Showing posts with label kuih raya. Show all posts
Showing posts with label kuih raya. Show all posts

BUAT KUIH RAYA PALING SENANG CORNFLAKES MADU KAT KAMPUNG

BUAT KUIH RAYA PALING SENANG CORNFLAKES MADU KAT KAMPUNG - Nak buat open house? Kuih raya habis? Meh buat kuih raya paling senang dan jamu orang ketika open house ! Orang dewasa dan kanak-kanak pun boleh makan. Sambil borak panjang ketika open house tu, sambil boleh kudap-kudap hehe !

BUAT KUIH RAYA PALING SENANG CORNFLAKES MADU KAT KAMPUNG


dah tak boleh sabar, pepagi buta dah nk buat kuih !

Kisah BUAT KUIH RAYA PALING SENANG CORNFLAKES MADU KAT KAMPUNG biasalah bebudak ni , ni memang favorite depa CRONFLAKES MADU ni. Mummy tak buat banyak pun, buat separuh kotak Corn Flakes je. Sebab nak bagi bebudak ni makan sampai habis je. Tak payah tinggalkan kat rumah kampung. Kat kampung tu dah menggunung kuih raya hehe. Sian Usu tu kang !

CARA BUAT KUIH RAYA PALING SENANG CORNFLAKES MADU 



Cara BUAT KUIH RAYA PALING SENANG CORNFLAKES MADU ini senang je. Bahan yang di perlukan :-

Paper cup (beli besar, senang nak letak)
Madu
Cornflakes
Butter
Gula


CARA BUAT KUIH RAYA PALING SENANG CORNFLAKES MADU 



Cara buat nya senang je, panas kan separuh butter dan 2 sudu gula. Kacau hingga cair sedikit dan cecepta masukkan madu . Oleh kerana mummy tak pakai oven. Gula kena banyak suapaya cornflakes madu tu akan kekal ranggup !

Ini antara R&D yang mummy buat sendiri setiap tahun, macam mana nak bagi ranggup tahan lama hehe.

Masukkan cornflakes dan ratakan. Setelah rata terus masukkan cornflakes madu dalam paper cup !


Taburkan gula ke, sprinkles ke apa-apalah atas tu. Kebetulan masa pi beli barang ni kat AEON Taiping. Tak ada sprinkles warna warni. Semua habis ! Ada hat biru je ni.



Oklah amek je lah, since paper cup dah merah, tabur warna biru pun hokey dah !


Tada.....senang je kan ! Tak pelu oven pun boleh siap !

Almond Crunchy Nuts Resepi Biskut Raya Mudah

Almond Crunchy Nuts Resepi Biskut Raya Mudah | Ada yang panggil Almond Crunchy Nuts, Caramel Almond Crunchy, Biskut Florentine.. Walaupun ianya ada banyak nama. Yang penting, biskut raya ini ada almond dan antara biskut raya yang mudah buat bagi mummy.

Beberapa hari lepas, mummy dah buat biskut raya Almond Crunchy Nuts Resepi Biskut Raya Mudah. Tak perlu gentel, tak perlu adun, tak perlu nak mixer sana sini bahannya. Ha...macam terasa nak buat Almond Crunchy Nuts Resepi Biskut Raya Mudah ?

Almond Crunchy Nuts Resepi Biskut Raya Mudah

Almond Crunchy Nuts Resepi Biskut Raya Mudah


Kalau rasa nak mudah buat, jom mummy tunjukkan cara buat Almond Crunchy Nuts Resepi Biskut Raya Mudah


Bahan - Bahan Almond Crunchy Nuts - Resepi Biskut Raya Mudah


Almond Crunchy Nuts Resepi Biskut Raya Mudah

Nak pakai bahan yang banyak atau sedikit pun boleh, ikut suka  ni mummy gunakan 5 bahan je. Kalau entri raya tahun lepas ( baca di SINI ) mummy gunakan tepung Florentina dan kertas Parchment Paper untuk buat Almond Crunchy Nuts Resepi Biskut Raya Mudah

Tahun ini, mummy gunakan tepung Bienetta bagi menggantikan Tepung Florentina. Rasanya tak ada beza sangat. Kenapa mummy tukar tepung? Ha..sebab tepung ni je available. Jadi, amaek mana yang ada stok je. Mummy pun rushing nak buat Almond Crunchy Nuts Resepi Biskut Raya Mudah. Kalau boleh, nak siapkan 2 jenis kuih raya sebelum bersalin. Alhamdulillah siap dah 2 jenis kuih raya tu :)


Bahan-bahan Almond Crunchy Nuts Resepi Biskut Raya Mudah

600gm Tepung Bienetta
1 paket Almond
1 paket bijan
1 paket kuaci kecil
1 pakej biji kuaci labu (hijau)

Cara Buat Almond Crunchy Nuts Resepi Biskut Raya Mudah



Almond Crunchy Nuts Resepi Biskut Raya Mudah

Cara buat Almond Crunchy Nuts Resepi Biskut Raya Mudah sangat la mudah. Campurkan semua bahan tadi dalam bekas yang besar, apabila rata. Terus masukkan dalam dulang pembakar. Bijan pula, taburkan di atas bahan tadi. Boleh juga pakai bijan hitam atau putih. Mummy pilih putih sebab hanya bijan ni sahaja ada .

Bakar pada api tas bawah 180 darjah celcius selama 15 minit atau keperangan.

Siap ! 

Mudah, tak?

BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH

BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH | Resipi kedua biskut raya yang mummy nak share untuk entri kali ini. Resipi Biskut raya dan Vanila dari Chef Nabilah. Apa yang paling penting dalam menyediakan makanan, adalah menjaga kebersihan. Tangan haruslah di bersihkan dengan sebersih-bersihnya dengan 7 langkah yang betul bersama pencuci tangan dettol ! Korang selalu basuh tangan berapa langkah? Hehe langkah-langkah tu akan mummy kongsikan nanti di entri lain ye !

CARA BUAT BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH


BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH

CARA BUAT BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH


Berbalik kepada resipi yang Chef Anis Nabilah amanahkan pada mummy untuk war-warkan pada pembaca www.azlindaalin.com. Mummy akan kongsikan resipi lengkap untuk BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH. Insyaallah, kalau buat BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH mesti jadi ! Mummy dah cuba pun.

TIPS BUAT BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH


Mummy agak beruntung kali ini sebab dapat in person dengan Chef terkenal lagi cantik. Iaitu Anis Nabilah. Banyak tips baut kuih raya yang beliau kongsikan. Semua tips ini tak pernah ada dalam buku resipi masakan. Jadi, korang yang baca pun beruntung juga sebab dapat beberapa tips ini !




Melalui video di atas, antara tips buat BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH ialah :-
1. Jika tak mahu gunakan Ros kering, boleh gunakan bahan lain seperti earl grey dan lain-lain. Boleh cari di bahagian teh bukan bahagian baking.
2. Pastikan hancurkan hingga halus bunga ros kering tadi.
3. Tak digalakkan mentega keluar awal dari peti sejuk, kerana bila di gaulkan dengan gula akan jadi berminyak. Mentega atau butter jangan terlalu sejuk sangat atau sangat lembut / terlalu lama pada suhu bilik. 
4. Kalau nampak berminyak, doh boleh simpan dalam peti sejuk sekejap.
5. Esen vanila jangan terlalu banyak nanti biskut jadi pahit. Esen ros juga pakai sedikit sahaja. Kalau terbanyak, akan terlalu wangi macam bau perfume.
6. Untuk biskut ini, gula kastor menjadi pilihan. Bukan gula kasar. Sebab tak mahu biskut terlalu rapuh. 
7. Tepung jagung pula untuk berikan rasa biskut licin dan tak keras kejung.


RESIPI BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH

CARA BUAT BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH

Biskut
2gm teh kelopak binga ros keting (di hancurkan)
250gm mentega
1 sudu besar esen vanila
200gm gula kastor
300gm tepung gandum
70gm tepung jagung

CARA BUAT BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH

Aising
150gm coklat putih
1 sudu kecil minyak kelapa
1 titik esen ros
50gm esen ros merah jambu

CARA BUAT BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH

CARA BUAT BISKUT RAYA ROS DAN VANILA DARI CHEF ANIS NABILAH

1. Panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius
2. Pukulkan mentega bersama esen vanila dan gula kastor sehingga kembang
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung bersama.
4. Masukkan campuran tepung, sedikit demi sedikit ke dalam campuran mentega dan gaul sehingga sebati. Tambahkan kelopak bunga ros kering dan gaulkan.
5. Bentukkan doh mengikut saiz kesukaan dan letakkan atas loyang pembakar.
6. Bakar sehingga 20-25 minit atau sehingga namapak kekuningan. Sejukkan biskut
7. Dalam masa yang sama cairkan coklat putih (double boil) dengan minyak kelapa. Apabila separuh coklat dah cair, matikan api dan gaul sehingga semua coklat cair.
8. Masukkan esen ros dan pewarna merah jambu. Kacau hungga rtaa.
9. Celupkan atas biskut dengan coklat dan hiaskan dengan kelopak bunga ros kering.
10. Sejukkan biskut hingga coklat keras dan boleh di hidangkan









RESIPI BISKUT RAYA CHEF ANIS NABILAH BISKUT CIP COKLAT PUTIH DAN KRANBERI

RESIPI BISKUT RAYA CHEF ANIS NABILAH BISKUT CIP COKLAT PUTIH DAN KRANBERI | Orang lain sibuk dengan resipi buka puasa dan bersahur. Mummy pula, sibuk kongsi RESIPI BISKUT RAYA CHEF ANIS NABILAH BISKUT CIP COKLAT PUTIH DAN KRANBERI. Awal ke kongsi resepi biskut raya? Rasanya tak terlalu awal kot, kan ! Mana tau ada pembaca mummy nak buat kuih raya yang mudah dan manatau juga kot-kot ada yang nak meniaga kuih raya kan.

RESIPI BISKUT RAYA CHEF ANIS NABILAH BISKUT CIP COKLAT PUTIH DAN KRANBERI

RESIPI BISKUT RAYA CHEF ANIS NABILAH BISKUT CIP COKLAT PUTIH DAN KRANBERI 


RESIPI BISKUT RAYA CHEF ANIS NABILAH BISKUT CIP COKLAT PUTIH DAN KRANBERI

Alhamdulillah, mummy dapat in person dengan Chef Anis Nabilah untuk sessi buat biskut raya pada tahun ini. Program ini, di anjurkan oleh Dettol dan juga Air Wick. Memang best dapat jumpa Chef yang cantik dan comel ni. Dah la cantik..pandai masak pulak tu. Pakej ! Okaylah..Mummy tak nak kedekut ilmu yang ada di dada ni. Entri kali ini, mummy kongsikan terus RESIPI BISKUT RAYA CHEF ANIS NABILAH BISKUT CIP COKLAT PUTIH DAN KRANBERI 

BAHAN-BAHAN RESIPI BISKUT RAYA CHEF ANIS NABILAH BISKUT CIP COKLAT PUTIH DAN KRANBERI 


RESIPI BISKUT RAYA CHEF ANIS NABILAH BISKUT CIP COKLAT PUTIH DAN KRANBERI

350gm tepung gandum
180gm unsalted butter
1 telur gred b (kenapa gred B? Sebab kurang putihnya)
100gm gula pasir
160 gm gula perang
1 sudu besar esen vanila
1/2 sudu kecil garam halus (kalau pakai salted butter tak perlu letak garam)
1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu soda bikarbonat
150gm cip coklat putih
120gm kranberi (boleh tukar kismis, cip coklat, dan lain-lain)
1 sudi besar esen vanilla

CARA BUAT BISKUT RAYA CHEF ANIS NABILAH BISKUT CIP COKLAT PUTIH DAN KRANBERI 


RESIPI BISKUT RAYA CHEF ANIS NABILAH BISKUT CIP COKLAT PUTIH DAN KRANBERI

1. Panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius

2. Ayakkan tepung (atau gaul untuk anginkan sahaja), soda bikarbonat, garam dan serbuk kayu manis ke dalam mangkuk (bahan kering)

3. Putarkan mentega dengan gula perang, gula pasir dan esen vanilla hingga kembang.

4. Tambahkan telur dan putar sehingga sebati

5. Masukkan campuran no. 2 tadi sedikit demi sedikit hingga sebati.

6. Tambahkan cip coklat dan kranberi kering ke dalam adunan. Gaul hingga rata.

7. Boleh sejukkan adunan dalam peti jika nampak adunan sedikit berminyak atau cair.

8. Jika semuanya okay, bentukkan adunan sedikit bulat atas loyang dan atas kertas minyak. Pastikan jarang antara satu biskut.

9. Bakar sehingga ia perang dalam 20-25 minit.

10. Sejukkan atas rak penyejuk sebelum masukkan ke dalam bekas.

Mudahkan buat RESIPI BISKUT RAYA CHEF ANIS NABILAH BISKUT CIP COKLAT PUTIH DAN KRANBERI ? 

Selamat mencuba ye kawan-kawan. Jangan lupa pos sebekas kat mummy ye..hehehe. 


Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu di Bakar

Salam Syawal, masih berbaki beberapa hari je, Syawal. Mula lah semua berkejaran membuat rumah terbuka dan juga tetamu yang akan hadir. Ada kuih raya lagi ke tu? Mummy dah tinggal sedikit je kuih raya. Nak habis dah...sempat kan diri juga lah buat 1 kuih raya. Kuih raya yang mudah dan cepat je mummy akan buat. Buat stok ada-ada je orang kata. Tak perlu mixer, tak perlu pakai oven. Mudah sangat.


Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu Mixer dan di Bakar.


Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu di Bakar

Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu di Bakar



BAHAN-BAHAN Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu Mixer dan di Bakar:


2 cawan gula pasir
1/4 cawan serbuk koko (atau 4 sudu besar)
1/2 cawan susu full krim
1/2 cawan butter / margerin
1 sudu kecil vanilla esen
Sedikit Garam
1/4 cawan peanut butter (4 sudu besar)
1/4 cawan Nutella (4 sudu besar)
3 cawan oat


CARA MASAK Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu di Bakar


1. Gunakan api slow. Panas dan masak gula, koko, susu dan margerin / butter bersama-sama. 

2. Masak dalam masa 1 minit 

3. Angkat dan alihkan. 

4. Kacaukan dengan esen vanilla, garam dan peanut butter, nutella dan oat.


Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu di Bakar

5. Kacau rata hingga sebati.

Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu di Bakar

6. Letakkan sesudu doh tadi atas kertas di biarkan sejuk. Boleh bentukkan ikut kreativiti sendiri, samada nak bulatkan ke, nak terapkan bentuk LOVE ke..



Resepi Mudah Cookies Nutella Tak Perlu di Bakar

 7. Simpan dalam peti sejuk. Boleh juga nak keluarkan dari bekas kertas atau pun tak keluarkan pun tak apa. Dah sejuk dan boleh makan terus.

Sedap tau rasa macam makan coklat. Selamat mencuba