Dulu aktif pi event. Cepat je habis 2 kotak business card. 

Sekali buat dulu, 3 kotak terus. Sekarang dah jarang-jarang pi event. Tu yang lambat luak business card (blogger). Tapi tak pe, bukan ada expired pun kan. Yang penting data jangan di tukar. Kalau ada pertukaran. Kenalah tempah yang baru. huhuhu.

Penting ke tak business card? Sangat subjektif benda ini. Bagi mummy penting. Blogger ini , kadang-kadang secara tak langsung kita bekerja juga. Kebanyakan PR yang akan kita jumpa, pastinya akan bertanyakan tentang business card kita. Takkan nak bagi business card opis tempat kita kerja kan. 

Blogger sesama blogger pun, bila jumpa akan bertukar kad. Pendek kata, kena juga standby business card (blogger).

Kalau tak mahu buat pun tak pe, tak ada masalah pun.

Bagi yang ada business tak kira berniaga besar-besaran ke meniaga kecil-kecilan ke.. Perlu business card kan? Dah PERCUMA ini, boleh lah tempah terus ya !

Bila pos barang pada customer, boleh selitkan sekali business card tu :) Nak pos pada mummy sekeping dua pun ok gak :0 hehehehe


Business Card, Name Card atau Kad Nama dari Pixajoy PERCUMA

Ini pula design kedua kad dari Pixajoy. Untuk Majlis Aqiqah Dzal Aidi Fiqry pula. Amacam? Ok tak designnya? Hahahaha design sedia ada juga ini, tambah gambar, taip sedikit dan edit fonts je. Siap !

CARA BUAT BUSINESS CARD DI PIXAJOY

Oh..nak buat business card di Pixajoy ini mudah je . Pastikan untuk buat design ni dengan menggunakan PC atau laptop. Buat melalui hand phone memang tak boleh, ye : -

1. Klik dan log in di http://www.pixajoy.com.my/name-card
2. Pilih design mana yang suka, nak create design sendiri pun boleh.
3. Edit
4. Confirmkan design
5. Save dan terus buat order.
6. Bayaran secara kad debit, kad kredit dan pay pal pun boleh.

Walaupun PERCUMA, tapi harus bayar delivery charge. Untuk semenanjung RM8.48 je untuk 1 kotak (100 pcs).

Oh ya..berapa kotak boleh buat ye? Sebulan boleh buat 1 kotak (100 pcs) Business Card, Name Card atau Kad Nama dari Pixajoy secara PERCUMA. Kalau dah tempah bulan ini, kene tunggu bulan lagi satu untuk tempahan yang baru.

Jom tempah Business Card, Name Card atau Kad Nama dari Pixajoy secara PERCUMA. Sementara promosi ini berlangsung :)


SYABAS !! 4 Kali Gangguan Bekalan Air di Kajang dan Sekitar Hulu Langat

SYABAS !! 4 Kali Gangguan Bekalan Air di Kajang dan Sekitar Hulu Langat. Tempat mummy tinggal di Kajang ni, kerap betul gangguan air. Nasib memang daddy rajin buat simpanan air. Bertong-tong air memang kami standby. Rasanya, bukan tahun ini sahaja kerap gangguan air dari SYABAS. Tapi, tahun lepas juga, pernah hadapi saat begini. Hinggakan kami ke Sungai Congkak untuk mengambil air. Gitu sekali.......

SYABAS !! 4 Kali Gangguan Bekalan Air di Kajang dan Sekitar Hulu Langat


SMS Dari SYABAS berkenaan Gangguan Bekalan Air di Kajang dan Sekitar Hulu Langat

SMS Dari SYABAS berkenaan Gangguan Bekalan Air di Kajang dan Sekitar Hulu Langat


Antara SMS yang mummy terima dari SYABAS berkenaan gangguan air. 7 Oktober 2016


SMS Dari SYABAS berkenaan Gangguan Bekalan Air di Kajang dan Sekitar Hulu Langat
8 Oktober 2016


SMS Dari SYABAS berkenaan Gangguan Bekalan Air di Kajang dan Sekitar Hulu Langat
23 Oktober 2016



SMS Dari SYABAS berkenaan Gangguan Bekalan Air di Kajang dan Sekitar Hulu Langat

Ini pula jadual bekalan air. Nampaknya, kawasan rumah mummy akan hadapi gangguan air lagi.

Info mengatakan 2 hari ada air...dan 2 hari lagi tak ada air.

Kalau 2 hari tu tak ada masalah apartment kami. Sebab tangki air apartment ini boleh tahan dalam masa 2 hari.

PENIPUAN Best Deal, Lazada's Best Selling Samsung Galaxy J7 in RM 49 only

PENIPUAN Best Deal, Lazada's Best Selling Samsung Galaxy J7 in RM 49 only. Ada juga whatsapp mengatakan harganya RM99. Macam-macam harga keluar. Penuh whatsapp berantai dari malam tadi tentang LAZADA BEST DEAL SAMSUNG GALAXY J7 RM49.

Dari awal mummy agak macam ada tak kena. Tapi..tak ada bukti nak cakap hal ni scammer ke. Betul atau salah. Siapalah kita nak judge sesuatu perkara tu kan.

Lagipun..handphone bukan wishlists mummy. Mummy memang seorang yang jarang bertukar handphone.

Tunggu la kot mana tau..esok lusa memerlukan kerja yang menggunkan talian telefon lain. Baru mummy akan fikir balik..nak beli handphone ke macamana.


PENIPUAN Best Deal, Lazada's Best Selling Samsung Galaxy J7 in RM 49 only


Best Deal, Lazada's Best Selling Samsung Galaxy J7 in RM 49 only. Buy It Now Before Sale Ends. Cash On Delivery Also Available.


Cerita bab LAZADA BEST DEAL SAMSUNG GALAXY RM49 ni kan. Pagi ini..mummy terima whatsapp :-


Visit now: http://bit.ly/LazadaSale1

TUNGGU JANGAN KLIK LAGI

1. Bukak apps lazada, search samsung j7 16gb. Ada tak harga RM49? Xde? 

2. Klik link di atas, buka di browser, tgk web address di atas. Lazada.com-flashsale 

Website original lazada www.lazada.com.my 

Apa2 dr lazada wajib melalui link di atas. Cth jika ada flash sale, address sepatutnya 

3. Cuba klik button menu or lain2 selain BUY NOW. Xboleh klik . suspicious !

4. Logik ke samsung j7 rm49? 

5. Website yg ada payment getaway yg selamat bermula dgn Https bukan http S disini bermaksud secured.

Bagi yang dah terbagi nombor akuan. Di galakkan berurusan dengan bank segera.

Aktiviti Sebelum Tidur

Sebelum tidur, kadang kita masih leka dengan handphone kan? Termasuklah mummy...kadang-kadang waktu tu lah nak cek mana-mana yang patut atau yang terlepas pandang. Sebelum tidur tu lah..teringat itu dan teringat ini. Walau apa pun aktiviti sebelum tidur. Ada yang patut kita ketahui aktiviti sebelum tidur yang sebenarnya.

AKTIVITI SEBELUM TIDUR RASULLULLAH S.A.W

AKTIVITI SEBELUM TIDUR RASULLULLAH S.A.W

Jom kita baca sedikit perkongsian sebelum tidur cara Rasullulah S.A.W

Rasulullah tidak pernah tidur sebelum mencium Fatimah. Pernah suatu ketika ditegur dan ditanya salah satu istrinya, kenapa engkau selalu mencium Fatimah? Rasulullah menjawab, ‘setiap aku rindu surga aku mendapatkan semerbak bau harum surga pada diri Fatimah’.

Suatu hari Siti Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya, mau tidur. Rasulullah mengetuk pintu kamarnya, kemudian Rasulullah masuk dan Siti Fatimah bangun, kata Rasulullah ‘jangan, tetaplah kamu di tempat tidurmu’.

Kemudian beliau bersabda ‘putriku Fatimah, kamu jangan tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran. Kamu jangan tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Kamu jangan tidur sebelum merelakan atau memberi kerelaan kepada seluruh kaum mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai putriku Fatimah jangan kamu tidur sebelum kamu Umrah dan Haji’.

Permintaan yang sulit semua. Sebelum tidur khatam Al-Quran. Sebelum tidur menjadikan seluruh Nabi memberikan syafaat. Sebelum tidur merelakan kaum mukminin-mukminat. Sebelum tidur Umrah dan Haji.

Siti Fatimah terkejut mendapatkan perintah ini. Sebelum sempat Fatimah berkata, Rasulullah shalat dua rakaat di kamar Siti Fatimah. Siti Fatimah duduk menanti selesai shalat ayahnya untuk menanyakan tentang perintah tadi.

Setelah Rasulullah salam, Siti Fatimah berkata, ‘ayahku, siapa yang mampu sebelum tidur khatam Al-Quran, menjadikan para Nabi memberi syafaat, merelakan seluruh kaum mukminin-mukminat, dan melaksanakan Umrah dan Haji?’

Rasulullah tersenyum kemudian beliau bersabda, ‘bukan begitu putriku, bukankah engkau 

kalau membaca Qulhuwallahu Ahad (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 3x dihitung seperti khatam Al-Quran.

Kedua, bershalawatlah kepadaku dan seluruh para nabi, nanti kami semua siap memberi syafaat. 

Ketiga, doakan kaum mukminin-mukminat; Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat, supaya semua kaum mukminin-mukminat rela kepadamu. 

Ke empat, Umrah dan Haji yang kumaksud ialah membaca; Subhanallah, walhamdulillah, wa Laa Ilaha Illallah, wa Allahu Akbar, maka pahalanya seperti kamu melakukan Umrah dan Haji’.

Jadi inilah amalan yang diajarkan Rasulullah kepada putrinya Fatimah. Dan mari kita amalkan dan ajarkan kepada anak-anak kita:

1. Membaca Qulhuwallahu Ahad (Al-Ikhlas) 3 x.
2. Shalawat kepada para Nabi (Allahumma Shalli ala Muhammad wa Ali Muhammad wa Alal Anbiya-i wal Mursalin).
3. Mendoakan kaum Muslimin (Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat).
4. Kemudian membaca (Subhanallah, wa-Alhamdulillah wa Laa ilaa ha Illallah wa-Allahu Akbar).