Showing posts with label Safi Rania Gold. Show all posts
Showing posts with label Safi Rania Gold. Show all posts

SAFI RANIA GOLD BERSAMA 24K EMAS DAN TEKNOLOGI BEETOX


SAFI RANIA GOLD BERSAMA 24K EMAS DAN TEKNOLOGI BEETOX - Mummy memang pengguna Safi Rania Gold di mana ianya mengandungi emas 24K. Perempuan, bab emas-emas ini wajiblah teruja kan! Lelagi boleh mencantikkan dan merawat kulit. Oh..tu mummy lagilah buatan double suka ! Kini, mummy mencuba Safi Rania Gold yang tampil dengan formulasi terkini berteknologikan BEETOX. Korang tahu ke apa itu teknologi BEETOX?


SAFI RANIA GOLD BERSAMA 24K EMAS DAN TEKNOLOGI BEETOX - Mummy memang pengguna Safi Rania Gold di mana ianya mengandungi emas 24K. Perempuan, bab emas-emas ini wajiblah teruja kan! Lelagi boleh mencantikkan dan merawat kulit. Oh..tu mummy lagilah buatan double suka ! Kini, mummy mencuba Safi Rania Gold yang tampil dengan formulasi terkini berteknologikan BEETOX. Korang tahu ke apa itu teknologi BEETOX?


SAFI RANIA GOLD BERSAMA 24K EMAS DAN TEKNOLOGI BEETOX


SAFI RANIA GOLD Nano Gold 24K dengan Teknologi BEETOX. Adalah beresipikan Nano Gold 24K dan amino peptide untuk memberikan aksi berganda bagi meningkatkan proses sintesis kolagen I dan III untuk penghasilan kolagen 2 kali ganda. 

Teknologi BEETOX yang dicipta merupakan gabungan keajaiban – Bisa Lebah, Madu, Jeli Diraja dan Propolis. Ia bukan sahaja berkesan untuk menguatkan struktur dalaman kulit dengan mengaktifkan pengeluaran kolagen, formulasi ini juga boleh merawat dan menghalang penuaan. Hasilnya- tekstur kulit wajah akan kelihatan muda remaja secara semulajadi.


“Berdasarkan kajian bebas yang dijalankan oleh Nielsen Malaysia baru-baru ini, 88% daripada 160 orang pengguna wanita Melayu berusia 25-35 menggunakan produk Safi Rania Gold selama 14 hari telah bersetuju bahawa produk ini menjadikan kulit mereka lebih tegang dan anjal. Manakala 80% bersetuju bahawa produk Safi ini menjadikan kulit mereka kelihatan lebih muda,” ujar Encik Sriram Krishnamurthy, Ketua Eksekutif Wipro Unza Malaysia.


Selain itu, bisa lebah turut mendapat gelaran “jawapan alam untuk botox”, disebabkan sifatnya yang meransang penghasilan kolagen secara semula jadi pada wajah. Proses mengeluarkan bisa lebah yang rumit serta populariti yang di raih menjadikan produk- produk berasaskan ‘sengatan emas’ ini kelihatan mewah dan dijual pada harga yang sangat tinggi.




RANGKAIAN SAFI RANIA GOLD BERSAMA 24K EMAS DAN TEKNOLOGI BEETOX

SAFI RANIA GOLD BERSAMA 24K EMAS DAN TEKNOLOGI BEETOX

SAFI RANIA GOLD BERSAMA 24K EMAS DAN TEKNOLOGI BEETOX NANO GOLD 24K ynag mummy terima dalam kotak keemasan ini mengandungi pencuci muka, krim pelembap, esen dan juga Eliksir Keremajaan yang mengandingi bahan seperti :-

24K EMAS
♦ ia menyerap ke dalam lapisan dermis dan merangsang kolagen agar tekstur kulit lebih anjal dan halus, malah mampu mengurangkan kedalaman kedutan dengan lebih ketara.

Honey
♦ merupakan pelembap semula jadi untuk mengekal lembapan dan meningkatkan keanjalan serta kehalusan kulit.

Royal Jelly
♦ kaya dengan 20 jenis asid amino, vitamin & mineral untuk pembaharuan kulit dan menenangkan kulit yang stress & tidak bermaya.

Propolis
♦ merupakan antioksidan semula jadi yang melawan redikal bebas untuk mencegah penuaan awal.

Bee Venom
♦ kulit menegang seolah bertindakbalas terhadap sengatan lebah. Hasilnya kulit lebih anjal.

SAFI RANIA GOLD BERSAMA 24K EMAS DAN TEKNOLOGI BEETOX

Pembersih wajah Safi Rania Gold dengan Nano Gold 24K dan nutrisi royal jelly adalah formula terbaru micro foam dengan agen anti oksidan untuk membersih kulit wajah secara mendalam. Buih yang sangat mewah berkrim memgandungi agen pelembap untuk kulit wajah. Memastikan wajah sentiasa bersih berseri dari sisa solekan dengan pembersihan sempurna. Nano Gold 24K mengukuhkan struktur dalaman kulit agar wajah anjal dan awet muda. Royal jelly yang terdapat dalam pembersih wajah Safi Rania Gold kaya dengan 20 jenis asid amino, vitamin san mineral untuk.merangsang pembaharuan kulit. Hasil penggunaan yang konsisten akan menjadikan kulit wajah anda anjal, halus dan berseri. 


Cara penggunaan pembersih wajah Safi Rania Gold. Tuang pada tapak tangan dan gosokkan dengan air sehingga berbuih, urut perlahan lahan pada wajah dan bilas sehingga bersih. Apa yang boleh Lya katakan, lepas guna pembersih wajah Safi Rania Gold wajah Lya rasa semakin lembap dan tidak kering.

SAFI RANIA GOLD BERSAMA 24K EMAS DAN TEKNOLOGI BEETOX


 Esen Emas Keremajaan SAFI Rania Gold dengan formulasi DUO EMAS 24K menjadikan kulit wajah lembut dan menyediakan kulit untuk menyerap produk seterusnya. FLAKE EMAS 24K di dalam rangkaian terbaru ini bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit. Dengan formulasi DUO EMAS 24K tidak lagi risau dengan ancaman kulit rosak. 

SAFI RANIA GOLD BERSAMA 24K EMAS DAN TEKNOLOGI BEETOX

“Bingkisan Emas Sang Ratu Lebah” – Eliksir Keremajaan Safi Rania Gold, formulasi dwi aksi untuk menggandakan kuasa anti-penuaan dan anti-pigmentasi. Antara manfaat Eliksir adalah:

Bee-Tox menghasilkan kulit yang tegang dengan segera seakan-akan sengatan lebah. Ia juga diperkuat dengan Propolis dan Nano Gold yang bertindak mengurangkan kedutan, menghaluskan tekstur kulit wajah, dan mengembalikan keanjalan kulit.

Ia mengandungi bahan-bahan aktif yang mencerahkan kulit wajah, Vitamin C, dan NutrixBright Complex yang berkesan melawan pigmentasi dalam masa 2 bulan dan mencerahkan tona kulit, seterusnya meningkatkan seri pada wajah.

Serum dwi-aksi yang diadun dengan pati minyak berkhasiat yang seimbang dan aqua phase yang menyegarkan agar kulit terasa licin dan lembut sehalus sutera selepas dioles.

Formulasi penyerapan yang pantas dan tidak melekit memberikan pengalaman yang menyenangkan tanpa rasa tidak selesa pada kulit.

SAFI RANIA GOLD BERSAMA 24K EMAS DAN TEKNOLOGI BEETOX


Krim pelembap siang Safi Rania Gold SPF25PA++IR dengan Nano Gold 24K dan nutrisi propolis. Melembap dengan efektif dan membantu mengukuhkan struktur kulit. Kulit akan terlindung dari sinaran UVA, UVB dam infraRed ( IR ) bagi mencegah kulit gelap dan tona kulit tidak sekata. Hasilnya kulit wajah akan sentiasa anjal dan cerah bermaya. 

Cara penggunaan krim pelembap siang Safi Rania Gold. Sapu pada wajah dan juga leher. Urut lembut dalam gerakan menaik. Gunakan pada waktu siang sahaja.

Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. 

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari :

Facebook SAFI, : www.facebook.com/SAFI.MY 
Instagram SAFI : @safimalaysia 

Muzik Video RANIAKU Kisah Dugaan dan Cinta Abadi Nora Danish dan Remy Ishak untuk SAFI RANIA GOLD Menyayat Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernah terdengar tentang Raniaku ‘Kisah Dugaan dan Cinta Abadi Nora danish dan Remy Ishak’? Lama mummy tak bercerita perihal cinta,kan. Entri blog ,mummy hari ini tentang kisah cinta Nora Danish dan Remy Ishak ! Bercinta ke Nora Danish dan Remy Ishak tu? Jeng..jeng..jeng..

Sebenarnya, Raniaku Kisah Dugaan dan Cinta Abadi adalah sebuah mesej yang disampaikan dalam Muzik Video terbaru dan juga produk baru teknologi DUO EMAS 24K keluaran SAFI Rania Gold kerjasama antara SAFI dan Aizat Amdan. 


 Muzik Video RANIAKU Kisah Dugaan dan Cinta Abadi Nora Danish dan Remy Ishak untuk SAFI RANIA GOLD Menyayat Hati

Raniaku Kisah Dugaan dan Cinta Abadi Nora danish dan Remy Ishak

Bahagia itu satu rasa penuh makna yang hadir dalam jiwa manusia. Bahagia itu tersemat di dalam kasih, terselit di dalam rindu, tersimpan di dalam hati. Sungguhpun tidak terlihat pada zahirnya, bahagia itu mampu membuat yang berduka mula tertawa, yang suram mula tersenyum, yang bercinta semakin bertambah cintanya.

Duta SAFI Rania Gold, Nora Danish sebagai watak utama RANIAKU


 Muzik Video RANIAKU Kisah Dugaan dan Cinta Abadi Nora Danish dan Remy Ishak untuk SAFI RANIA GOLD Menyayat Hati

Menjadikan Duta SAFI Rania Gold, Nora Danish sebagai watak utama di dalam muzik video ini, beliau membawa watak sebagai Rania, seorang isteri yang mengalami penyakit FUCH, sebuah masalah penglihatan yang serius sehingga mengganggu kehidupannya serta tugas sebagai seorang isteri. Bimbang ditinggalkan insan tersayang, Rania nekad menyembunyikan perkara ini daripada sesiapa. Perubahan emosi dan perilaku Rania yang semakin ganjil mula dihidu suaminya, Azman- lakonan Remy Ishak. Setelah didesak untuk berterus terang, Rania menceritakan masalah yang dihadapi walaupun perkara ini pahit di telan Azman. Dengan usaha untuk mengembalikan isterinya, Azman cuba meyakinkan bahawa perasan cinta itu tidakkan pernah pudar, malah beliau mula membantu Rania dalam urusan kerja-kerja rumah, serta menenangkan emosi Rania bagi membuktikan komitmen beliau terhadap perhubungan ini. Usaha Azman mula menyentuh perasaan Rania. Dengan perlahan beliau mengumpul segala kudrat untuk kembali bangkit dan menjalani pembedahan mata. Ceritera romantis yang menyayat hati ini membuktikan bahawa setiap cabaran akan mampu ditempuhi jika kekal bersama. Dengan mencintai seseorang akan memberikan kekuatan, dan dicintai seseorang pula akan memberi satu kekuatan yang hebat.         










Penggambaran muzik video yang berlaku di Bali, Indonesia ini dijayakan dibawah arahan Direktor, En Nan Salleh, diiringi oleh lagu Raniaku nyanyian Aizat Amdan bersama produser muzik, En Anas Amdan. Setiap bait-bait lirik yang dijalin bersama menceritakan tentang perjalanan pasangan dalam menempuh dugaan kehidupan. Penyanyi juga penulis lirik Raniaku, Aizat Amdan turut menyelitkan tentang jerih perih yang dihadapi akan mampu diatasi dengan adanya kekuatan cinta dan perasaan sayang yang mendalam.

Menurut Konsultan SAFI Pn Mahsuri Sulaiman, “Aizat Amdan merupakan pilihan SAFI yang tepat untuk berkolaborasi dalam projek Muzik Video Raniaku. Garapan lirik yang baik serta kreativiti Aizat menzahirkan mesej SAFI dalam bentuk gubahan lagu ini menjadikan ia sesuatu yang unik. Setiap baris yang terungkap penuh dengan makna yang tersirat.”

3 produk baru SAFI RANIA GOLD dengan formulasi DUO EMAS 24K


Bersempena pelancaran Muzik Video Raniaku, SAFI turut memperkenalkan produk baharu SAFI Rania Gold diperkaya dengan formulasi DUO EMAS 24K. “Kali ini, SAFI turut melancarkan 3 produk baru dengan formulasi DUO EMAS 24K iaitu:-


 Muzik Video RANIAKU Kisah Dugaan dan Cinta Abadi Nora Danish dan Remy Ishak untuk SAFI RANIA GOLD Menyayat Hati

  • Esen Emas Keremajaan SAFI Rania Gold DUO EMAS 24K mampu menjadikan kulit wajah lembut membantu menyerap produk seterusnya. 
  • Serum Konsentrasi Plus SAFI Rania Gold DUO EMAS 24K pula untuk meningkatkan keanjalan serta memperlahankan kemunculan garis- garis halus. FLAKE EMAS 24K di dalam rangkaian terbaru ini bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit. 
  • Booster dan Penyegar SAFI Rania Gold DUO EMAS 24K dapat menyegarkan dan memberikan lembapan berganda pada kulit agar wajah segar bermaya 

Formulasi DUO EMAS 24K ini merupakan gabungan BIO EMAS 24K dan FLAKE EMAS 24K bersama PROTEIN SUTERA. Formulasi ini bukan sahaja memelihara struktur luaran malah meliputi struktur dalaman kulit wajah ajar keremajaan dapat dipelihara dengan lebih efektif.

TESTIMONI SAFI RANIA GOLD DARI NORA DANISH

 Muzik Video RANIAKU Kisah Dugaan dan Cinta Abadi Nora Danish dan Remy Ishak untuk SAFI RANIA GOLD Menyayat Hati

Duta SAFI Rania Gold, Nora Danish turut berkongsi pengalaman beliau menggunakan produk terbaru dari SAFI. “Apabila usia meningkat, daya tahan kulit untuk mengunci lembapan akan berkurangan menjadikan kulit kering, kasar, dan hilang keanjalan. 

Alhamdulillah, Esen Emas Keremajaan SAFI Rania Gold dengan formulasi DUO EMAS 24K menjadikan kulit wajah lembut dan menyediakan kulit Nora untuk menyerap produk seterusnya. 

Serum Konsentrasi Plus SAFI Rania Gold pula Nora gunakan untuk meningkatkan keanjalan serta memperlahankan kemunculan garis- garis halus. FLAKE EMAS 24K di dalam rangkaian terbaru ini bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit. Dengan formulasi DUO EMAS 24K Nora tidak lagi risau dengan ancaman kulit rosak. 

Ketika cuaca panas di set penggambaran atau berjalan-jalan di luar, semburan Booster dan Penyegar SAFI Rania Gold sentiasa Nora bawa bersama. Semburan yang menyegarkan ini memberikan lembapan berganda pada kulit agar wajah segar bermaya sepanjang masa. Malah, ia juga bertindak untuk mengekalkan solekan Nora!”


 Muzik Video RANIAKU Kisah Dugaan dan Cinta Abadi Nora Danish dan Remy Ishak untuk SAFI RANIA GOLD Menyayat Hati


Produk SAFI Rania Gold ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. 

Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari :
Facebook SAFI : www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram SAFI : @safimalaysia 
Youtube SAFI di : www.youtube.com/safimalaysia