Showing posts with label Kucing. Show all posts
Showing posts with label Kucing. Show all posts

FIRST TIME HANDLE KUCING BERSALIN. TAHNIAH JENNY

Alhamdulillah pembukaan bulan Oktober sangat baik bagi kami sekeluarga. Ahli keluarga kami sudah bertambah. Kucing kami, Jenny (rehome) dengan kami pada 22 Julai 2023 telah selamat melahirkan  4 ekor anaknya.

KUCING KAMI JENNY, SELAMAT MELAHIRKAN 4 EKOR ANAK KUCING !


Pengalaman pertama dan sangat berharga buat kami suami isteri dalam proses menyambut kelahiran anak kucing a.k.a bidan kucing. Menggelupar jugak,lah kami. Call, wasap sana sini tanya kawan-kawan dan kenalan seawal 6 pagi .

Mujur adik mummy angkat call dan rakan blogger mummy Doktor Veterinar, Kak Ita juga menjawab wasap mummy dan jawab segala pertanyaan mummy berkaitan dengan proses menyambut kelahiran anak kucing a.k.a bidan kucing !

KUCING KAMI JENNY, SELAMAT MELAHIRKAN 4 EKOR ANAK KUCING !




Tanda-tanda Kucing Nak Beranak


Sebenarnya, tiga hari sebelum kucing kami (Jenny) nak beranak / bersalin, mummy dah nampak kelainan pada Jenny. Jenny ini, sebenarnya seekor kucing yang suka buat hal sendiri. Tak suka kena peluk dan tak suka kena pegang sangat.

Tapi, 3 hari sebelum Jenny nak beranak / bersalin. Jenny agak manja dengan kami (terutamanya daddy). Setiap malam akan tidur sebelah katil daddy (bawah) dan akan ikut kemana sahaja daddy pergi.

Kalau daddy tonton TV sehingga lewat malam, Jenny akan duduk menghadap ke daddy je.

Tanda-tanda lain kucing nak beranak / bersalin yang kami dapat lihat pada Jenny adalah :-

1. Kucing kami dah mula selongkar tempat-tempat yang agak tersorok. Seperti kotak, dan akan keluarkan plastik dalam kotak.

2. Kucing kerap merayau setiap pelusuk rumah. Erm...mungkin Jenny tak jumpa tempat yang sesuai. Sebab rumah kami di Kahang Johor tu pun agak baru, perabut pun tak ada sangat . Rumah sewa untuk beberapa tahun je, kan. Buat apa nak penuhkan sangat.

3. 2 hari sebelum kuing kami bersalin, Jenny sibuk nak naik atas katil kami dan nak masuk dalam comforter . Mintak maaf ler, memang kami tak bagi. Risau terberanak atas katil pulak, kang..nayaa

4. Sehari sebelum beranak, kucing kami Jenny kurang makan. Kalau sesebelum tu, dialah suka perabihkan makanan kucing lain. Selera besar masa bunting (mengandung)

5. Kucing kami Jenny kurang tidur, banyak berjaga dari tidur. Mungkin perutnya dan mula sakit-sakit.

KUCING KAMI JENNY, SELAMAT MELAHIRKAN 4 EKOR ANAK KUCING !



Panduan Kucing Bersalin di Rumah


Oleh kerana kami ni, bidan kucing untuk kali pertama. Maka, panduan kucing bersalin di rumah ini adalah panduan dari pengalaman kami sendiri. Mohon jangan kecammm hahaha.


1. Kucing kami bersalin dalam bilik kami. Sebelah suami (bawah katil). Alhamdulillah Jenny ni, seekor kucing dengar kata, dah beritahu sesiap jangan bersalin atas katil. Kebetulan memang bilik kami besar (rumah sewa di Kahang ni besar !) . Jadi, tak semua tempat berkarpet, kebanyakan lantai togel je. Memang mudahlah cuci tempat Jenny bersalin tu.

2. Kami memang ada sediakan kotak yang besar dan luas. Sebenarnya, kami dah sediakan 2 jenis kotak dan 1 cage. Nampaknya, jenny ini.. selepas bersalin ...kucing kami memilih ke kotak yang besar dan tinggi

3. Kami siapkan alas water proof warna biru atau nama panjangnya Disposable Underpads Super Absorbent Incontinence Bed Pads. Supaya darah atau air dari badan kucing di kotak tu, akan di serap dan sentiasa kering.

4. Confinement room for our cats. Yeahhh, oleh kerana rumah Kahang Johor tu daddy duduk sorang. Mummy terus buatkan bilik berpantang untuk kucing kami, Jenny dan anak-anaknya (kittens). Jadi, 2 ekor kucing jantan kami Loki dan Lucky tak boleh suka-suka masuk. Sebab ada yang cakap kucing jantan suka makan anak kucing yang baru lahir. Huhuhu.

5. Makanan dan minuman kucing kena siapkan awal-awal terutama yang tinggi protien. Sebab kucing yang baru melahirkan anak, mereka akan penat. Ngam, selepas bersalin anak-anak kucing akan terus mencari susu maknya. Jadi, mak kucing kena berikan wet foods, air dan kibble ASAP.

KUCING KAMI JENNY, SELAMAT MELAHIRKAN 4 EKOR ANAK KUCING !

Cara Jaga Anak Kucing Baru Lahir


Selepas anak kucing (anak Jenny) lahir...kami terus masukkan mereka semua dalam bilik khas. Untuk diasingkan dari kucing jantan yang lain.

Selain letakkan anak kucing yang baru lahir di bilik yang berlainan dan diasingkan dari kucing jantan. Ini juga merupakan tips / cara jaga anak kucing baru lahir :-

1. Letakkan kain dalam kotak atau tempat anak kucing baru lahir ditempatkan. Kerana anak kucing baru lahir tidak berbulu tebal. Kain atau selimut untuk mengelakkan anak kucing kesejukan.

2. Kotak atau tempat anak kucing tinggal hendaklah kering setiap masa dan sentiasa bersih. Ini adalah untuk mengelakkan bakteria atau jangkitan kuman terkena pada anak-anak kucing.

3. Jangan Ganggu Ibu Kucing. Ketika ibu kucing selesai melahirkan anak, beri dia privasi dan jangan ganggu. Kucing biasanya lebih pandai untuk mengurus anak-anaknya sendiri.

4. Pantau Proses Melahirkan. Walaukita tidak boleh mendekati ibu kucing, tetapi wajib pantau proses kelahiran anak kucing. Pastikan semuanya berjalan lancar dan tanpa masalah.

5. Menyediakan Makanan yang Sesuai. Pastikan ibu kucing mendapatkan makanan yang cukup, terutama makanan yang kaya akan nutrisi dan protien tinggi. 

6. Jangan Sentuh Anak Kucing dengan kerap. Kalau boleh jangan memegang anak kucing terlalu kerap pada minggu pertama. Kerana ibu kucing akan rasa tidak selamat dan akan meyorokkan anak-anak mereka di tempat lain pula.


Semoga 3 ekor anak Jenny ini dapat membesar dengan sihat hendaknya. Mummy masih bersedih dengan kematian 1 ekor anak kucing dari Jenny.

Jenny dah letih dan tidak menjilat anakanya itu, jadi anaknya lemas dalam kantung selepas keluar. Huhu..


.

BOOSTER MAKANAN KUCING GRACE CAT RAW FREEZE-DRIED

BOOSTER MAKANAN KUCING GRACE CAT RAW FREEZE-DRIED . Perlu ke kucing makan booster sebagai makanan tambahan atau makanan kudap-kudap mereka?

Kucing kami suka makan wet food atau ayam rebus. Tapi, kami bukan selalu ada masa untuk buat ayam rebus. Sebagai makanan tambahan kepada kucing kami. Kami berikan kucing-kucing kami BOOSTER MAKANAN KUCING GRACE CAT RAW FREEZE-DRIED je.

Apa itu freeze-dried?


Proses freeze-dried memusnahkan bakteria atau parasit yang mungkin berada dalam bahan mentah. 

Teknologi ini telah menyingkirkan kandungan air dalam makanan oleh itu produk mempunyai jangka hayat yang panjang tanpa menggunakan sebarang pengawet, kerana bakteria memerlukan air untuk berfungsi.



GRACEFULL RAW DRIED FREEZE BOOSTER MAKANAN KUCING TERBAIK UNTUK GEMUK DAN GEBU

GRACEFULL RAW DRIED FREEZE BOOSTER MAKANAN KUCING TERBAIK UNTUK GEMUK DAN GEBU

Booster Makanan Kucing GraceFull Raw Freeze-Dried


Senang nak siapkan makanan kucing dengan BOOSTER GRACEFULL RAW FREEZE-DRIED  ni. Makanan kucing booster dari jenama Grace Cat ini adalah tinggi protein dan asli dari isi sebenar yang sudah dikeringkan. 

Makanan kucing GraceFull Raw freeze-dried dari jenama Grace Cat ini sangat tinggi protien yang boleh bantu kucing untuk selera makan, gemuk, bulu cantik dan sihat.

Kucing kami , si Loki dan Lucky (2 beradik) sangat memilih makan (picky eater). Alhamdulillah mereka suka dengan booster makanan kucing GraceFull Raw freeze-dried dari Grace Cat ni.

GRACEFULL RAW DRIED FREEZE BOOSTER MAKANAN KUCING TERBAIK UNTUK GEMUK DAN GEBU

Makanan Booster Kucing Ayam Kering, Itik Kering dan Salmon Kering


Kami berikan 4 ekor kucing kami makanan booster Grace Cat Ayam Kering, Itik Kering dan Salmon Kering. Memang suka sangat dorang tu..

Tapi, tak boleh makan lebih sangat. Makanan booster bukanlah makanan utama kucing kami. Kami fokuskan kibble untuk makanan utama mereka.

GRACEFULL RAW DRIED FREEZE BOOSTER MAKANAN KUCING TERBAIK UNTUK GEMUK DAN GEBU

GRACEFULL RAW DRIED FREEZE BOOSTER MAKANAN KUCING TERBAIK UNTUK GEMUK DAN GEBU


Cara Siapkan Makanan Booster Kucing Ayam Kering, Itik Kering dan Salmon Kering


Ada 4 cara untuk siapkan makanan booster Ayam Kering, Itik Kering dan Salmon Kering (freeze-dried)
1. Berikan freeze-dried ayam, itik dan salmon secara terus
2. Campurkan freeze-dried dalam kibble
3. Campurkan dengan air (kami selalu bagi cara ni, sebab nak bagi kucing minum banyak air).



GRACEFULL RAW DRIED FREEZE BOOSTER MAKANAN KUCING TERBAIK UNTUK GEMUK DAN GEBU

Apa yang best freeze-dried raw dari Grace Cat ?


✅ GraceFull RAW 100% semula jadi, mentah, diproses daripada daging tulen. Ia tidak mengandungi bahan tambahan seperti pengawet, pengisi, pewarna dan perasa.

GRACEFULL RAW DRIED FREEZE BOOSTER MAKANAN KUCING TERBAIK UNTUK GEMUK DAN GEBU

✅ GraceFull RAW datang dalam beg ziplock yang boleh ditutup semula untuk menjamin kesegaran makanan.

✅ GraceFull RAW adalah produk pork-free.

✅ Grace Cat dari kilang berlesen dan bereputasi, produk yang disahkan

✅ Pemilihan bahan mentah yang berkualiti dengan teliti

✅ Pematuhan ketat terhadap kebersihan pada setiap peringkat pengeluaran Penyinaran makanan (food irradiation) untuk kawalan bakteria


GRACEFULL RAW DRIED FREEZE BOOSTER MAKANAN KUCING TERBAIK UNTUK GEMUK DAN GEBU

GRACEFULL RAW DRIED FREEZE BOOSTER MAKANAN KUCING TERBAIK UNTUK GEMUK DAN GEBU


Apa kelebihan freeze-dried raw dari Grace Cat? 


GraceFull Duck & Duck Breast (Strip) 


Mengandungi dalam Selenium, Iron dan Protein.

Baik untuk:
• Hypoallergenic
• Tingkatkan Sistem Imun
• Tingkatkan Blood Count

GRACEFULL RAW DRIED FREEZE BOOSTER MAKANAN KUCING TERBAIK UNTUK GEMUK DAN GEBU

GraceFull Salmon :-

Mengandungi dalam Fatty Acids, Potassium, B Vitamins dan Selenium.

Baik untuk:
• Anti Radang
• Mobiliti Sendi
• Kesihatan Jantung

GRACEFULL RAW DRIED FREEZE BOOSTER MAKANAN KUCING TERBAIK UNTUK GEMUK DAN GEBU

GraceFull Chicken & Chicken Breast (Strip):-


Mengandungi Phosphorus, Protein dan B Vitamins.

Baik untuk:
• Tulang Sihat
• Hati Sihat
Otot Lebih Kuat

Harga Booster Makanan Kucing Raw Freeze-Dried


Harga Booster Makanan Kucing Raw Freeze-Dried dari jenama Grace Cat ini bermula dari RM19.90 untuk 50 gm sehingga RM55 untuk 100 gm

GRACEFULL RAW DRIED FREEZE BOOSTER MAKANAN KUCING TERBAIK UNTUK GEMUK DAN GEBU



Nak jimat? Sekarang ada 10% tau, jika beli di thegracecat.com . Jangan lupa masukkan kod < LINDA10 > untuk 10% diskaun !


Ada Beza ke Kucing Siam Original dengan Kucing Siam Kampung

Ada Beza ke Kucing Siam Original dengan Kucing Siam Kampung. Oh ya ! Sebenarnya , kami tidak membela Kucing Siam dan tidak ada kucing siam. Cuma, kami selalu memberi makanan kepada kucing siam di rumah kami di Kahang, Johor. Cara Memilih Makanan Kucing penting, tau ! . Agak lama juga, Kucing Siam bernama Bobby ni lepak rumah kami. Tapi, dah lama juga, si Bobby ni menghilangkan diri. Mati agaknya, sebab rumah kami dikelilingi kebun. Sebab sebelum kebun dibuka. Tuan tanah ada menyembur racun. Kemungkinan besar Kucing Siam bernama Bobby ni termakan racun atau terkena racun.




Ada Beza ke Kucing Siam Original dengan Kucing Siam Kampung



Tentang Kucing Siam


Kucing Siam dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai "Siamese cat." Dalam sains, nama saintifik atau teknikal bagi kucing Siam adalah "Felis catus," yang merujuk kepada spesies kucing domestik secara umum. Kucing Siam adalah salah satu variasi kucing domestik yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang khas seperti mata biru besar dan bulu yang pendek serta halus. Jadi, dalam konteks sains, ia akan dianggap sebagai sebahagian daripada spesies Felis catus.

Ada Beza ke Kucing Siam Original dengan Kucing Siam Kampung


Kucing Siam Original dan Kucing Siam Kampung mempunyai beberapa perbezaan. Antara perbezaan Kucing Siam Original dan Kucing Siam Kampung seperti berikut : -

Kucing Siam Original


Kucing Siam Original adalah satu baka yang terkenal dalam dunia kucing. Ia memiliki ciri-ciri fizikal yang unik, termasuk badan yang sederhana dan anggun, mata biru yang besar, dan bulu yang pendek serta halus. Kucing Siam Original juga dikenali dengan corak warna badannya yang menarik, seperti tubuh berwarna putih dengan corak warna coklat atau hitam yang menonjol di telinga, hidung, ekor, dan kaki.

Selain daripada penampilan fizikalnya, Kucing Siam Original juga dikenal pasti dengan personaliti yang aktif, suka bermain, dan suka bersosial dengan manusia. Mereka sangat pintar dan suka berinteraksi dengan pemilik mereka. Kucing Siam Original adalah kucing yang vokal, sering kali mengeluarkan bunyi-bunyian yang menarik perhatian.

Kucing Siam Original memerlukan perhatian dan kasih sayang yang banyak daripada pemilik mereka. Mereka juga suka bermain dan bersosial dengan haiwan peliharaan lain, menjadikannya rakan yang baik dalam keluarga yang penuh dengan aktiviti. Kucing Siam Original adalah baka kucing yang istimewa dan penuh dengan pesona yang memukau.



Kucing Siam Kampung


Kucing kampung original, atau lebih dikenali sebagai kucing tempatan (domestic cat) , adalah sejenis kucing yang asli kepada sesuatu kawasan atau negara tertentu. Mereka tidak berasal dari mana-mana baka tertentu dan sering kali memiliki ragam warna dan ciri-ciri yang berbeza. Kucing kampung adalah kucing yang selalu dijumpai di kawasan pedalaman dan bandar di Malaysia.

Kucing kampung dikenali dengan sifatnya yang tahan lasak, mudah beradaptasi, dan mudah diurus. Mereka adalah haiwan yang mesra dengan manusia dan sering menjadi haiwan peliharaan yang setia kepada pemilik mereka. Walaupun tidak mempunyai ciri-ciri fizikal yang unik seperti baka kucing yang lain, kucing kampung mempunyai keunikan mereka sendiri dan boleh menjadi penyayang yang baik.

Selain itu, kucing kampung juga sering dihargai kerana mereka adalah kucing yang berjaga-jaga terhadap perangai haiwan perosak seperti tikus dan burung. Mereka menjadi sebahagian daripada kehidupan kampung dan bandar, memberikan keseimbangan alam semulajadi. Kucing kampung adalah aset yang berharga dalam kebudayaan Malaysia dan merupakan sebahagian daripada warisan haiwan tempatan yang perlu dijaga dan dihormati.

Ada Beza ke Kucing Siam Original dengan Kucing Siam Kampung

Warna Kucing Siam


Warna kucing Siam dalam bahasa Melayu adalah "corak kucing Siam." Kucing Siam mempunyai corak badan yang khas, seperti tubuh berwarna putih dengan corak warna coklat atau hitam yang menonjol di telinga, hidung, ekor, dan kaki mereka. Corak ini sering dikenali sebagai "corak point" atau "corak warna point" dalam konteks kucing Siam.

Mata Kucing Siam


Warna mata kucing Siam dalam bahasa Melayu adalah "mata biru." Kucing Siam terkenal dengan mata biru yang besar dan menonjol, yang menjadi ciri khas mereka.



Nama Untuk Kucing Siam


Korang ada Kucing Siam, tetapi tak tahu nak letak nama apa untuk Kucing Siam korang? 

Nama untuk kucing Siam boleh bervariasi bergantung kepada preferensi pemilik kucing masing-masing. Berikut adalah beberapa contoh nama yang sesuai untuk kucing Siam:

Mocha
Luna
Milo
Bella
Simba
Luna
Coco
Nala
Kiko
Thai
Jasmine
Rambo
Cleo
Mia
Rocky

Sila pastikan nama yang korang pilih sesuai dengan personaliti dan ciri-ciri kucing Siam korang. Jangan lupa memberi nama yang mudah diingati dan dipanggil.


Harga Kucing Siam



Harga kucing Siam di Malaysia bergantung kepada beberapa faktor seperti umur, warisan genetik, kualiti, dan tempat pembelian. Kucing Siam dengan keturunan dan ciri-ciri unggul cenderung lebih mahal. Sementara itu, kucing Siam biasa yang tidak mempunyai warisan keturunan yang jelas mungkin lebih murah atau percuma sahaja.

Pada umumnya, harga kucing Siam di Malaysia bermula RM0  sehingga RM500. 

Cat The Movie Teknologi AI dari Durioo+

AI antara teknologi terbaharu di dunia. Kini, Durioo+ memperkenalkan penggunaan animasi menggunakan teknologi AI. Teknologi AI dalam filem dan animasi Durioo+ akan memastikan filem antarabangsa yang dibawa masuk ke Malaysia selamat ditonton oleh kanak-kanak Muslim 




Cat The Movie Teknologi AI dari Durioo+, Durioo+, Filem, Kucing, Cat The Movie, Filem Teknologi AI, AI Technologi




Apa Itu Teknologi AI ?


AI merupakan teknologi yang meniru kepintaran otak manusia dengan kemampuan untuk belajar memperbaiki mutu kerjanya dari semasa ke semasa hingga dapat berfungsi lebih cekap dan sempurna bagi melaksanakan suatu tugasan.

Kini AI sudah tidak asing lagi dalam kehidupan manusia, bahkan penggunaannya sudah tersebar luas ke pelbagai sektor termasuklah perfileman.

Durioo+, platform penstriman selamat untuk kanak-kanak Muslim, dengan bangganya mengumumkan pelancaran beberapa filem luar negara di platform mereka. Apa yang lebih menarik, filem-filem ini telah melalui proses penapisan, penggunaan AI dan pelarasan ketat untuk memastikan selamat sepenuhnya bagi tontonan kanak-kanak. 

Cat The Movie Teknologi AI dari Durioo+, Durioo+, Filem, Kucing, Cat The Movie, Filem Teknologi AI, AI Technologi


Cat The Movie Teknologi AI dari Durioo+


Terbaru, Durioo+ telah mendapatkan hak untuk menyiarkan satu filem daripada China yang bertajuk 'Cats The Movie'. Cat The Movie menggunakan Teknologi AI .

Apa yang paling menakjubkan dan membezakan tentang tayangan filem ini dari tempat lain? Cat The Movie, adalah filem pertama kalinya diolah sepenuhnya oleh Durioo+ >

Ini adalah untuk mengubah elemen-elemen filem generik kanak-kanak kepada filem khas untuk anak-anak Muslim. 


Cat The Movie Teknologi AI dari Durioo+, Durioo+, Filem, Kucing, Cat The Movie, Filem Teknologi AI, AI Technologi

Sinopsis ‘Cats The Movie’ oleh Light Chaser Animation Studios


Filem yang berdurasi 105 minit penuh aksi menarik, ‘Cats The Movie’ ini telah diterbitkan oleh Light Chaser Animation Studios dan diarahkan oleh pengarah ternama, Gary Wang. Dengan bajet 10.5 juta USD, filem ini berjaya mengaut kutipan yang mengagumkan sebanyak 20.5 juta USD di pawagam. Sinopsis Cat The Movie, mengisahkan tentang pengembaraan sekumpulan kucing dalam mencari ‘syurga’ kucing bernama Peachtopia, penyampaian jalan cerita ‘Cats The Movie’ yang penuh menarik bersama animasi yang berkualiti, menjadikannya satu pencapaian gemilang dalam dunia perfileman animasi. 

Cat The Movie Teknologi AI dari Durioo+, Durioo+, Filem, Kucing, Cat The Movie, Filem Teknologi AI, AI Technologi


Antara olahan Durioo+ yang merevolusikan filem ini ke aras lebih tinggi antaranya :-

1. Durioo+ memperkenalkan teknologi AI untuk menukar pakaian watak filem tersebut tampil lebih sopan dan Islamik.

2. Skrip dan usaha alih suara juga telah melalui olahan komprehensif dengan memasukkan nilai-nilai Islamik seperti ucapan “Allahu Akbar”, “Masha Allah” yang dituturkan oleh watak kucing utama. 

3. Misi Durioo+ adalah untuk melindungi kanak-kanak dari kandungan tidak baik yang berleluasa di internet, disamping menanam nilai-nilai Islam ke jiwa kanak-kanak melalui medium paling kerap mereka gunakan iaitu video. 

Oleh itu, adalah penting bagi Durioo+ untuk memastikan setiap video dan kandungan di platform ini sesuai untuk seluruh keluarga, disamping memiliki nilai-nilai positif serta sentiasa memberi manfaat kepada kanak-kanak. 

CEO Durioo+, Sinan Ismail, berkata, "Memang menjadi misi kami di Durioo+ untuk membina ummah beriman, berakhlak dan berilmu. Oleh itu, kami pastikan semua 5,500 konten di Durioo+ adalah selamat dan sesuai di tonton kanak-kanak. Tim Durioo+ berusaha keras untuk menghasilkan Durioo+ Originals dan mencari konten yang berkualiti dan bermanfaat untuk kanak-kanak " 

Sebelum ini, Durioo+ juga telah memperkenalkan beberapa filem lain (tempatan dan luar negeri), jadi ini bukanlah satu-satunya filem di platform Durioo+. Tetapi filem ‘Cats The Movie’ ini adalah satu-satunya filem yang telah menjalani olahan secara menyeluruh. Filem-filem lain yang boleh didapati di platform Durioo+ antaranya adalah 'Bilal: Lahirnya Wira Baharu', 'Tay', dan beberapa filem tempatan seperti 'Wheely', 'Bola Kampung', dan banyak lagi. 

“Cats The Movie ni istimewa kerana kami menggunakan teknologi AI untuk membolehkan animasi ini selamat dan sesuai untuk kanak-kanak. Di masa hadapan, kami akan terus menggunakan teknologi dan kreativiti untuk memastikan anak-anak Malaysia mendapat hiburan yang terbaik dan selamat.”, tambah Sinan. 

Usaha ini menjadikan Durioo+ sebagai antara pelopor utama dalam industri tempatan yang telah melabur wang dan tenaga dalam memastikan anak-anak Muslim boleh sama-sama menikmati hiburan selamat disamping menerapkan nilai-nilai Islam di jiwa mereka.

Jangan lupa muat turun aplikasi Durioo+ hari ini. Selanjutnya tentang Durioo+ boleh layari ke :-

Ubat dan Cara Hilangkan Kutu Kucing

Bila membela kucing ni, sebenarnya ianya bukan sahaja wajib menitik berat tentang makanan kucing dan pasir kucing atau tempat pembuangan air sahaja. Tetapi, perlu mengambil kira aspek kesihatan. Terutamanya, bab kutu kucing yang paling senang menyerang pada kucing.



Baca juga : Ubat Sakit Gigi


Ubat dan Cara Hilangkan Kutu Kucing



Tentang Kutu Kucing


Apa itu kutu kucing? Kutu Kucing dalam Bahasa Melayu adalah merujuk kepada serangga kecil. Manakala "flea" dalam Bahasa Inggeris untuk "Kutu kucing" . Kutu kucing adalah parasit yang biasanya hidup di bulu haiwan, termasuk juga anjing. Serangga ini, berukuran kecil dan biasanya berwarna kecoklatan. Kutu kucing dapat menyebabkan masalah kesihatan kepada haiwan peliharaan seperti gatal-gatal, reaksi alergi, dan dalam kes yang teruk, boleh penularan penyakit.

Baca juga : Promo Air di Zus

Ubat Kutu Kucing Oleh Klinik Veterinar


Bagaimana nak rawat kucing dari kutu kucing? Apakah ubat yang perlu digunakan untuk menghilangkan kutu kucing? Antara solusi kepada kutu kucing. Adalah dengan menggunakan ubat kutu kucing. Antara jenama ubat Kutu Kucing yang disarankan oleh veterinar adalah :-



Advantage Cat

Ubat kutu kucing jenama Advantage Cat ini adalah ubat titis untuk membunuh larva(telur kutu) dan kutu. Boleh beli mengikut berat kucing masing masing. Paling kecil adalah 4 kg untuk satu pipet. Kotak warna oren. 

Jika, kalau kucing seberat 2kg, hanya letakkan separuh sahaja.

Ini penting bagi memastikan dos yang diberi cukup. Jika terlebih, boleh overdose. Manakala, jika terkurang pula akan jadi kurang berkesan.










Advocate Cat

Ubat kutu jenis Advocate Cat jenis titis yang ini pula. Di khaskan untuk membunuh larva, kutu, dan cacing. 

Sangat berkesan untuk masalah kutu telinga dan cacing hati.

Sama macam seperti advantage, paling kecil untuk kucing seberat 4kg (satu pipet). Timbang dan pastikan berat kucing dengan betul.






Revolution Cat


Ubat kutu titis jenama Revolution Cat ini pula, harganya agak mahal. Tetapi , mempunyai kesan paling bagus

Ubat kutu ini, boleh matikan telur kutu, kutu, kurap, cacing , kutu telinga dan cacing hati.



Bila Perlu Beri Ubat Kutu Kucing?


Bila perlu beri ubat kutu pada kucing? Adakah ketika kucing memepunyai kutu kucing? 

Menurut Veterinar Cik En, beliau mencadangkan ubat kutu kucing ini perlu diberi secara berkala mengikut jenis kucing samada indoor atau outdoor.

Untuk kucing jenis outdoor : 
Pemberian ubat kutu perlu dilakukan setiap 1 atau 2 bulan.

Untuk kucing jenis outdoor dan indoor :
Untuk semua jenis kucing (outdoor dan indoor) ubat kutu perlu diberikan setuiap 3 ke 4 bulan.

Untuk kucing jenis indoor :
Untuk kucing 100% indoor ubat kutu perlu diberikan setiap 6 bulan sekali 

Cara Pakai Ubat Kutu Pada Kucing


Kebanyakan ubat kutu kucing adalah berbentuk titis. Untuk pakaikan ubat kutu kucing pada kucing adalah dengan :-

1. Membuka penutup pipet
2. Selak bulu kucing dibahagian atas tengkuk atau tempat yang tidak boleh dijilat sehingga nampak kulit.
3. Biarkan dalam beberapa jam sebelum dicampurkan dengan kucing lain. Kerana untuk menghindarkan dari kucing lain menjiat ubat kutu tersebut

Ubat kutu kucing sangat bahaya jika ada kucing lain termakan atau menjilat. Ianya boleh mengakibatkan keracunan, sawan dan kematian.

Cara Hilangkan Kutu Kucing


Cara untuk menghilangkan kutu kucing adalah dengan :

Mandi dan Cuci Kucing: Mandikan kucing dengan menggunakan syampu khusus untuk menghilangkan kutu. Pastikan mengikuti arahan pada syampu dan jangan gunakan syampu manusia, kerana ia mungkin terlalu keras bagi kulit kucing.


Gosok dengan Sikat Halus: Selepas mandikan kucing, gosok bulu kucing dengan sikat halus atau sikat kutu. Ini membantu mengeluarkan kutu dan telur yang melekat pada bulu.


Gunakan Produk Antikutu: Gunakan produk antikutu yang sesuai seperti spot-on (titis pada kulit), semburan, atau rantai antikutu. Pastikan produk ini selamat untuk digunakan pada kucing dan ikuti arahan dos dan penggunaan.


Bersihkan Rumah: Cuci alas tidur dan peralatan haiwan, serta pembersihan rumah secara menyeluruh. Ini termasuk mencuci kain, mengemop lantai, dan membersihkan kawasan tempat kucing sering berada.


Rawat Lingkungan Luar: Jika kucing sering berada di luar, pastikan kawasan sekitarnya juga bersih dari sarang kutu, seperti daun kering dan rumput tinggi.


Rawat Kucing Dalam: Berikan makanan berkualiti dan rawatan yang baik kepada kucing. Kucing yang sihat , kutu tidak suka.


Berjumpa dengan Doktor Haiwan: Jika masalah kutu yang serius atau kucing mempunyai reaksi alergi, segeralah berjumpa dengan doktor haiwan.


Pantau Kucing: Pastikan bahawa produk antikutu yang anda gunakan sesuai untuk kucing dan ikuti arahan dos dengan teliti. Beberapa produk antikutu boleh berbahaya jika digunakan secara tidak betul.


Pencegahan: Gunakan produk antikutu yang berterusan dan bersihkan rumah secara berkala untuk mengelakkan masalah kutu kembali.

Penting untuk berhati-hati ketika mengendalikan produk kimia dan rawatan antikutu, terutama pada kucing yang lebih sensitif. Jika anda tidak pasti, sentiasa dapatkan nasihat dari doktor haiwan sebelum menggunakan apa-apa produk pada kucing anda.



Kutu Kucing dan Manusia. Bahaya,ke ?


Kutu kucing boleh menjangkiti manusia dan menyebabkan masalah kesihatan. Kutu kucing boleh terkena pada manusia juga.

Gigitan dan Reaksi Kulit: Kutu kucing menggigit untuk mendapatkan darah sebagai makanan. Gigitan kutu kucing biasanya meninggalkan tanda gigitan merah kecil dan gatal pada kulit manusia. Beberapa individu mungkin mengalami reaksi alergi terhadap gigitan kutu, yang boleh menyebabkan ruam kulit yang lebih serius.


Penyakit: Walaupun jarang, kutu kucing juga boleh membawa penyakit dan bakteria yang boleh menjangkiti manusia. Satu contoh adalah penyakit Bartonella, yang juga dikenali sebagai "penyakit gatal dari kucing". Ini boleh menyebabkan demam dan masalah kesihatan lain.


Tindakbalas Alergi: Kebanyakan individu mungkin mengalami tindakbalas alergi terhadap kutu kucing, yang boleh menyebabkan gatal-gatal yang lebih teruk dan reaksi alergi kulit.


Pencegahan: Untuk mengelakkan kutu kucing menjangkiti manusia, penting untuk mengawal pembiakan kutu pada haiwan peliharaan dan persekitaran. Pastikan haiwan peliharaan anda bebas daripada kutu dengan menggunakan produk antikutu yang sesuai.


Pembersihan : Jika anda mempunyai kucing yang mengalami masalah kutu, penting untuk membersihkan dan membersihkan rumah secara menyeluruh. Cuci alas tidur, tuala, dan peralatan haiwan. Mop lantai dan kawasan tempat kucing sering berada.


Rawatan : Jika anda mengalami reaksi alergi atau masalah kesihatan yang disebabkan oleh gigitan kutu, segera untuk mendapatkan nasihat dari pakar perubatan.


Walau korang tidak ada membela kucing, tetapi amat perlu berhati-hati dengan kutu kucing.

Teringat mummy dulu, sewaktu bekerja di ofis. Tak ada kucing di ofis. Tetapi penuh ofis dengan kutu kucing. Mungkin ada kucing berkutu yang datang tidur di luar ofis. Dan, kutu kucing merayap sehingga memasuki ke dalam ofis kami.

Oleh kerana waktu itu, tiada kucing. Kami semburkan kutu-kutu tersebut dengan Ridsect je !

Sample Makanan Kucing Premium Percuma

Terima kasih kepada semua suppliers dan juga kepada pengedar makanan kucing premium. Rezeki kucing kami dapat mencuba pelbagai brand makanan kucing premium  Banyak betul, kami dapat sample makanan kucing premium secara PERCUMA. Antara brand sample percuma yang kami dapat adalah Brit care, Delizios, Snappy Tom, Allando, IAMS, Misha, CIAO, Sheba, Cindy's Recipe dan banyak lagi


Sample Makanan Kucing Premium Percuma

Sample Makanan Kucing PERCUMA

Di mana kami dapat semua sample makanan kucing secara percuma, tu? Ha..kami dapat semua sample makanan kucing percuma tu di Pameran Kucing Cat Expo baru-baru ini di MATRADE.

Walau kena beli tiket masuk ke Cat Expo sebanyak RM5. Tapi, sangat berbaloi weiii.. Bukan sahaja dapat sample makanan kucing secara percuma. Tapi...dapat banyak diskaun kalau beli semasa pameran ini. Paling murah RM1 untuk 1 canned food. Berbaloi !



Sample Makanan Kucing Premium Percuma

Sample Makanan Kucing Premium Percuma



Sample Makanan Kucing Premium Percuma

Sample Makanan Kucing Premium Percuma

Sample Makanan Kucing Premium Percuma

Sepanjang pameran kucing ini berlangsung, pengujung bukan sahaja dapat makanan kucing (sample) secara percuma. Malah, boleh lihat pelbagai jenis baka kucing yang dipamerkan di sini.


Anak-anak kami sangat seronok sebab dapat melihat, memegang dan bermain dengan kucing-kucing yang ada dipameran tersebut



Sample Makanan Kucing Premium Percuma


Sample Makanan Kucing Premium Percuma

Sample Makanan Kucing Premium Percuma

Sample Makanan Kucing Premium Percuma



Pameran Kucing Antarabangsa ini juga, menyediakan platform bagi pemilik kucing dari berbagai baka untuk memperlihatkan kecantikan, keunikan, dan kelebihan kucing peliharaan mereka.

Ramai juga yang hadir ke pameran kucing ni, kami seawal 9 pagi dah sampai (1 jam awal). Disini kami ditemukan dengan ramai pecinta kucing. Mummy pun suka datag ke sini, sebab dapat berjumpa dengan peminat kucing dan berkongsi pendapat, idea tentang hobi yang sama, bertemu dengan orang-orang yang memiliki minat serupa.

Kriteria Pertandingan Kucing di Malaysia


Bagi yang minat untuk sertai pertandingan kucing. Ini adalah kriteria pertandingan kucing di Malaysia :-

Bentuk Tubuh: Kucing dinilai berdasarkan bentuk tubuhnya yang ideal untuk baka tertentu. Struktur tubuh yang seimbang, bentuk badan yang tepat, dan postur yang baik dianggap penting.


Bulu: Kualiti bulu menjadi pertimbangan penting, termasuk panjang, kepadatan, tekstur, dan pola warnanya. Bulu yang bersih, rapi, dan kilat akan dapat markah yang lebih.


Mata: Mata kucing harus bersih, jernih, dan bercahaya. Warna mata yang sesuai dengan standard baka juga dinilai.


Kepala dan Telinga: Bentuk kepala dan ukuran telinga harus sesuai dengan standard baka. Kepala yang mengikut standard dan telinga yang sesuai akan mendapatkan penilaian yang baik.


Gigi dan Mulut: Kebersihan gigi dan mulut kucing juga menjadi faktor penilaian. Kucing dengan gigi sihat dan mulut bersih akan di nilai.


Karakter dan Perilaku: Keperibadian dan perilaku kucing akan dikira, termasuk kecerdasan, keberanian, dan kemampuan berinteraksi dengan manusia.


Kebersihan dan Perawatan: Kucing yang bersih, cergas dan bebas dari kutu dan lain-laian akan terima point tambahan.


Umur: Kategori usia yang berbeza mungkin ada dalam satu-satu pertandingan.

Keseluruhan : Penilaian juga berdasarkan keseluruhan dan persembahan kucing di depan juri.

Jika kucing korang memiliki kelebihan tersendiri dari baka terpilih atau kategori persembahan . Apa kata, hantarkan mereka dalam pertandingan kucing. Mana tahu ada rezeki, kan !