Showing posts with label Hadiah Hari Ibu. Show all posts
Showing posts with label Hadiah Hari Ibu. Show all posts

Sempena Mother's Day Enfagrow A+ MindPro Menjemput Semua Ibu-Ibu Untuk Hasilkan Lagu

Meraikan Jasa Ibu-Ibu: Enfagrow A+ MindPro Menjemput Semua Ibu-Ibu Untuk Hasilkan Lagu

Hari Ibu Janaan AI Pertama! Enfagrow A+ MindPro Meraikan Dedikasi Para Ibu Secara Kreatif Melalui Muzik dan Pameran Seni Visual.


Sempena Mother's Day Enfagrow A+ MindPro Menjemput Semua Ibu-Ibu Untuk Hasilkan Lagu

Sempena Mother's Day Enfagrow A+ MindPro Menjemput Semua Ibu-Ibu Untuk Hasilkan Lagu



Sempena Mother's Day Enfagrow A+ MindPro Menjemput Semua Ibu-Ibu Untuk Hasilkan Lagu


Enfagrow A+ MindPro, jenama terkemuka formula susu berkualiti tinggi untuk kanak-kanak dengan bangganya mengumumkan kempen “A+ Mums Raise A+ Kids” yang serba inovatif sempena dengan Hari Ibu. Kempen khas untuk para ibu ini menjemput ibu-ibu untuk bersama-sama menghasilkan lagu Hari Ibu janaan AI pertama. Selain meraikan kasih sayang dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh ibu-ibu, ia juga bermatlamat untuk diiktiraf oleh Malaysia Book of Records dalam kategori “The Most Number of Children’s Voices Used In An AI-generated Song.”

Tugas seorang ibu penuh dengan cabaran, dugaan, dan saat-saat manis yang menggembirakan. Sebagai tunjang utama dalam kehidupan anak-anak, mereka perlu sentiasa berusaha untuk membuat keputusan yang terbaik bagi anak-anak mereka. Enfagrow A+ MindPro memahami dan menghargai usaha para ibu terutama sekali dalam menjamin kesihatan dan masa depan anak-anak, dan ingin mengiktiraf dedikasi dan kerja keras para ibu.

Peraduan ini merupakan satu tanda penghormatan terhadap kasih sayang dan pengorbanan ibu-ibu pada setiap hari bersempena dengan sambutan Hari Ibu. Enfagrow A+ MindPro berharap agar inisiatif ini dapat memberikan keyakinan kepada para ibu dan mengiktiraf usaha mereka dalam mengasuh dan membentuk kehidupan anak-anak.

Sempena Mother's Day Enfagrow A+ MindPro Menjemput Semua Ibu-Ibu Untuk Hasilkan Lagu

Menurut Wong Choy Yee, Pengurus Mead Johnson Nutrition Malaysia dan Singapura serta ibu kepada dua orang anak, "Enfagrow A+ MindPro memahami dedikasi dan kasih sayang luar biasa yang dicurahkan oleh seorang ibu dalam kehidupan anak-anak mereka. Tugas seorang ibu amat mencabar, mereka sering mempersoalkan sama ada usaha mereka mencukupi." Beliau menambah, "Melalui kempen 'A+ Mums Raise A+ Kids', kami berhasrat untuk raikan kerja keras mereka dan menyediakan platform untuk mempamerkan perjalanan mereka dan anak-anak mereka melalui lagu janaan AI. Ini adalah cara kami berterima kasih dan mengiktiraf kasih sayang dan pengorbanan yang ditunjukkan mereka pada setiap hari."

Selari dengan lagu janaan AI yang diperibadikan ini, Enfagrow A+ MindPro akan mengadakan pameran bergambar untuk para pemenang bersama dengan anak-anak mereka yang mencerminkan kasih sayang dan hubungan erat yang tidak terhingga di antara mereka. Melalui seni penceritaan visual, pameran ini akan menangkap detik-detik manis dan kenangan indah dalam ikatan istimewa di antara seorang ibu dan anak-anaknya.

“Melalui lagu janaan AI sempena dengan Hari Ibu dan pameran ini, kami ingin membawakan satu pengalaman pelbagai sebagai tanda penghormatan yang bermakna untuk para ibu. Kami mahu meningkatkan daya tarikan jenama kami dengan mengiktiraf peranan penting mereka dalam kehidupan anak-anak dan menunjukkan penghargaan kami yang tidak terhingga atas dedikasi dan kasih sayang mereka yang tidak berbelah bahagi."

Untuk menyertai peraduan "A+ Mums Raise A+ Kids", ibu-ibu boleh memuat naik video 30 saat yang menunjukkan anak mereka (berumur 1 tahun ke atas) menyanyi, bergelak ketawa, atau bercakap, berserta dengan gambar mereka bersama anak mereka. Penyertaan boleh dihantar melalui DM di Halaman Facebook Enfagrow Malaysia dengan tajuk "A+ Mums Raise A+ Kids".

Tarikh akhir untuk menyertai peraduan ‘A+ Mums Raise A+ Kids’ adalah pada April 15 2024, jadi jangan lepaskan peluang untuk hantarkan penyertaan anda! Sebagai tanda penghargaan, setiap peserta yang layak akan menerima baucar hadiah Shopee bernilai RM30. Selain itu, para pemenang dan keluarga mereka akan berpeluang untuk memenangi percutian keluarga selama 3 hari 2 malam ke LEGOLAND® untuk 4 orang, beserta satu sesi penggambaran profesional. Potret mereka akan dipamerkan semasa sambutan Hari Ibu Enfagrow A+ MindPro pada bulan Mei 2024. Sertai sekarang untuk cipta kenangan yang akan merapatkan ikatan antara anda dan anak anda. 


Serlahkan Potensi Anak Anda dengan Enfagrow A+ MindPro.


Pada umur 5 tahun, kanak-kanak berada di tahap penting di mana 90% perkembangan otak mereka telah berlaku bagi membina asas yang kukuh untuk masa depan mereka. Sebagai penentu utama dalam membuat pilihan demi kesihatan anak-anak mereka, seorang ibu perlu membuat pilihan makanan dengan khasiat yang terbaik.

Enfagrow A+ MindPro dirumuskan dengan Milk Fat Globule Membrane (MFGM). Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengambil formula susu yang diperkaya dengan MFGM mempunyai prestasi mental yang jauh lebih tinggi berdasarkan skor IQ Skala Penuh. MFGM membolehkan rangsangan otak yang lebih pantas, seterusnya meningkatkan prestasi otak kanak-kanak dalam memproses maklumat.

Manfaat ini akan berpanjangan lebih daripada 5 tahun, dan menyediakan kanak-kanak untuk masa depan berjaya dengan perkembangan mental (IQ) dan emosi (EQ) jangka panjang yang lebih tinggi.

Komponen yang penting untuk pertumbuhan otak dan imuniti ini berfungsi secara sinergistik dengan nutrien otak DHA, memberikan kanak-kanak kelebihan jangka panjang untuk kemajuan (IQ) dan (EQ). Ini meningkatkan perkembangan kognitif dan memupuk kawalan emosi yang lebih baik bagi membantu kanak-kanak mengemudi situasi sosial dengan lebih berkesan.

"Keunikan Enfagrow A+ MindPro ialah cara MFGM digabungkan ke dalam formula susu kanak-kanak," kata Choy Yee. "Sebagai seorang ibu, saya memahami kepentingan untuk memberikan permulaan yang terbaik kepada kanak-kanak. Di Enfagrow A+ MindPro, kami ingin menyokong ibu dalam tugas mereka dengan menawarkan produk pemakanan yang inovatif untuk kanak-kanak yang disokong penyelidikan saintifik. Melalui produk rumusan saintifik kami, ibu-ibu boleh yakin bahawa mereka memberikan anak-anak mereka nutrisi yang mereka perlukan untuk perkembangan sihat dari segi mental dan emosi untuk kejayaan masa hadapan."

“Kami percaya bahawa dengan Enfagrow A+ MindPro, ibu bapa boleh membantu menyerlahkan potensi anak-anak mereka untuk bersedia selangkah di hadapan bagi zaman persekolahan dan seterusnya. Kami bukan sahaja menyediakan khasiat pemakanan, tapi juga menyediakan kanak-kanak untuk kemajuan dan kejayaan dalam setiap aspek kehidupan”.
Untuk maklumat lanjut tentang Enfagrow A+ MindPro dan bagaimana ia boleh membantu dalam tumbesaran serta perkembangan anak-anak anda, sila layari pautun yang ditera di sini: https://www.enfagrow.com.my/superior_nutrition

-tamat-

Tentang Enfagrow A+ MindPro:


Asas yang kukuh adalah penting dalam 5 tahun pertama perkembangan kanak-kanak. Enfagrow A+ MindPro adalah satu-satunya jenama yang mengandungi nutrien untuk perkembangan IQ & EQ jangka panjang. Ia mengandungi MFGM untuk peningkatan kognitif dan tingkah laku serta terbukti membantu dalam perkembangan IQ & EQ jangka panjang melebihi 5 tahun supaya anak anda sedia untuk masa depan di sekolah dan seterusnya. Selain daripada MFGM, ia mengandungi DHA yang memenuhi saranan pakar
untuk menyokong perkembangan mental yang optimum. Untuk memudahkan penghadaman, ibu-ibu boleh memilih Enfagrow A+ MindPro Gentlease yang mengandungi molekul protein yang lebih kecil dan mudah diserap. Ia juga mempunyai kandungan laktosa yang lebih rendah 3 untuk bantu penghadaman.

1. Berbanding jenama susu lain di pasaran setakat Mei 2023.
2. FAO/WHO mengesyorkan pengambilan DHA harian sebanyak 10-12mg/kg berat badan untuk kanak-kanak berumur 12-24 bulan atau 100-150mg DHA+EPA untuk kanak-kanak berumur 2-4 tahun.Rujukan: FAO 2010.
3. Berbanding dengan formulasi Enfagrow A+.

Hadiah Sempena Hari Ibu, Mother's Day Mug

Hadiah Sempena Hari Ibu, Mother's Day MugPejam celik..pejam celik. Esok dah bulan Mei 2017. Bulan Mei sentiasa mengingatkan mummy kepada sambutan Hari Ibu. Huhu mana boleh lupa hari ibu ! Ibu ratu hatiku...


Hadiah Sempena Hari Ibu, Mother's Day Mug


Hadiah Sempena Hari Ibu, Mother's Day Mug


Setiap kali Hari Ibu mesti kita terfikir panjang. Apakah hadiah yang sesuai untuk Hari Ibu. Betul tak? Okay, bagi yang tak ada idea nak bagi hadiah apa sempena Hari ibu. Mummy cadangkan...Mother's Day Mug dihadiahkan sempena Hari Ibu. Ha...ni contoh Hadiah Sempena Hari Ibu, Mother's Day Mug

Hadiah Sempena Hari Ibu, Mother's Day Mug

Lawa,kan mug ni ? Lain dari yang lain...bercorak penuh sampai dalam mug. Mummy pun teruja dengan Hadiah Sempena Hari Ibu, Mother's Day Mug. Terus zaaas, order untuk diri sendiri. Hehehe. Almaklumlah..anak kecik lagi. 

Hadiah yang dorang pandai bagi mummy ialah bunga yang di petik di laman rumah. Ehehe.


Hadiah Sempena Hari Ibu, Mother's Day Mug


MOTTO MUG UNTUK HADIAH MOTHER'S DAY, HAPPY BIRTHDAY DAN I LOVE YOU


Motto Mug yang cantik dan unik ni bukan sahaja boleh di tempah khas untuk Hari Ibu sahaja. 

Malah, boleh juga di tempah untuk hadiah hari jadi dan juga I Love You sempena Valentine's Day.

Hadiah Sempena Hari Ibu, Mother's Day Mug


Hadiah Sempena Hari Ibu, Mother's Day Mug


Harga Motto Mug ni tak mahal mana. Hanya RM30 sahaja untuk 1 Motto Mug.

Apa yang mummy suka dengan syarikat yang print motto mug ini ialah slogannya sejajar dengan perkhidmatannya "Best Sublimation Expert".


Bagi yang berminat nak tempah Motto Mug macam mummy tempah ni. Boleh terus hubungi :

BestSub Malaysia, Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T), Sublimation Blank Supplier:
No.6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3, Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang.

Business hours: Monday to Saturday (9am to 6pm)

Contact number: 019-9858151 (Ms. Elaine) or 019-3231515 (Mr. Steven)

Email: enquiry@libertyprinting.com.my