Showing posts with label fathers day. Show all posts
Showing posts with label fathers day. Show all posts

MARDHIYYAH HOTEL & SUITES - PAKEJ ISTIMEWA SEMPENA HARI BAPA 2022

RAIKAN PENGORBANAN BAPA: MARDHIYYAH HOTEL & SUITES  HARGAI GOLONGAN BAPA DENGAN PAKEJ ISTIMEWA SEMPENA HARI BAPA 2022 Terima Kasih Abah! Pengorbanan insan yang bergelar abah, ayah atau bapa sangat jarang ditonjolkan di hadapan anak-anak.


MARDHIYYAH HOTEL & SUITES - PAKEJ ISTIMEWA SEMPENA HARI BAPA 2022


MARDHIYYAH HOTEL & SUITES - PAKEJ ISTIMEWA SEMPENA HARI BAPA 2022


Namun, setiap usaha yang dilakukannya pasti dapat dirasai oleh keluarga tersayang. Jadi, di hari istimewa ini, raikan insan ini dengan meluangkan masa bersama dengan pakej istimewa sempena hari bapa di Mardhiyyah Hotel & Suites. Kali ini, Mardhiyyah Hotel & Suites turut sama menyanjungi pengorbanan dan jasa baik insan bergelar bapa dengan menyediakan pakej sajian enak bufet hi-tea pada Hari Bapa yang bakal disambut 19 Jun 2022 (Ahad). Golongan bapa berpeluang mendapat pelbagai promosi istimewa. Antaranya, promosi satu (1) percuma bufet hi-tea untuk dewasa dengan pembelian lima (5) pakej bufet hi-tea dewasa. 


MARDHIYYAH HOTEL & SUITES - PAKEJ ISTIMEWA SEMPENA HARI BAPA 2022

Turut terdapat dalam promosi, mereka berpeluang mendapat diskaun 15% 1 kg kek “Red Velvet” Hari Bapa. 

MARDHIYYAH HOTEL & SUITES - PAKEJ ISTIMEWA SEMPENA HARI BAPA 2022

MARDHIYYAH HOTEL & SUITES - PAKEJ ISTIMEWA SEMPENA HARI BAPA 2022

MARDHIYYAH HOTEL & SUITES - PAKEJ ISTIMEWA SEMPENA HARI BAPA 2022

MARDHIYYAH HOTEL & SUITES - PAKEJ ISTIMEWA SEMPENA HARI BAPA 2022




Sempena hari bapa ini, pengunjung berpeluang menikmati hidangan kegemaran terutamanya sajian Melayu, Jepun, Barat dan Cina yang disediakan khas oleh barisan chef yang berpengalaman, yang diketuai oleh Eksekutif Chef, Chef Shahril. 

Antara sajian enak yang bakal dihidangkan termasuk “XO Fried Rice with Shrimp, Honey Blackpepper Lamb Shoulder, ‘Kwai Hua’ Fried Yee Mee, Daging Masak Merah Asparagus, Penang Kari Kepala Ikan, Roasted Chicken in Mornay Sauce, Sashimi dan Sushi, California Temaki Roll, Aneka Cucur, Roti John, Pelbagai Pilihan Pasta dan Pizza, Dim Sum dan Pau”. Tidak ketinggalan, hidangan pencuci mulut yang bakal dihidangkan “Kuih-Muih Melayu, Bubur Kacang Bersago, Coffee Meuille Feuille, Mango Cheese Cake, Chocolate Fountain, Ginger Panna Cotta, Classical Butter Cake dan Black Forest”. 


PROMOSI BUFET HI-TEA HARI BAPA 19 JUN 2022 DI RESTORAN ROYALE SONGKET 


Harga MARDHIYYAH HOTEL & SUITES - PAKEJ ISTIMEWA SEMPENA HARI BAPA 2022 ialah: 

RM 115.00 bersih (dewasa) 

RM 65.00 bersih (kanak-kanak 6 hingga 12 tahun) 


*Pembelian bufet hi-tea dengan lima (5) harga dewasa akan mendapat percuma satu (1) harga dewasa* 

Tarikh dan Masa : 19 Jun 2022, 12.00 tengahari – 4.00 petang

Tempat : Restoran Royale Songket, Aras G Mardhiyyah Hotel & Suites 

PROMOSI ISTIMEWA 15% DISKAUN KEK HARI BAPA 
Harga : RM 90.10 bersih (harga asal RM 106.00 bersih) 
*Tempahan hendaklah dibuat 3 hari awal* 

Untuk maklumat dan tempahan , hubungi 03-5511 8811 atau hubungi & whatsapp 019-261 6847.

FATHER'S DAY 2020

Happy father's day 2020 semua. Hahaha again, lambat wish kat blog. Kekdahnya busy la sangat mummy ni ha, kan ! Okaylah, kita santai-santai ajelah sambut father's day. Yang sebenarnya, tak fikir pun untuk sambut Father's day ni ha. Kebetulan, lama tak bawa kids jenjalan luar. Ye la kan, kita belum bebas 100% dari covid-19. Untuk shopping mall... memang kami avoid untuk pergi bawa kids. Mummy pun, tak merayau sangat ke shopping mall pun. Singgah bila perlu sahaja. Lagi pun, ada masa rasa risau gak pi mall. Tempat tak crowded, dan memasing tak akan dekat dengan kita. So, ada masa dok terfikir ..kalau kene rompak ni. Ada ke orang nak tolong? Hahaha. Teringat masa accident kat kawasan rumah (belum cerita kat blog..masa ni memang mood malas update blog menjelma haha). Orang sekeliling tak ada yang nak bantu pun, padahal ramai je saksikannya. Siap ada sorang perempuan ni, tanya boy friend dia. "kenapa tu? apa kes?", boyfriend dia jawab,"biasalah, kes accident'. Dan, mereka berlalu pergi. Ini kes sebelum covid-19 ye. Kalau masa covid-19 ini, tak tahulah macam mana. Memasing jaga jarak, dan memasing akan bersendirian. Maka, korang hati-hati juga tau !

Mummy memang suka fikiran ke depan gini. Entahlah, faktor suka tengok movie ke macam mana ntah. Covid-19 ini pun, mummy pernah terbayang juga sebelum ini. Macam mana satu hari nanti, kalau semua tak boleh keluar, semua orang tak boleh cari makanan untuk makan. Tup..tup PKP menjelma hahaha.


HAPPY FATHER'S DAY 2020



Actually mummy ada appointment pagi Father's day. Biasalah kerja macam mummy ni,kan ! Kerja ikut time client lah ! Client free malam, makan malam lah kena jumpa. But, jarang-jaranglah keluar malam. Weekend tu selalu lah juga.

Kalau kerja on weekend, biasanya akan bawa semua sekali. Sebab lepas mummy settle appointment. Boleh bawa kids jalan-jalan. TApi, appoitment tu, mummy pergi jumpa sorang-sorang aje. The rest tunggu dalam kereta je.



Father's day 2020, lepas mummy settle appointment. Daddy drive thru McD kat Denai Alam, tehn daddy ajak picnic kat Elmina. Budak-budak memang sukalah dapat pi taman. Mummy pun suka jugak, sebab kalau pi taman Elmina ni, mesti akan terserempak dengan kawan-kawan mummy satu sekolah. Syoklah, dapat borak,kan !

Daddy paling menyampah lah, kalau mummy tetiba ada jumpa kawan time gini..hehe. Dia pulak kena tengok anak-anak kat taman. Sorry lah ye !


Keesokan harinya, kami sambut birthday Daim cum Father's day 2020  ! Potong kek je, daddy kerja pada hari father's day yang sebenar tu. Semalamnya , kami buat picnic tu adalah sehari sebelum father's day.

Daddy minggu ni lah, last rotation kerja sehari kerja, sehari off. Next week...daddy dah kerja macam biasa huhu. Tak dapatlah kami laki bini ngedate waktu hari kerja lagi sobbbb ! Memang seronok masa daddy dapat jadual kerja rotation, selang sehari je kami date.

Tapi, tak ada lah nak post kat sosial media pi sana sini dengan husband hari kerja. Bukan apa...anak kami semua dah pandai baca. Memasing ada media sosial sendiri, no wasap semua ada. So, tak nak bagi kids sedih tak bawa dorang keluar ke sana sini.

Lagi pun, mummy daddy ada sedikit projek yang sedang di laksanakan. Ada banyak urusan sedang di buat sepanjang bulan Jun 2020 ini.



Kebetulan adik datang rumah mak sekali. Sebab nak amek satay yang di order di sekitar rumah mak.


Happy father's day atok ! Atok dah tak duduk rumah kami lagi. Sedih pulak rasanya


Happy father's day atok (sebelah mummy) . alhamdulillah. Dedua atok bebudak ini ada..syukur..


Tak lupa juga, HAPPY FATHER'S DAY buat semua bapa-bapa di luar sana. You are our HERO !