Showing posts with label azam. Show all posts
Showing posts with label azam. Show all posts

BYE BYE TAHUN 2019, WELCOMING 2020 !

BYE BYE TAHUN 2019, WELCOMING 2020 ! SELAMAT TAHUN BARU 2020 ! - Apa azam korang tahun ni? Dah ada azam ke tu? Mummy ini, kalau nak ikutkan banyak je lists azam tahun 2020. Ada yang boleh mummy ceritakan di sini dan ada yang hanya boleh simpan sendiri ! Hehehe


BYE BYE TAHUN 2019, WELCOMING 2020 ! SELAMAT TAHUN BARU 2020 ! 



JANGAN MELIHAT APA yang telah kamu USAHAKAN. Tetapi, LIHATLAH apa yang BELUM kamu SELESAIKAN. Kata-kata di dinding sekolah Dhia ini amat mummy sukakannya ! Impian dan azman tahun 2019, ada banyak lagi yang belum mummy kecapi 100%. Tetapi, ada azam yang ad-hoc, rezeki namanya. Alhamdulillah.

So, apa azam tahun 2020 mummy ni?

Okaylah jom tengok azam mummy tahun 2020

1. As usual, mummy cuba untuk nak buat lebih banyak kebaikan. Walau yang baik tu darinya dan yangburuk itu dari mummy !

2. Nak menjadi seorang isteri dan ibu yang mithali. 

3. Kurus? Samalah orang lain...tiap tahun nak kurus. Tapi, mummy masih failed lagi ni. Insyaallah tunggu Daim putus susu kot !

4. Apa lagi ek azam mummy? Kereta, rumah semua dah cukup dan pakai apa yang ada. Oh ya ! Azam tahun 2020, tak mahu tambah hutang dan kalau boleh nak kurangkan hutang piutang dengan segera. Kereta hampir habis bayar. Rumah je belum lagi, biasalahkan hutang rumah ni berpuluh tahun !

5. Nak ada saving yang mencukupi, supaya... sok-sok dah tua. Boleh survive ! Boleh pi Haji dan lelain !

Buat masa ini, itu sahaja lah kot azam mummy. Apa pula azam korang?

BTW, sebelum terlambat mummy nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2020 !