"Awal sangat hantar anak mengaji Iqra!" Ramai yang akan berkata begitu ! Betulkah, awal? Tak sesuai ke, umur 3 tahun belajar mengaji Iqra? Di sebabkan soalan ini membelenggu pemikiran mummy. Mummy terus jumpa dengan ustaz yang mengajar mengaji di apartment kami. Ustaz ikut sahaja, jika budak boleh ikut dan nak belajar. Boleh dia ajarkan. Mummy bukan jenis suka paksa anak untuk belajar. Selalunya mummy "follow the flow". Apa kehendak anak-anak yang elok, mummy akan turuti.
DHIA MENGAJI IQRA PADA UMUR 3 TAHUN
DHIA DAH BOLEH MENGHAFAL ALIF, BA, TA
Seawal umurnya 2 tahun, Dhia mula belajar sendiri alif, ba, ta...A, B, C dan juga 1,2,3. Kebanyakannya, Dhia belaajr dari tv atau dari tab. Dari situ, mummy rasa Dhia boleh mula mengaji Iqra.
KENAPA BUKAN MUMMY ATAU DADDY AJAR ANAK MENGAJI? KENAPA PERLU USTAZ?
Mummy bukan tak boleh ajar anak-anak mengaji.
Tapi, mummy rasa elok berguru dengan orang luar. Mesti anak boring asyik tengok muka mummy je,kan.
Dhia pun nak mengaji sebab ramai kawan-kawan. Seronok jumpa kawan-kawan.
BUKU IQRA PINK PILIHAN DHIA
Mummy belikan juga buku mengaji Iqra untuk Dhia. Pilihannya, mestilah pink ! Pink sahaja,kan !
Harganya RM12 dari IQRA 1-6.
Keesokan harinya..berjumpa dengan ustaz. Dhia jadi takut..duduk, tunduk dan terdiam. Jadi bisu tetiba....rupanya, Dhia takut nampak rotan usaz pegang.
Sudahnya, tak mahu pergi mengaji.
Tak pe la nak, mummy ajar buat sementara waktu ni ye
Keesokan harinya..berjumpa dengan ustaz. Dhia jadi takut..duduk, tunduk dan terdiam. Jadi bisu tetiba....rupanya, Dhia takut nampak rotan usaz pegang.
Sudahnya, tak mahu pergi mengaji.
Tak pe la nak, mummy ajar buat sementara waktu ni ye
Harap-harap Dhia boleh belajar Iqra tanpa jemu. Insyaallah...