Showing posts with label Pandemik. Show all posts
Showing posts with label Pandemik. Show all posts

COVID-19 PENDEMIK KATA PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO)

COVID-19 ADALAH PENDEMIK, KATA PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO) - Assaalmualaikum dan selamat sejahtera semua, jarang-jarang mummy nak menulis tentang penyakit. Almaklumlah, mummy bukan doktor nak kupas isu COVID-19, tapi bila WHO memberitahu bahawa COVID-10 adalah pendemik. Bahasa-bahasa ini biasanya di tuju khas buat penyakit berjangkit yang baharu. Erm....takutnya.......... Eh korang tahu tak Pendemik tu apa?


COVID-19 PENDEMIK KATA PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO) 



Secara amnya,ianya sama tapi tak serupa ENDEMIK, EPIDEMIK dan PANDEMIK ni. Apa perbezaan antara Endemik, Epidemik dan Pandemik ?


Endemik bermaksud kejadian sesuatu penyakit yang sentiasa wujud dalam sesuatu masyarakat atau tempat. Bilangan kes penyakit tersebut sentiasa ada dan pada kadar yang stabil.

Epidemik membawak makna penyakit berjangkit yang mudah merebak di kalangan penduduk sesuatu kawasan pada waktu yang sama sehingga tidak terkawal.

Pandemik kejadian penyakit merebak ke peringkat atau skop lebih besar, merentasi negara dan benua serta ianya berlaku secara cepat dan pantas.

Macam sekarang la Covid-19 yang tersebar begitu cepat ke seluruh pelusuk dunia. 13 kali ganda merebak. 

Pendemik Influenza pernah terjadi pada zaman perang satu ketika dahulu. Di mana separuh penduduk dunia menghidapinya. Allahuakhbar, moga scientist atau pakar dapat temui penawarnya dengan cepat !