DASS Depression Anxiety Stress Scales

Ramai di kalangan rakyat Malaysia sekarang mengalamai tekanan yang tinggi. Tekanan yang dimaksudkan adalah kesihatan mental yang tidak normal. Jadi, baru ini, mummy saje melakukan buat ujian DASS. DASS adalah ujian Saringan Kesihatan Mental atau Depression Anxiety Stress Scale (DASS). 

Baca juga : Ketumbit


Skala Kemurungan, Kebimbangan & Tekanan (DASS) dari MENTARI KKM
Sumber KKM



DASS Depression Anxiety Stress Scales 


Ujian DASS bukanlah sakit jiwa atau gila , ye. Ada yang kurang faham, mengganggap DASS ini adalah sakit jiwa atau gila. Bukan, ye ! Depression Anxiety Stress Scale (DASS) adalah satu pengukur psikologi yang digunakan untuk mengukur tahap keadaan emosi iaitu kemurungan, kecemasan, dan tekanan dalam diri seseorang. Ia digunakan untuk mengukur sejauh mana individu merasai simptom-simptom ini dalam kehidupan mereka. Bagaimana untuk mengukur Depression Anxiety Stress Scale (DASS)?




Ujian Depression Anxiety Stress Scale (DASS)

Ujian Depression Anxiety Stress Scale (DASS)


Depression Anxiety Stress Scale (DASS)ini boleh di ukur melalui ujian Depression Anxiety Stress Scale (DASS). Ujian DASS ini, merupakan satu ujian sebagai panduan untuk mengenal pasti simptom dan sebagai indikator awal sama ada seseorang itu perlukan rawatan kesihatan mental atau tidak.



Skala Kemurungan, Kebimbangan & Tekanan (DASS) dari MENTARI KKM



Skala Kemurungan, Kebimbangan & Tekanan (DASS) dari MENTARI KKM



Ujian Depression Anxiety Stress Scale (DASS) secara online boleh di buat di laman rasmi KKM https://mentari.moh.gov.my/app/Modules/Patient/public-dass/

Skala Kemurungan, Kebimbangan & Tekanan (DASS) dari KKM ialah soal selidik 21 item yang direka untuk mengukur keadaan kesihatan mental dan emosi semasa, mengenal pasti tanda-tanda atau simtom Kemurungan, Kebimbangan atau Tekanan.


MENTARI dan Kementerian Kesihatan Malaysia



MENTARI telah dimulakan sebagai tindak balas kepada keperluan Akta dan Peraturan Kesihatan Mental (2010) yang baharu dan menyokong untuk penaiktarafan perkhidmatan berasaskan komuniti, serta untuk meningkatkan kesihatan mental masyarakat. Ia merupakan pendekatan baharu yang dimulakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan jangkauan dan penyepaduan semula orang yang mengalami masalah kesihatan mental. 

Nama rasmi ialah 'Pusat Kesihatan Mental Komuniti': istilah MENTARI ialah percubaan untuk penjenamaan imej iaitu "MENTA" daripada perkataan 'mental' dan "RI" daripada 'psikiatri'. 

Terdapat sekurang-kurangnya satu MENTARI di setiap negeri di negara ini, dan ia diuruskan oleh Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental di hospital terdekat. 

Pasukan rawatan di MENTARI diketuai oleh pakar psikiatri; dan ahli pasukan termasuk pegawai perubatan, ahli terapi carakerja, jururawat dan pekerja sosial perubatan.


Dengan satu pejabat kebangsaan (MENTARI Selayang) dan 30 cawangan berasaskan komuniti di semua negeri (sehingga Julai 2021), KKM menyediakan perkhidmatan dan sokongan kepada rakyat Malaysia melalui usaha gabungan profesional penjagaan kesihatan pelbagai disiplin.


Perbezaan Depression Anxiety Stress dan Sakit Jiwa


Depression Anxiety Stress mempunyai perbezaan dengan sakit jiwa. Macam mana nak tentukan Depression Anxiety Stress matau jiwa? Yang boleh memastikan sakit ini, adalah golongan tertentu iaitu doktor pakar

Tetapi, secara am untuk mengehtahui Depression Anxiety Stress matau jiwa adalah seperti berikut:

Depression Anxiety Stress Scale (DASS): Ia merupakan alat ukur psikologi yang digunakan untuk mengukur tahap emosi Skala Kemurungan, Kebimbangan & Tekanan (DASS) dalam diri seseorang.


"Sakit jiwa" pula merujuk kepada gangguan mental atau masalah psikologi yang melibatkan fungsi emosi, mental, dan sosial seseorang. Ia merangkumi pelbagai keadaan seperti kemurungan, kecemasan, skizofrenia, gangguan bipolar, gangguan makan, dan lain-lain. 

Istilah "sakit jiwa" digunakan untuk merujuk kepada masalah yang berkaitan dengan kesihatan mental seseorang, yang boleh mempengaruhi cara individu berfikir, merasa, dan bertindak.

Rawatan Untuk Depression Anxiety Stress



Rawatan untuk "Depression Anxiety Stress" akan disyorkan dari doktor pakar perubatan yang di khaskan. Untuk setiap tahap, kemungkinan tidak sama rawatnnya.

Tatapi, secara am, rawatan untuk "Depression Anxiety Stress"  :-

Psikoterapi:
Psikoterapi merujuk kepada sesi terapi dengan seorang kaunselor atau doktor pakar perubatan yang di khaskan. Terdapat pelbagai jenis terapi seperti terapi kognitif tingkah laku (CBT), terapi pengendalian stres, dan terapi pemusatan dalam (mindfulness) yang dapat membantu individu mengendalikan emosi, pemikiran negatif dan untuk mengatasi stres.


Perubatan:
Bagi beberapa individu dengan tahap simptom yang lebih tinggi, doktor mungkin memberikan ubat-ubatan seperti anti-stress atau ubat anti-kemurungan. Pengambilan ubat perlu diawasi oleh doktor pakar perubatan yang di khaskan untuk membantu mengurangkan simptom-simptom "Depression Anxiety Stress" .


Sokongan Sosial:
Dapatkan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan orang terdekat adalah sangatpenting. Berjumpa, berbual dan berkongsi perasaan dengan seseorang yang dipercayai boleh membantu meredakan tekanan emosi.


Gaya Hidup Sihat:
Melibatkan diri dalam aktiviti fizikal, menjaga diet seimbang, tidur yang cukup dan elakkan pengambilan bahan yang boleh meningkatkan "Depression Anxiety Stress" .


Dalaman (Mindfulness):
Mindfulness melibatkan kesedaran sepenuhnya terhadap perasaan, pemikiran dan suasana. Ia boleh membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan ketenangan.


Pemulihan Secara Berperingkat:
Setiap individu yang mengalamai "Depression Anxiety Stress" , mungkin perlu mengambil masa untuk kembali kepada rutin harian. 

Selain itu, rawatan atau terapi sangat penting. Penghidap "Depression Anxiety Stress" perlu berjumpa, berbincang dengan doktor atau pakar kesihatan mental yang berkelayakan sebelum memilih rawatan mana yang sesuai. 

Setiap individu mempunyai keperluan dan keadaan yang berlaianan, dan rawatan perlu disesuaikan dengan keperluan individu tersebut.

Rawatan Tradisional Untuk "Depression Anxiety Stress" 


Rawatan tradisional untuk "Depression Anxiety Stress" tidak boleh menggantikan rawatan dari doktor pakar atau profesional.

Ini hanyalah pendekatan yang boleh dipertimbangkan. Antaranya :-

Penggunaan Herba dan Minyak Pati:
Pengunaan herba atau minyak pati (essential oil) seperti lavender, chamomile dan lain-lain bauan boleh digunakan dalam aromaterapi untuk membantu mengurangkan "Depression Anxiety Stress" dan menenangkan emosi.


Penggunaan Minuman Herbal:
Minuman herbal seperti teh chamomile atau teh lemon dikatakan mempunyai sifat menenangkan dan membantu mengurangkan stres.


Senaman :
Senaman dan regangan fizikal seperti yoga, tai chi, sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengimbangi tenaga dalam badan, membantu mengurangkan tekanan, dan meningkatkan ketenangan.


Meditasi dan Doa:
Amalan meditasi, doa, solat, zikir dan lain-lain boleh membantu individu menenangkan diri, mengurangkan tekanan, dan mengembalikan keseimbangan emosi.


Urutan dan Refleksi Kaki:
Beberapa kaedah urutan atau refleksi kaki juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan memberikan badan lebih relax.


Walau bagaimanapun, semua ini adalah bergantung kepada doktor, pakar kesihatan atau profesional dalam perubatan sebelum mengambil langkah ini. 

Setiap individu mungkin mempunyai keperluan yang tidak sama, dan mungkin hanya berkesan dalam beberapa langkah sahaja. 


Untuk membantu mengurangkan tahap Depression Anxiety Stress  pemakanan yang seimbang dan berkhasiat sangat penting untuk kesihatan mental. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang disyorkan :

Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran:
Makanan yang kaya dengan serat, vitamin, dan mineral seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu menjaga kesihatan mental. Contoh termasuk sayur-sayuran hijau, buah-buahan beri, jeruk, epal, pisang, dan brokoli.


Bijirin :
Bijirin seperti oat, beras merah, dan quinoa adalah sumber karbohidrat yang kompleks dan dapat memberikan tenaga secara beransur-ansur tanpa menyebabkan kenaikan gula dalam darah yang tiba-tiba.


Sumber Protein :
Daging tanpa lemak, ayam, ikan, telur, kacang-kacangan, dan produk tenusu rendah lemak adalah sumber protein yang penting untuk badan.


Lemak Sihat:
Lemak sihat (contohnya minyak zaitun, ikan berlemak, kacang-kacangan) dapat memberi manfaat kepada fungsi otak dan mood.


Makanan Kaya Omega-3:
Ikan berlemak seperti salmon, sardin, dan tuna adalah sumber omega-3 yang dapat membantu meredakan Depression Anxiety Stress dan meningkatkan kesejahteraan emosi.


Kekacang dan Biji-Bijian:
Kekacang seperti almond, kacang brazil, dan biji bunga matahari mengandungi nutrien penting seperti magnesium dan zink yang dapat membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood.

Air Putih:
Pastikan diri sentiasa terhidrat dengan meminum cukup air dapat mempengaruhi mood dan fungsi kognitif.

Walau bagaimanapun, penting untuk untuk diingatkan bahawa tidak ada satu jenis makanan yang direct dapat menyembuhkan gangguan emosi.

Pemakanan yang baik, terapi profesional dan cara hidup seimbang. Adalah sangat penting.

Jika anda merasakan kesukaran yang serius dalam mengurus masalah emosi, disyorkan untuk berjumpa dengan pakar kesihatan mental untuk mendapatkan nasihat dan sokongan.

Take care !
4 comments on "DASS Depression Anxiety Stress Scales "
  1. tq akak for the sharing. yes, sekarang ni kita hidup dalam tekanan. tgk la anak2 punya silibus sekolah, kecik2 lagi dah diterkan2...kesian diorang..

    ReplyDelete
  2. Menarik aritikel ni. Kadang kita pun tak sedar tahap stress kita

    ReplyDelete
  3. Macam perlu dibuat juga sbb skrg tiba2 je suka2 menggigil tangan

    ReplyDelete
  4. nak buat jugalah ujian ni... tapi tak rajin pulak

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com