HAPPY 3RD BIRTHDAY DAIM NAUFAL

3rd Birthday Daim Naufal ! 21 JUN baru ni, genaplah 3 tahun umur Daim Naufal. Anak bongsu mummy. Jun merupakan bulan paling busy buat kami ...

3rd Birthday Daim Naufal ! 21 JUN baru ni, genaplah 3 tahun umur Daim Naufal. Anak bongsu mummy. Jun merupakan bulan paling busy buat kami sekeluarga. Ucapan di bulan Jun sungguh lah banyak. Bertabahlah korang MEMBACA ucapan je entri blog mummy bulan ni ye hehehe.

HAPPY 3RD BIRTHDAY DAIM NAUFAL



Daim Naufal 3rd birthday

Sebelum mummy menulis ucapan birthday buat Daim yang ke 3 tahun. Mummy recap sekejap tarikh penting kami pada Jun 2020. Walau banyak nak di ceritakan tentang bulan Jun ni, tapi semuanya belum di jadikan entri lagi huhu. 

Bermula dari 2 Jun, anniversary kami suami isteri. Dan 2 Jun juga, birthday anak buah kami. 

6 Jun pula birthday anak buah mummy. Si Bella tu ha

Kemudian ya, kembali pada keluarga kami 21 JUN birthday Daim dan 25 JUN pula birthday abang ya Dzal.  

Daim Naufal 3rd birthday
June's babies 

Adik dan abang.. Picnic kat tasik. Lama bebudak ni tak keluar 

Daim nak conquer 

Kek sebuku, banyak yang SOLD OUT

Sudahnya, beli slices je 


Absolute Durian, bubuh dedua nama sekali harung.. 

Daim's birthday 

Daim di lahir kan secara pembedahan pada 21 Jun 2017. Nak ikutkan, mummy nak pilih tarikh pembedahan pada 25 Jun juga. Nak sama birthday dengan abangnya.

Malang sekali, doktor menolak mentah-mentah cadangan mummy. Pertama, 25 JUN jatuh pada bukan Syawal. Kebanyakan doktor pakar bercuti. Dan 25 Jun juga perut semakin membesar, doktor risau mummy akan dapat contraction. 

Agak bahaya bila ada contraction, mummy perlu be dah sebelum ada apa-apa contraction. 

Akhirnya, mummy akur dengan tarikh yang di cadangkan oleh doktor pakar.

Daim di lahir kan beberapa hari nak raya. Daddy tengah sibuk uruskan mummy, uruskan anak-anak lain di rumah, alhamdulillah daddy sempat bayar zakat fitrah untuk Daim. Syukur.

Diam tak diam, dah 3 tahun anak bongsu mummy. Seorang yang manja tapi garang. 

Moga Daim Naufal di panjang kan umur, di limpahkan rezeki yang berkat dan di permudahkan urusan dunia dan akhirat. Aminnn

Tahun lepas, dapat sambut birthday Daim dan abang ya bersama keluarga kami, adik beradik sebelah suami dan adik beradik sebelah mummy. Birthday celebration cum open house raya hahaha.

Tahun ni, virus Covid-19 satu dunia. Maka, tiada sambutan. Hanya potong kek di rumah je. 

Apa pun, bersyukur Malaysia semakin pulih dari virus covid-19 

Baca Ini Juga


8 comments

  1. Happy belated birthday Daim. Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  2. Happy birthday daim..
    Aunty nieyl doakan semoga daim menjadi anak yg soleh didunia dan akhirat..
    Amin..InsyaÁllah..:)

    ReplyDelete
  3. selalunya memang macam tu kan, kalau garang mesti manja. Happy birthday Daim, semoga membesar dengan sihat & happy

    ReplyDelete
  4. Mudah2an Daim membesar dengan sihat dan cergas

    ReplyDelete
  5. Happy belated birthday Daim..
    semoga menjadi anak yang soleh.. Aamiin..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -