Showing posts with label YouTube. Show all posts
Showing posts with label YouTube. Show all posts

TIPS JANA INCOME DENGAN YOUTUBE

TIPS JANA INCOME DENGAN YOUTUBE - Selain blog (jana income dari Google Adsense atuu Nuffnang dan lelain) , YouTube juga boleh tambahkan pendapatan korang. Macam mana YouTube berfungsi dan macam mana nak jana income dengan YouTube?

TIPS JANA INCOME DENGAN YOUTUBE


Ada ke TIPS JANA INCOME DENGAN YOUTUBE ? Seriuss..Mummy pun baru je tahu yang kita boleh jana income dengan YouTube. Padahal dah 5 tahun bermain dengan YouTube yang asalnya nak simpan video personal dengan anak-anak je ! Tak sangka YouTube boleh tambahkan pendapatan mummy. 


Otai-otai YouTube mengatakan INCOME dari YouTube ni agak lumayan. Kemungkinan, orang yang bayar iklan di YouTube pun agak mahal (pricey). Sebab tu kot bayaran YouTube Adsense lagi tinggi dari blog. Agaknyalah...mummy pun newbie je. Tak expert lagi bidang YouTube.

As usual, blog mummy is saharing is caring. Korang pun mesti nak tahu jugakan. Macam mana nak atau apa tips untuk jana INCOME dengan YouTube.

SYARAT YOUTUBE !



Pertama sekali korang mestilah ikut SYARAT YouTube. Ada akaun YouTube. Dan seterusnya WAJIB dapatkan :-

1. Kawan-kawan atau followers atau bahasa YouTube nya SUBSCRIBERS. Tidak kurang dari 1000 subscribers.

2. YouTube korang WAJIB ada orang tengok atau tonton sebanyak 4000 jam dalam masa 12 bulan. Sebulan aim 400 orang atau sehari lebih dari 100 orang tonton.

Sekarang ni, mummy lihat banyak group untuk support YouTube (jangan tanya mummy group apa, sebab mummy tak join pun).

Atau carilah geng YouTube untuk sesama bantu.

Susah juga kan !

Bagi mummy... semua ini adalah REZEKI. Kalau Allah nak bagi, DIA boleh bagi dalam pelbagai bentuk.

Kalau dia tak nak bagi. Sekejap je dia boleh TARIK nikmat yang ada.

Ianya bergantung pada rezeki. 

Macam mummy, tak pernah impikan dan tak pernah tahu pasal INCOME dari YouTube ni sehingga ada 1 masa mummy belek YouTube setting linked dengan GOOGLE ADSENSE BLOG tup tup dapat email approve.

Mungkin di sebabkan mummy dah sedia ada GOOGLE ADSENSE (blog). Dan, feature nya sudah sedia adalah dalam YouTube mummy. 

Ada juga mummy ada hantar pertanyaan kepada YouTube untuk mengesahkan sama ada YouTube mummy di Monetisation atau tidak. Sebab macam tak berapa faham sangat dengan YouTube. Alhamdulillah team YouTube sedia membantu dan menjawab persoalan mummy dengan kadar segera. So, korang yang nak tanya apa-apa. Boleh tanya ke YouTube juga. 

Oh ya ! Untuk play safe, sewaktu masukkan lagu dalam YouTube. Korang carilah lagu NON COPYRIGHT. Sebab, income korang tak akan di kira jika vidoe korang ada copyright.

INCOME YouTube di kira dari segi tontonan dan yang NO COPYRIGHT sahaja !

Untuk selanjutnya, korang boleh baca penerangan dari Youtube di sini: https://youtube-creators.googleblog.com/2018/01/additional-changes-to-youtube-partner.html

9883 YouTube Subscribers Ber Adsense. Terima Kasih semua!

9883 YouTube Subscribers Ber'Adsense'. Terima Kasih semua !  - Alhamdulillah syukur. Dalam sedar tak sedar, beranak pinak dah subscribers YouTube mummy. Terima kasih pada yang sudi ikuti kami di YouTube. Jika mummy tertinggal untuk subscribe you all. Jangan lupa tinggalkan komen di video mummy ye. Nanti mummy subscribe balik !


9883 YouTube Subscribers Ber'Adsense'. Terima Kasih semua !


9883 YouTube Subscribers Ber'Adsense'. 4 juta viewers ! Terima Kasih semua ! Banyaknya subscribers? Erm...banyak ke? Mummy rasa biasa je ! Dari 2007 kot aktif YouTUbe dan mula berjinak-jinak upload pada 3-4 tahun yang lepas.


9883 YouTube Subscribers Ber'Adsense'. 4 juta viewers ! Terima Kasih semua ! Banyaknya subscribers? Erm...banyak ke? Mummy rasa biasa je ! Dari 2007 kot aktif YouTUbe dan mula berjinak-jinak upload pada 3-4 tahun yang lepas.

Macam mana boleh dapat banyak YouTube subscribers? Bab ni, jangan tanya mummy sebab mummy memang tak pernah aim untuk menjadi YouTuber pun. Oleh kerana nak simpan segala moment dan video dalam handphone limited untuk simpan memori. Maka, mummy terus upload di YouTube.


Boleh di katakan, meraban je upload tapi aktiflah  juga untuk upload di YouTube !

Korang yang nak tahu tips YouTube seperti jana income dengan YouTube, macamana nak dapatkan subscribers YouTube. Korang boleh baca blog www.hasrulhassan.com ada banyak tips kat sana. Beliau memang sifu segala Adsense.

Bila dah banyak subscribers ni, rugilah kalau tak aim earning kan? Maka mummy baru teringat bab ni dan apply YouTube adsense (earning for adsense) baru-baru ni. Alhamdulillah dah 3 bulan berjalan, income dia macamana? Erm...macam nak bersara dunia blogging aje ! 

Hahaha okay itu tipu. Mana boleh bersara blogging. Tempat sharing dan rujukan diri sendiri. Mummy tak nak cerita bab income. tu..nanti tunggu dapat duit dulu katanya akhir Disember baru YouTUbe nak finalize calculate.

So..tunggu je lah berapa dapat tu hehe


YouTube Views Azlinda Azman Meningkat, Paling Banyak 8100 Views

YouTube Views Azlinda Azman Meningkat, Paling Banyak 8100 Views - Alhamdulillah..syukur di pagi Jumaat, lama juga mummy tak update perkembangan YouTube mummy. Sebabnya, ianya bergantung kepada kerajinan mummy huhu. Kalau rajin, rajinlah mummy upload ke YouTube. Kalau malas nak buat video. Tak adalah nak upload di Youtube tu ha. Memang  niat asalnya dan asbab buat YouTube pun, suka-suka je. Nak kata VLOG pun tak juga..nak kata parodi pun bukan. Makanya, biasa-biasa je views YouTube mummy tu ha. tak adalah juta-juta viewsnya.


YouTube Views Azlinda Azman Meningkat, Paling Banyak 8100 Views


Tapi, terkejut jugalah..bila kelihatan YouTube Views Azlinda Azman Meningkat, Paling Banyak 8100 Views. Allahuakbar. Terima kasih lah pada yang sudi menonton. Tetiba,,, semangat mummy nak buat video tu berkobar-kobar, pulak. Bila dapat tahu YouTube Views Azlinda Azman Meningkat, Paling Banyak 8100 Views.

Mummy bukan nak bangga dengan YouTube Views Azlinda Azman Meningkat, Paling Banyak 8100 Views. Sebenarnya, 8100 views tu tak banyak mana pun. Lelagi, ada pulak video mummy yang mempunyai 0 view.


VIDEO YOUTUBE MUMMY YANG TERHANGAT !!



Video testimoni pam susu double pump paling banyak views sebanyak 8100 views

Review produk kecantikan Cosmoderm, views sebanyak 1600 views


Video masak memasak pun hado hehehe..Lifestyle katanya..views terbanyak 2800 dan 916 views . Eh, dah macam emas 916 pulak ye hehehe

Terselit juga video artis kegemaran mummy Nana Mahazan (mummy minat dari dia AF1 ! ). Views pun agak banyak juga untuk video ini.


Dan, paling terkini video Ayam Goreng McD Bukan Macam Biasa. Ni sebenarnya, adalah video contest via Instagram. Tapi, saje je tepek kat YouTube juga.

Cara-cara nak join contest ni, nanti mummy kongsikan di entri lain ye !

Kesimpulannya, baru 6 je YouTUbe mummy yang banyak views. Seperti dari awal mummy beritahu. Tak smua views mummy mencanak views nya.

Pada yang sudi nak subscribe atau tonton, boleh lah ke Channel YouTube mummy di : www.youtube.com/azlindaazman