Dating Di Genting Premium Outlet

Dating Di Genting Premium Outlet ni merupakan Father's day part 1 kami. Jarang-jaranglah dapat keluar berdua dengan husband time hari ...

Dating Di Genting Premium Outlet ni merupakan Father's day part 1 kami. Jarang-jaranglah dapat keluar berdua dengan husband time hari kerja ni. Kebetulan beberapa bulan ni, daddy dapat jadual kerja yang flexible. So, inilah masanya nak dating berdua,kan ! Bila lagi ! 

Mummy macam biasalah, saja dok gurau dengan daddy. Bagitahu Coach GPO ada sales. Tak sangka esoknya, terus daddy cakap "jom Genting" ! Phewwww, seronoknya ! Padahal mummy bukan nak cari apa pun kat GPO. Saje je lah jalan berdua, dating kat tempat sejuk ni kan. Daddy pun suka jugaklah, hehe bukan selalu boleh dating berdua kan.


Dating Di Genting Premium Outlet




Mummy pun meeting, training semuanya online. So, dalam kereta pun boleh bermeeting. Kerja pun ada yang online, ada juga offline. So, pepandai aturkan jadual !

GPO, Genting Premium Outlet ini, kanak-kanak tidak di benarkan masuk tau.Kesian tengok parents yang dah bawa anak naik ke Genting, Tapi tak boleh masuk ke GPO. Huhuhu ,. Nasib abaiklah kami ini, tak bawa kids. Memang plan nak Dating  berdua Di Genting Premium Outlet.




Hari kerja pun ramai juga naik Genting, sales agaknya. Coach pun beratur alam jugak, dalam 15 minit. 

Daddy dok racun mummy angkat 1 handbag, oh tidaklah ! Nak simpan duit, oiii. Cukup lah dah ada 4 bag Coach kat rumah !

Mummy dok racun daddy beli bag untuk file dan laptop. Sambil dok fikir-fikir tu, rembat jugak lah daddy bag fail dan laptop hahaha.

Daddy bagitau pada mummy , yang tu bukan bag dia sorang, share lah dengan mummy. Yes ! Thank you .....



Bag tu dalam paper bag, malas pulak nak amek gambar hehehe.



Kami makan Chicken Rice shop je. Daddy macam biasa, suka makan nasi ! Kami anaik Genting ni sebelum Father's day lagi. Saje lepak tenangkan fikiran sebelum nak amek mood pulun kerja 100%

Lama tak keluar bekerja, mood nak masuk kerja pun macam lemau je.

Bulan depan , daddy dah tak kerja flexi time dah ! Sob..sob..so, blan ni, mana ada kesempatan tu, pulunlah dating saje ! Dan , kami naik genting pun 2x minggu lepas haha. Semata-mata pi beli bag coach, pi cuci bag coach (lama) dan beli mainana anak. Mainan apa yang best sangat tu? Part ni, nanti mumy story next entry lah ye !


Akhir sekali mummy lanje daddy aiskrim mahal, Godiva.. Sedap ke tak sedap? Tapi habis licin makan sorang tu ha.. Sedap lah kot, kan ! Hehehehe

Inilah cerita PKPP kami...banyak lagi story PKPP ni. Tunggu mood datang lah ye..

Mood menulis pun ntah amna perginya............huhu

Baca Ini Juga


2 comments

  1. aww romantiknya.. akak xpenah sampai lagi sini.. tentu sejuk skrg ni kan musim ujan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -