FATHER'S DAY 2020

Happy father's day 2020 semua. Hahaha again, lambat wish kat blog. Kekdahnya busy la sangat mummy ni ha, kan ! Okaylah, kita santai-santai ajelah sambut father's day. Yang sebenarnya, tak fikir pun untuk sambut Father's day ni ha. Kebetulan, lama tak bawa kids jenjalan luar. Ye la kan, kita belum bebas 100% dari covid-19. Untuk shopping mall... memang kami avoid untuk pergi bawa kids. Mummy pun, tak merayau sangat ke shopping mall pun. Singgah bila perlu sahaja. Lagi pun, ada masa rasa risau gak pi mall. Tempat tak crowded, dan memasing tak akan dekat dengan kita. So, ada masa dok terfikir ..kalau kene rompak ni. Ada ke orang nak tolong? Hahaha. Teringat masa accident kat kawasan rumah (belum cerita kat blog..masa ni memang mood malas update blog menjelma haha). Orang sekeliling tak ada yang nak bantu pun, padahal ramai je saksikannya. Siap ada sorang perempuan ni, tanya boy friend dia. "kenapa tu? apa kes?", boyfriend dia jawab,"biasalah, kes accident'. Dan, mereka berlalu pergi. Ini kes sebelum covid-19 ye. Kalau masa covid-19 ini, tak tahulah macam mana. Memasing jaga jarak, dan memasing akan bersendirian. Maka, korang hati-hati juga tau !

Mummy memang suka fikiran ke depan gini. Entahlah, faktor suka tengok movie ke macam mana ntah. Covid-19 ini pun, mummy pernah terbayang juga sebelum ini. Macam mana satu hari nanti, kalau semua tak boleh keluar, semua orang tak boleh cari makanan untuk makan. Tup..tup PKP menjelma hahaha.


HAPPY FATHER'S DAY 2020



Actually mummy ada appointment pagi Father's day. Biasalah kerja macam mummy ni,kan ! Kerja ikut time client lah ! Client free malam, makan malam lah kena jumpa. But, jarang-jaranglah keluar malam. Weekend tu selalu lah juga.

Kalau kerja on weekend, biasanya akan bawa semua sekali. Sebab lepas mummy settle appointment. Boleh bawa kids jalan-jalan. TApi, appoitment tu, mummy pergi jumpa sorang-sorang aje. The rest tunggu dalam kereta je.



Father's day 2020, lepas mummy settle appointment. Daddy drive thru McD kat Denai Alam, tehn daddy ajak picnic kat Elmina. Budak-budak memang sukalah dapat pi taman. Mummy pun suka jugak, sebab kalau pi taman Elmina ni, mesti akan terserempak dengan kawan-kawan mummy satu sekolah. Syoklah, dapat borak,kan !

Daddy paling menyampah lah, kalau mummy tetiba ada jumpa kawan time gini..hehe. Dia pulak kena tengok anak-anak kat taman. Sorry lah ye !


Keesokan harinya, kami sambut birthday Daim cum Father's day 2020  ! Potong kek je, daddy kerja pada hari father's day yang sebenar tu. Semalamnya , kami buat picnic tu adalah sehari sebelum father's day.

Daddy minggu ni lah, last rotation kerja sehari kerja, sehari off. Next week...daddy dah kerja macam biasa huhu. Tak dapatlah kami laki bini ngedate waktu hari kerja lagi sobbbb ! Memang seronok masa daddy dapat jadual kerja rotation, selang sehari je kami date.

Tapi, tak ada lah nak post kat sosial media pi sana sini dengan husband hari kerja. Bukan apa...anak kami semua dah pandai baca. Memasing ada media sosial sendiri, no wasap semua ada. So, tak nak bagi kids sedih tak bawa dorang keluar ke sana sini.

Lagi pun, mummy daddy ada sedikit projek yang sedang di laksanakan. Ada banyak urusan sedang di buat sepanjang bulan Jun 2020 ini.



Kebetulan adik datang rumah mak sekali. Sebab nak amek satay yang di order di sekitar rumah mak.


Happy father's day atok ! Atok dah tak duduk rumah kami lagi. Sedih pulak rasanya


Happy father's day atok (sebelah mummy) . alhamdulillah. Dedua atok bebudak ini ada..syukur..


Tak lupa juga, HAPPY FATHER'S DAY buat semua bapa-bapa di luar sana. You are our HERO !
3 comments on "FATHER'S DAY 2020"
  1. Alhamdulillah tahun ke 2 menyambut hari bapa.. semoga bapa2 dapat melindungi keluarga masing2..

    Jemput join giveaway ejulz k. Tamat pada 15 JUL 2020.

    Giveaway by ejulz & mamapie

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. meriah sambutannya.. Yang penting dapat bersama yang tersayang kan mummy..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com