Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi


Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen Mari Beli Lokal — Ramadan & Raya Tahun 2024. KUSKOP memperkenalkan kempen Mari Beli Lokal – Ramadan & Raya untuk kali kedua susulan kejayaan kempen tersebut pada tahun 2023 yang meraih nilai jualan sehingga RM2.5 juta. Seperti tahun 2023, kempen Mari Beli Lokal – Ramadan & Raya turut dikuasakan oleh platform digital tanpa caj iaitu MyMall.

Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi



Hampir 500 usahawan dijangka akan menyertai Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan & Raya pada kali ini yang menawarkan pelbagai produk seperti pes masakan segera, produk runcit, pakaian raya dan kuih raya. Kempen ini juga disertai jenama-jenama terkenal seperti Lima Waktu, Bulan Bintang, Shasya Habib, Primavalet, Bunga, Nur Aisyah, Ola Oli, V3, SKNN, Qi Rahman dan Agarbomb.





YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, sebagaimana pelaksanaan pada tahun 2023, Kempen Mari Beli Lokal Ramadan & Raya ini bertujuan menarik sokongan orang ramai kepada produk tempatan yang dikeluarkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi di negara ini. Melalui adaptasi jualan dalam talian dengan menggunakan platform MyMall, secara langsung inisiatif ini membantu proses pendigitalan PMKS dan koperasi di Malaysia.
Usahawan dan koperasi tempatan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka dijemput untuk menyertai platform jualan digital MyMall dengan mendaftarkan peniagaan mereka di www.mymallmalaysia.my. Manakala bagi yang berminat mendapatkan kelengkapan Ramadan dan Raya sepertj makanan, pakaian, perhiasan dan pelbagai keperluan lain boleh membuat pesanan menerusi www.mymallmalaysia.my atau aplikasi MyMall 2.0 yang boleh dimuat turun di Playstore atau AppStore.




Selain menyediakan platform @-dagang tanpa Caj, MyMall turut menawarkan akses terhadap pembangunan kapasiti, pembiayaan perniagaan dan pemasaran kepada usahawan dan koperasi tempatan. KUSKOP terus komited dalam membantu pembangunan usahawan dan koperasi dengan pelbagai inisiatif terkini dan berimpak tinggi. Langkah ini bertepatan dengan konsep Malaysia MADANI, iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

PRE-ORDER SAMSUNG AI TV CHANCE TO WIN RM140K PRIZES

Score Big Rewards When You Pre-Order The 2024 Samsung AI TV Today

PRE-ORDER SAMSUNG AI TV CHANCE TO WIN RM140K PRIZES


PRE-ORDER SAMSUNG AI TV CHANCE TO WIN RM140K PRIZES


The countdown is on to pre-order your dream Samsung AI TV and unlock a world of immersive viewing experiences. But wait, there's more! Pre-order between 17 April – 2 May 2024, and you'll not only elevate your home entertainment but also get rewarded with a Touch ‘n Go eWallet[1] credit and a chance to win amazing prizes worth a total of RM140,000![2]

PRE-ORDER SAMSUNG AI TV CHANCE TO WIN RM140K PRIZES



Here's a sneak peek at the pre-order deals[3] waiting for you:

Samsung Neo QLED 8K: Experience the pinnacle of picture quality with Neo QLED 8K and enjoy up to RM2,500 Touch ‘n Go eWallet credit!

Samsung Neo QLED 4K: Immerse yourself in stunning visuals with Neo QLED 4K and receive up to RM2,900 Touch ‘n Go eWallet credit!

Samsung OLED TV: Witness unparalleled contrast and vibrant colors with OLED technology, plus get up to RM1,600 Touch ‘n Go eWallet credit!

PRE-ORDER SAMSUNG AI TV CHANCE TO WIN RM140K PRIZES



Don't forget to complete your home entertainment setup with a Samsung Soundbar! During the pre-order period, you can also enjoy exclusive deals on our Soundbar series[4]:

Music Frame: Elevate your space with the stylish Music Frame, now at a saving of up to RM500!

The Frame: Seamlessly blend technology with art with The Frame, and receive up to RM800 Touch ‘n Go eWallet credit!

Q-Series Soundbar: Experience powerful and immersive audio with the latest Q-Series Soundbar, with savings of up to RM1,500!


This incredible pre-order offer ends on 2 May 2024. Visit the link below to browse our selection of Samsung AI TVs and Soundbars, and secure your pre-order now!


To explore the full range of Samsung TVs and Soundbars, please visit:




###

About Samsung Electronics Co., Ltd.


Samsung inspires the world and shapes the future with transformative ideas and technologies. The company is redefining the worlds of TVs, smartphones, wearable devices, tablets, home appliances, network systems, and memory, system LSI, foundry and LED solutions, and delivering a seamless connected experience through its SmartThings ecosystem and open collaboration with partners. For the latest news, please visit the Samsung Newsroom at news.samsung.com.


“SAMSUNG MALAYSIA ELECTRONICS (SME) SDN BHD [Company No. 200301026766(629186-D)]



[1] RM500 Touch 'n Go ewallet credit to be redeemed from Samsung redemption portal when you pre-order/purchase selected newly launched Samsung TVs between 17 April – 2 May 2024. One (1) redemption per customer, limited to 58,000 units, first come first served. While stocks last. Terms and conditions apply. For more information, visit: https://images.samsung.com/is/content/samsung/assets/my/tnc/2024-TV-GTM-Hand-RaiserCampaign_TnC_V8-20.3.2024-CLEAN.pdf

[2] Terms and conditions apply.

[3] The Promotion is open to all Malaysian Citizens and residents of Malaysia of 18 years old and above (as of 17 April 2024) with the requisite identification documents (e.g. NRIC/Passport) (“Eligible Customer”); except Samsung's employees (and their immediate families), its related agencies, retailers and dealers. Terms and conditions apply. While stock lasts.

[4] Terms and conditions apply. While stocks last.

GSK RAYA OPEN HOUSE DAN MINGGU IMUNISASI SEDUNIA

Baru-baru ini, anak kami Dhia Batrisya baru sahaja dimasukkan ke wad hospital gara-gara Influenza B. Bukan sahaja beliau menghidapi demam, selesema dan batuk. Malah, keputusan darah juga tidak cantik. Ngam selepas itu pula, mummy ikuti forum GSK sempena minggu imunisasi sedunia.


GSK RAYA OPEN HOUSE DAN MINGGU IMUNISASI SEDUNIA

GSK RAYA OPEN HOUSE DAN MINGGU IMUNISASI SEDUNIA



GSK RAYA OPEN HOUSE DAN MINGGU IMUNISASI SEDUNIA


GSK turut mengadakan Raya Open House ketika perbincangan imunisasi sempena minggi imunisasi sedunia yang bertempat di One World Hotel Damansara.

GSK RAYA OPEN HOUSE DAN MINGGU IMUNISASI SEDUNIA


Tatkala penduduk Malaysia beralih kepada demografi yang semakin berusia, kepentingan imunisasi dewasa menjadi semakin ketara. Dengan memastikan individu menerima vaksin yang diperlukan, orang dewasa boleh kekal aktif, menjadi ahli yang sihat dalam masyarakat dan ekonomi, sekali gus memanjangkan produktiviti, mengekalkan sumbangan kepada ekonomi tempatan, dan mengurangkan kos penjagaan kesihatan, walaupun mereka memasuki usia emas.

GSK RAYA OPEN HOUSE DAN MINGGU IMUNISASI SEDUNIA

Minggu Imunisasi Sedunia [24 April – 30 April]


Minggu Imunisasi Sedunia [24 April – 30 April] ini merupakan masa untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan dan impak sosioekonomi vaksinasi secara global serta meningkatkan perubahan dasar yang diperlukan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan berdaya tahan, terutamanya di Malaysia.


Menurut data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah individu berumur 65 tahun dan ke atas semakin meningkat dengan kira-kira 2.5 juta orang termasuk dalam kategori ini. DOSM juga mengunjurkan bahawa Malaysia akan mempunyai jumlah yang hampir sama daripada golongan muda (18.6%) dan golongan berusia (14.5%) pada tahun 2040. Hal ini bermakna dalam tempoh kurang 2 dekad, golongan berusia akan melepasi 6.0 juta, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai masyarakat yang berusia.


Bersempena dengan Minggu Imunisasi Sedunia 2024, GlaxoSmithKline (GSK) menganjurkan wacana yang tepat pada masanya, menghimpunkan pakar tempatan dan global untuk berkongsi perspektif mereka tentang landskap vaksin yang semakin berubah, faedah vaksin kepada orang dewasa yang lebih tua, dan nilai sosioekonomi imunisasi dewasa.

Acara ini dilengkapkan lagi dengan perbincangan panel tempatan yang menampilkan perbincangan yang bernas, perbahasan yang rancak dan perkongsian pengetahuan yang luas dalam memperlihatkan keberkesanan pencegahan penyakit cegahan vaksin (VPD) dalam kalangan orang dewasa Malaysia, cabaran utama yang dihadapi oleh industri penjagaan kesihatan, serta peluang untuk membangunkan penyelesaian yang praktikal dan berkesan dalam peralihan ke arah masyarakat semakin berusia yang lebih sihat di negara ini.


Registered in Malaysia Company No. 195801000141(3277-U)


Dr. Thanabalan Fonseka, Pengarah Perubatan Vaksin GSK Malaysia berkata: “Inisiatif imunisasi kanak-kanak di sekolah dan dalam komuniti sudah mantap dengan kadar liputan yang tinggi. Berbeza dengan situasi ini, cabaran utama berhubung dengan vaksinasi golongan dewasa terletak pada kurangnya kesedaran mengenai VPD dan pilihan pencegahannya. Akibatnya, ramai orang dewasa masih tidak menyedari pentingnya mengemaskini vaksinasi yang terkini atau mungkin secara tidak sengaja terlepas pandang cadangan untuk suntikan penggalak atau vaksin yang baharu yang boleh didapati apabila mereka semakin berusia."

GSK RAYA OPEN HOUSE DAN MINGGU IMUNISASI SEDUNIA


Selain itu, halangan logistik, seperti akses yang terhad kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kekangan kewangan, terus menjejaskan kadar vaksinasi dewasa. Oleh itu, terdapat keperluan yang mendesak untuk meningkatkan kesedaran, menambah baik kebolehcapaian, serta menekankan betapa mustahaknya memberikan keutamaan kepada vaksinasi dewasa bagi memastikan perlindungan menyeluruh terhadap penyakit yang boleh dicegah sepanjang masa dewasa. Kita mesti beralih daripada "penjagaan sakit" kepada penjagaan kesihatan pencegahan sebenar untuk menjadikan imunisasi dewasa sebagai standard penjagaan dengan membina kepercayaan terhadap nilai vaksinasi dewasa dalam kalangan rakyat Malaysia," tambah Fonseka.

GSK RAYA OPEN HOUSE DAN MINGGU IMUNISASI SEDUNIA


Apakah Imunisasi Dewasa?


Vaksin dewasa ialah vaksin yang disyorkan khusus untuk individu dewasa bagi melindungi diri daripada pelbagai penyakit cegahan vaksin (vaccine-preventable diseases, VPD). Pemvaksinan dewasa yang paling lazim antara lainnya termasuklah COVID-19, influenza, penyakit pneumokokal, herpes zoster, dan ‘respiratory syncytial virus’ (RSV).


Siapakah yang Berisiko?


Kumpulan umur yang berisiko untuk pelbagai penyakit yang disasarkan oleh vaksinasi dewasa berbeza-beza bergantung pada penyakit. Walau bagaimanapun, secara amnya, orang dewasa yang berumur 50 tahun ke atas berisiko lebih tinggi untuk penyakit berjangkit tertentu disebabkan oleh faktor seperti sistem imun yang semakin merosot akibat penuaan, keadaan kesihatan sedia ada dan imuniti vaksin yang menurun mengikut peredaran masa. Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa walaupun orang dewasa yang lebih berusia selalunya berisiko lebih tinggi, penyakit tertentu boleh menjejaskan orang dewasa dari semua peringkat umur. Selain itu, individu yang mempunyai sistem imun yang lemah akibat keadaan seperti HIV/AIDS, kanser atau ubat imunosupresif mungkin lebih terdedah kepada penyakit berjangkit tanpa mengira usia.


GSK RAYA OPEN HOUSE DAN MINGGU IMUNISASI SEDUNIA

Semasa Minggu Imunisasi Sedunia, GSK bersatu secara global untuk menekankan betapa mustahaknya imunisasi dewasa. Matlamat kami adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kelebihan kesihatan, struktur dan sosioekonomi meluas yang berpunca daripada penggunaan ekstensif vaksin dewasa untuk setiap individu di seluruh dunia. Dengan kerjasama pihak berkepentingan merentas industri, kami menetapkan sasaran untuk menyokong Program 50 tahun Perluasan Imunisasi (EPI) Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk melakukan apa-apa yang boleh dilakukan secara manusia, iaitu menyelamatkan nyawa melalui imunisasi.

GSK terus menekankan betapa pentingnya pencegahan sebagai asas penjagaan kesihatan. Dengan salah satu portfolio vaksin yang paling luas di seluruh dunia, GSK komited untuk melindungi individu dari semua peringkat umur, termasuk orang dewasa yang lebih tua dan membentuk semula dasar berhubung dengan imunisasi dewasa untuk kekal berada di hadapan dan meneruskan momentumnya untuk memainkan peranan dalam penambahbaikan kesihatan awam di Malaysia.


Perihal GSK



GSK ialah syarikat biopharma global dengan cita-cita dan tujuan untuk menyatukan sains, teknologi dan bakat untuk bekerjasama dalam usaha mengatasi penyakit. Kami menetapkan sasaran untuk memberikan impak yang positif kepada kesihatan 2.5 bilion penduduk dalam tempoh 10 tahun akan datang. Cita-cita kami yang tinggi untuk pesakit dicerminkan dalam komitmen baharu terhadap pertumbuhan dan peningkatan yang ketara dalam prestasi. Kami telah beroperasi di Malaysia selama lebih 65 tahun, sejak memulakan operasi pertama kami pada bulan Oktober 1958. Dalam tempoh enam dekad yang lalu, GSK Malaysia telah berkembang dengan ketara baik dalam infrastruktur, operasi perniagaan mahupun asas bakat. Kini beroperasi dengan lebih 400 pekerja yang ditempatkan di dua entiti perniagaan kami – Farmaseutikal & Vaksin dan Pusat Perkhidmatan Perniagaan. Ketahui selanjutnya di Malaysia | GSK.

Rawatan Pico Laser ASTRIA Clinic Bangsar

Sebelum raya, mummy dah awal-awal pi buat treatment muka di ASTRIA Clinic di Bangsar. Biasanya kalau beraya di kampung ni, mummy lebih suka wajah tanpa ber make up. Naked face gitulah. Jadi tak mahulah nampak kulit muka tidak bermaya sangat.

Jadi, mummy memilih untuk buat rawatan muka Pico Laser di ASTRIA Clinic Bangsar. ASTRIA Clinic Bangsar ini best sangat. Suasana dalamnya minimalist dan elegant. Ada bilik make up, bilik menunggu VIP. Pendek kata, selesa dan sangat privacy di sini.

Rawatan Pico Laser ASTRIA Clinic Bangsar



Rawatan Pico Laser ASTRIA Clinic Bangsar


Rawatan Pico Laser pula dilakukan sendiri oleh doktor aesthetic ASTRIA Clinic, iaitu Dr Jinli Wong. Jadi, memang mummy terasa sangat confident buat rawatan di sini.

Sebelum Pico Laser dilakukan, wajah mummy dibersihkan terebih dahulu untuk membuang segala make up yang aa di muka. Kemudian, wajah mummy melalui proses sonic cleanser dan juga aqua suction. Kedua-dua proses ni tak sakit pun. Selesai sahaja kedua-kuda proses ni, diteruskan dengan rawatan Pico Laser.

Rawatan Pico Laser ASTRIA Clinic Bangsar

Rawatan Pico Laser ASTRIA Clinic Bangsar

Rawatan Pico Laser ASTRIA Clinic Bangsar



Apa itu Pico Laser?


Pico laser merupakan salah satu teknologi dan rawatan yang popular di dalam dunia kecantikan kulit (Aesthetic). Dengan menggunakan teknologi yang canggih, 92% dari para pelanggan merasa puas hati dan bersetuju bahawa penggunaan Pico Laser sangat berhasil untuk mengembalikan keremajaan kulit .

Astria Clinic juga menyediakan prosedur Pico Laser dengan menggabungkan pelbagai rawatan terkini mengikut kesesuaian kulit individu dan rawatan Pico Laser supaya setiap pelanggan mendapat hasil rawatan yang optimum.


BAGAIMANA PICO LASER BERFUNGSI?


Pico Laser menghasilkan denyutan tenaga laser picosaat (Pico-second) yang kuat untuk merangsang pemecahan sel Laser-Induced Breakdowns (LIOB) di antara lapisan dermis dan epidermis. Tenaga laser ini juga memberikan tenaga yang cukup kuat untuk memecahkan struktur sel kulit yang mempunyai pigmentasi, liang pori yang besar dan permukaan kulit yang tidak merata. Dengan cara itu ia dapat mendorong pertumbuhan kulit yang baru.

Selama proses penyembuhan, dalam masa yang sama juga ia dapat merangsangkan penghasilan kolagen untuk memastikan kulit akan terlihat lebih sihat, elastin, muda, dan berseri. Rawatan Pico Laser juga diakui tidak berbahaya dibandingkan dengan teknologi laser yang lain, ianya mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan, iritasi kulit, dan mempunyai waktu penyembuhan yang lebih lama.

Rawatan Pico Laser ASTRIA Clinic Bangsar

Rawatan Pico Laser ASTRIA Clinic Bangsar




MANFAAT RAWATAN PICO LASER


1. Membuang tatu badan
2. Memulihkan keremajaan kulit
3. Merawat parut jerawat
4. Mengurangkan pigmentasi dan tanda-tanda penuaan kulit
5. Memuluskan dan mengurangkan kedutan
6. Membaiki tekstur kulit
7. Meransangkan penghasilan kolagen dan menganjalkan kulit
8. Menyingkirkan sel kulit mati dan rosak
9. Sesuai untuk semua jenis kulit

Rawatan Pico Laser ASTRIA Clinic Bangsar



Hasil mummy buat treatment Pico Laser di ASTRIA ni memang nampak hasil yang sangat positif

Kulit lebih cerah dan glowing. Highly recommended buat semua yang mahukan kulit wajah glowing dan cerah.

Jom ke

ASTRIA CLINIC
19, Jalan Telawi 3 Bangsar




Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

MasChain Ready to Democratise Blockchain Technology for Government, Enterprises and Industries Masverse Sdn. Bhd., a pioneering blockchain specialist company, today announced the launch of MasChain, a transformative platform designed to revolutionise the digital ecosystem for government, enterprises, and industries by enhancing the security and trustworthiness of transactions via Proof of Authority (PoA).

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform


Leveraging the first PoA chain, MasChain is set to democratise blockchain technology by providing revolutionary token digitalisation solutions across government and industry, unlocking the full potential of blockchain applications to practitioners and users for the protection of assets on the chain. Through the Substrate core framework and pallets smart contracts as modular components, MasChain can provide flexibility and stability. Network scalability is achieved via the PoA consensus mechanism, which greatly simplifies the entire process and unlocks the possibility of future blockchain applications. 

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform


The launch was witnessed by Mr. Danesh Jothiprahasam, Head of Domestic Digital Investment of Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) and Mr. Chew Kian Kok, Chief Executive Officer of Masverse. 


Masverse signed two Memorandums of Agreement with GamBit Group Sdn. Bhd. for enhanced custodian wallet services and TCF ecosystem and Intelligence Traceability Sdn. Bhd. for halal compliance and recycling product traceability services. Masverse also signed five Memorandums of Understanding with Vero AI Sdn. Bhd. To establish E-Halal Hub Ecosystem within ASEAN countries, Jabo Plantation Sdn. Bhd. for smart farming, traceability and tokenisation of the Jaboticaba Plantation, JomStay Digital Technology Sdn. Bhd. to enhance tourism, Accelerator Resources Sdn. Bhd. for a membership programme, and Asia Digital Bank Ltd in Web3 development across financial solutions across ASEAN and Islamic Union countries.


Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

From left to right:

 Koay Seong Jiann, Chief Financial Officer of Masverse Sdn. Bhd. , Chew Kian Kok, Chief Executive Officer of Masverse Sdn. Bhd., Teh Lee Jie, Technology Lead of Masverse Sdn. Bhd.


Founded in Malaysia, Masverse is at the forefront of digital innovation, creating a Layer 1 blockchain infrastructure and a Web3 ecosystem that promises to bridge the gap between current technologies and a future where digital advancements are universally beneficial. MasChain is designed to cater to various needs and applications, from financial technology (fintech), halal traceability, education, retail and supply chain management to digital identity and beyond, and for authorities and businesses to benefit from a blockchain solution. Their certification platforms and Islamic Financial Solutions also aim to empower individuals and businesses to thrive in the digital era by fostering blockchain use to be approachable and useful for everyone nationwide.


Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform


In an effort to facilitate blockchain adoption in the country, MasChain offers meaningful integration and onboarding based on the client's use case, powered by an Ethereum Virtual Machine (EVM) compatible chain with a versatile service layer application programming interface (API). This approach enables a wide range of services, from token management services to non-fungible token (NFT) and audit trail services, encapsulated within a secure, Blockchain-as-a-Service (BaaS) framework. MasChain gives governments and businesses seamless integration while strengthening network security and reducing complex technological transformation. Key Islamic compliance is achieved with halal traceability and supply chain solutions, ensuring transparency in the transaction lineage.


Lee Jie, the Tech Lead of Masverse said, "Today, we stand on the brink of a new era, one where the innovative use of public permissioned blockchain technology is set to redefine the operational frameworks of enterprises and governments alike. MasChain redefines the approach to identity verification, transaction security, and information storage, tailored to meet client-specific needs, thereby digitally transforming Malaysia's cyber landscape."


Jothiprahasam of MDEC said, "The inception of MasChain is a testament to the innovative spirit that thrives within our nation and the broader digital ecosystem. At MDEC, we are deeply committed to nurturing and propelling Malaysia's digital economy, emphasising inclusivity, sustainability, and growth. MasChain aligns perfectly with our mission, embodying the potential of technology to create not just economic value but societal progress as well."


"MasChain's approach, a public permissioned blockchain specifically tailored for enterprises and governments, marks a significant leap forward in how we envision the role of digital technologies in governance, commerce, and societal wellbeing."

###



ABOUT MASVERSE SDN BHD

Masverse Sdn. Bhd. (Masverse) is layer 1 blockchain infrastructure and Web3 ecosystem builders, standing at the forefront of Malaysia's digital landscape. Pioneering the integration of blockchain and Web3 technologies, Masverse's mission extends beyond technology. It's about creating a future where digital advancements are accessible and beneficial to all.


Follow Masverse on social media: Instagram, Facebook, X, LinkedIn and Medium.


PESAWAT HELIKOPTER TLDM DI LUMUT TERHEMPAS

Pesawat terhempas DI LUMUT PERAK..AL FATIHAH BUAT MANGSA NAHAS YANG TERLIBAT

Dilaporkan sebuah helikopter operasi maritim(HOM-AW139) bertembung dengan helikopter Fennec TLDM sebelum terhempas.

Insiden dilaporkan berlaku semasa latihan Lintas Hormat sempena HUT TLDM ke90 di Pangkalan TLDM Lumut.

PESAWAT HELIKOPTER TLDM  DI LUMUT TERHEMPAS


MAKLUMAT AWAL KEMALANGAN PESAWAT HELIKOPTER TLDM PADA 23 APRIL 24


Ucapan takziah kepada ahli-ahli keluarga mangsa tragedi nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak hari ini.

Semoga tabah menghadapi ujian ini.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan titipkan doa buat wira dan wirawati kita yang gugur hari ini

Pesawat HOM (M503 3):

1. Komander Muhammad Firdaus Ramli - Pegawai Memerintah Skuadron 503

2. Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin

3. Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi

4. Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun.

5. Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy

6. Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar

7. Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna

Pesawat Fennec (M502 6):

1. Komander Muhamad Amir Mohamad - Pegawai Memerintah Skuadron 502

2. Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan

3. Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi

Al-Fatihah dan salam takziah buat kru yang terlibat.

PESAWAT HELIKOPTER TLDM  DI LUMUT


PESAWAT HELIKOPTER TLDM  DI LUMUT

Selamat Hari Raya 2024 Semua

Selamat Hari Raya 2024 buat semua ! Maaf Zahir dan Batin, ye ! Terasa sekejap je masa berlalu, kan. Tiba-tiba dah 6 Syawal dah, ni. Korang balik raya mana, tu? Mummy sekeluarga balik ke Kamunting Taiping. Bab balik raya mana, ni. Mummy serahkan kepada encik suami je. Kalau kata beliau nak balik Taiping. Makanya, balik Taipinglah kami hehe.

Selamat Hari Raya 2024 Semua


Selamat Hari Raya 2024 Semua

Selamat Hari Raya 2024 Semua

Selamat Hari Raya 2024 Semua


Selamat Hari Raya 2024 buat semua ! Maaf Zahir dan Batin


Macam biasa, balik Taiping awal 2 hari sebelum raya. Senang tak kalut sangat. Boleh bertenang gosok baju, kemas barang dan persiapan raya. Padahal bukan bersiap raya sangat pun. Balik sana, adik suami dah siap-siap ready untuk masak raya, banyak jugaklah depa dah siapkan. Makanya, mummy goyang kaki je lah haha. Tak reti nak masak barang yang orang lain beli . Kang dorang nak masak lain ke kan..lari pulak bajet. Tapi..kalau kita nak beli dan menambah barang terasa macam kang banyak pulak menu.

Selamat Hari Raya 2024 Semua

Selamat Hari Raya 2024 Semua

Baju Raya Tema Hijau


Kisah baju raya tahun ni dasyat, siap ada yang kata oren akan viral. Hahaha. Mujur tak pakai oren,kan. Tapi, ermmm...tak de sangatlah fenomena oren pun. Baju raya kami untuk baju kurung dan baju melayu tahun ni seorang sepasang aje ! Warna tema raya kami pada tahun ini 2024 adalah warna pastel lime green dari Omar Ali. Sebenarnya warna tema raya ni kami tak plan pun. Mana yang sales dan mana yang boleh cukup saiz sekeluarga. Kami on aje !

Selamat Hari Raya 2024 Semua

Selamat Hari Raya 2024 Semua

Selamat Hari Raya 2024 Semua

Penginapan kami kali ini di kampung pula, di sponsor oleh adik suami. Dorang sewa homestay di Kamunting. Senang ada rumah besar, boleh memuatkan  adik beradik suami. Tapi, 1 keluarga tak balik raya di Kamunting. So, 6 keluarga sahaja yang berjumpa-jumpa. 5 keluarga sahaja yang stay di AK Homestay Kamunting.

Terima kasih buat semua adik beradik suami yang mana tolong masakkan, tolong sponsor itu ini, dan belanja itu ini.

Oh ya, walau semua ada yang sponsor dan belanja. Encik suami pun hulur-hulurlah juga wang ringgit. Apoo kedekut benor , nak duduk dan makan free. Hehehe.

Selamat Hari Raya 2024 Semua

Raya kedua, petang tu kami dah bertolak balik ke Kajang. Daddy ntah rasa nak gerak pulak. Mummy macam baisalah ..ikut aje !

Balik awal pun ok juga, sebab nak kemas barang dari Taiping, kemudian kemas pulak untuk daddy ke Johor dan barang kami untuk ke Subang.

Apa-apa pun, alhamdulillah seronok dapat menyambut raya. Paling suka sangat adalah anak-anak. Mereka jarang balik Taiping, kan. Setahun boleh dikiralah sekali dua je kot balik sana.

Hada Labo Hydrating Water Gel

Hada Labo Hydrating Water Gel yang baru dilancarkan dipertingkatkan dengan 2 Prebiotik, 4 jenis Asid Hyaluronik dan Ekstrak Kaktus untuk menguatkan penghalang kulit, meningkatkan penghidratan dan menenangkan serta melindungi kulit daripada tekanan persekitaran. 

Ciri-ciri Hada Labo Hydrating Water Gel

Ciri-ciri Hada Labo Hydrating Water Gel


Ciri-ciri Hada Labo Hydrating Water Gel

- Menenangkan & Antioksidan – mempunyai Ekstrak Kaktus yang kaya dengan anti-oksida untuk meredakan kerengsaan kulit dan melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas.

- Membaiki Penghalang Kulit – dengan 2 Prebiotik untuk membantu menguatkan penghalang kulit dan membaiki kulit yang kering, rosak untuk kulit yang lebih sihat dan kuat.

- Melindungi daripada Cahaya Biru – dengan Carnosine untuk melindungi kulit daripada cahaya biru.

- Menghidrat dan menyuburkan – menggabungkan 4 jenis Asid Hyaluronik (3D HA, HA Saiz Sederhana, Super HA & Nano HA) dan Ceramide untuk mengunci, menambah dan memulihkan kelembapan secara mendalam ke dalam kulit untuk kulit yang lembap dengan sempurna.

- Tekstur gel air yang sangat ringan menyerap serta-merta ke dalam kulit dan menjadikan kulit berasa segar dan terhidrat.

Formula lembut Hada Labo Hydrating Water Gel bebas daripada alkohol, paraben, pewarna, minyak mineral, MIT & Diglycol sesuai untuk semua jenis kulit. Ia disyorkan untuk digunakan selepas pembersihan dan losyen menghidratkan untuk mengunci kelembapan. Produk ini boleh didapati di semua farmasi dan pasar raya utama, serta platform e-dagang.


KEMPEN HADA LABO ‘WE CARE FOR SOCIETY’ MEMBAWA KEGEMBIRAAN KEPADA KOMUNITI TERPINGGIR


Menyokong Usahawan Wanita Berpendapatan Rendah dan Komuniti Miskin. Hada Labo, jenama penjagaan kulit Jepun yang terkenal di bawah Rohto-Mentholatum, terus memberi impak positif dalam kehidupan masyarakat terpinggir melalui kempen 'We Care for Society'. Kini dalam tahun kelima, kempen ini telah meluaskan jangkauannya untuk menyokong komuniti yang lebih luas sambil terus memperkasakan usahawan wanita berpendapatan rendah.

Hada Labo Hydrating Water Gel

Cheque presentation with Women Of Will (WOW)

L-R: Lakshwin Muruga, Executive Director of Women Of Will (WOW), Lim Mei Yuen, General Manager of Rohto-Mentholatum (M) Sdn. Bhd. and Carrol Tan, Watsons’ Head of Trading 1 at the cheque presentation ceremony for Hada Labo’s We Care For Society 2024.




Dengan kerjasama Women Of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen, dan disokong oleh Watsons Malaysia, 'We Care for Society' dijalan sepanjang bulan Ramadan. Hada Labo bekerjasama dengan WOW untuk melibatkan sekumpulan usahawan wanita berpendapatan rendah dalam pembuatan 1,000 balang biskut kesihatan, disokong dengan sumbangan RM20,000. Selain itu, sumbangan RM30,000 telah disediakan kepada Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk menyediakan 2,040 pek makanan untuk individu terpinggir dan gelandangan serta 44 beg barangan runcit untuk keluarga terpinggir. Kuih-muih itu diedarkan bersama makanan yang dibungkus dan barangan runcit kepada mereka yang memerlukan.

Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M) Sdn Bhd, berkongsi bahawa kempen yang dimulakan 5 tahun lalu, bertujuan untuk melengkapkan usahawan wanita berpendapatan rendah dengan kemahiran dan pengetahuan penting, membolehkan mereka mencapai kebebasan kewangan dan menyokong keluarga mereka. Menyedari peningkatan kelaziman kemiskinan, Hada Labo menghulurkan sokongannya kepada masyarakat miskin yang bergelut untuk memenuhi keperluan asas mereka, terutamanya makanan.

"Kami amat menghargai sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada orang ramai dan rakan kongsi kami, yang telah mengekalkan kempen ini selama 5 tahun. Kami menyasarkan untuk membawa keselesaan dan kegembiraan kepada golongan yang kurang bernasib baik, terutamanya semasa Ramadan, apabila keperluan pemakanan semakin meningkat," kata Lim.

Lakshwin Muruga, Pengarah Eksekutif WOW, menekankan kepentingan bantuan ini hadir tepat pada masanya diberikan kepada usahawan wanita berpendapatan rendah, yang berusaha untuk berdikari daripada segi kewangan, kebergantungan pada kemahiran dan pengetahuan mereka untuk menyara diri dan keluarga mereka. Beliau menekankan bahawa sokongan Hada Labo adalah rangsangan yang ketara untuk wanita ini.

Hada Labo Hydrating Water Gel

Cheque presentation with Kechara Soup Kitchen Society

L-R: Justin Cheah, Marketing Director of Kechara Soup Kitchen Society, Lim Mei Yuen, General Manager of Rohto-Mentholatum (M) Sdn. Bhd. and Carrol Tan, Watsons’ Head of Trading 1 at the cheque presentation ceremony for Hada Labo’s We Care For Society 2024.




Justin Cheah, Pengarah Pemasaran dari Persatuan Kechara Soup Kitchen, menekankan permintaan bantuan semakin meningkat di kala menghadapi kemerosotan ekonomi. Persatuan Kechara Soup Kitchen sangat bergantung kepada sumbangan makanan untuk membantu golongan yang memerlukan. Oleh itu, pasukannya mengucapkan terima kasih atas tajaan murah hati Hada Labo dan berharap untuk sokongan korporat yang berterusan dalam misi mereka.

Hada Labo Hydrating Water Gel




Hada Labo Hydrating Water Gel We Care for Society


Semasa kempen 'We Care for Society', dengan setiap pembelian pelembap Hada Labo Hydrating Water Gel dari Watsons RM1 akan disumbangkan untuk tujuan di atas.

Hada Labo Hydrating Water Gel, Penjagaan Kelembapan Penting Buat Anda

Sebagai sebahagian daripada kempen 'We Care for Society', Hada Labo memperkenalkan Hydrating Water Gel, tambahan penting kepada rangkaian penghidratannya.


Untuk maklumat lanjut atau menyokong kempen masa depan, layari www.hadalabo.com.my atau ikuti halaman Facebook mereka: MyHadaLabo.

Falsafah penjagaan kulit Hada Labo:

“SEMPURNA X MUDAH”

Untuk kesempurnaan muktamad dan kesederhanaan muktamad

Hada Labo menggunakan bahan-bahan terbaik, tulen dan sangat berkesan untuk memberikan anda hasil kulit cantik yang terbaik. Diilhamkan oleh kebijaksanaan kecantikan tradisional Jepun, Hada Labo mengamalkan falsafah "tidak lebih tidak kurang" dalam perumusan produknya untuk nisbah ramuan "sempurna" untuk memberikan hasil yang optimum. Bahan tambahan, pewarna, pewangi dan minyak mineral yang tidak perlu yang akan membebankan kulit ditinggalkan. Hanya bahan-bahan penting yang bermanfaat untuk kulit dikekalkan untuk memastikan keberkesanan maksimum - Hanya yang terbaik untuk kulit anda dan tiada yang lain.

Mengenai Mentholatum Company


Syarikat Mentholatum Inc. Ditubuhkan pada tahun 1889 ialah pengilang dan pemasar ubat bukan preskripsi dan produk penjagaan kesihatan. Ibu pejabat berada di Orchard Park, New York, A.S.A dengan operasi di Australia, Afrika Selatan, Kanada, Scotland, Taiwan, Thailand, Malaysia, Hong Kong, Mexico, Korea Selatan, P.R China, India dan Jepun. Pembuatan dijalankan di 26 lokasi di seluruh dunia dan pemasaran/pengedaran di lebih 150 negara. Syarikat itu, yang dipegang secara persendirian selama 99 tahun, telah diperoleh oleh Rohto Pharmaceutical Company Ltd. dari Osaka, Jepun pada tahun 1988. Rohto ialah pemain utama dalam pasaran farmaseutikal Jepun dengan produk terlaris dalam kategori penjagaan mata, topikal dan melegakan perut . Sejak tahun 1889, Syarikat Mentholatum telah berkembang dan maju daripada pembekal kecil sabun dan peralatan mandian menjadi sebuah syarikat antarabangsa, memasarkan ubat proprietari berkualiti di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, dan banyak negara di seluruh dunia, keluarga produk Mentholatum telah memperoleh reputasi untuk kualiti dan nilai. Setiap jenama Mentholatum dijual dengan jaminan kepuasan tanpa syarat.

Jenama di bawah Mentholatum: Lipice, Oxy, Hada Labom Selsun, Sunplay, Rohto Eye Drops, Botanics, Deep Heating Rub, Melano CC and Dermistry+.