Showing posts with label Pulut Kuning. Show all posts
Showing posts with label Pulut Kuning. Show all posts

DHIA BATRISYA KHATAM QURAN !

Alhamdulillah, akhirnya Dhia Batrisya telah khatam Quran pada tahun 2023. Kisah mengaji anak-anak kami ni, agak mencabar juga. Dengan zaman PKP, PKPB, daddy pindah ke Johor, guru mengajar mengaji tak sihat (tak mahu mengajar mengaji) dan bertukar mengaji dengan guru kelas di sekolah agama.


DHIA BATRISYA KHATAM QURAN !

DHIA BATRISYA KHATAM QURAN !



Dhia Batrisya Khatam Quran !


Tempoh belajar mengaji anak kami, banyak terhenti sekejap. Mummy memang tak letakkan any harapan bila mereka sepatutnya khatam Quran. Bab Quran ini, bukan bab untuk berlumba-lumba. Tup...tup Dhia beritahu mummy tahun ini (2023), Dhia kena khatam. Dan, sekolah akan adakan Majlis Khatam Quran beramai-ramai.


Khatam Quran dan Pulut Kuning 


Syukur...alhamdulillah, Dhia khatam pada umurnya 10 tahun. Terima kasih kepada pihak sekolah, guru-guru yang terlibat dalam Program Khatam Quran 2023. Nak ikutkan tradisi kami, selalunya kalau naik Quran dan khatam Quran. Akan buat pulut kuning, rendang daging dan ianya akan disedekahkan pada guru mengaji dan orang sekeliling.

Cumanya, Januari 2024 ummy agak sibuk dengan urusan kerja. Insyaallah ada rezeki dan waktu yang sesuai mummy akan buat juga program sedekah pulut kuning, rendang daging insyaallah.