Showing posts with label lipstick. Show all posts
Showing posts with label lipstick. Show all posts

LIPBALM MENTHOLATUM WATER COLOR SUPER ME WARNA CANTIK !

Mentholatum Water Color Super Me Charming Red pilihan  mummy. Water Colour Lip Balm terbaharu ini memudahkan solekan simple mummy dan juga memudahkan untuk mummy touch up bibir ketika di luar rumah atau di tempat kerja.

LIPBALM MENTHOLATUM WATER COLOR SUPER ME WARNA CANTIK !


Selain itu, tidak seperti gincu yang boleh mengeringkan, Water Color Lip Balm mengekalkan bibir anda lembap bagi memastikan anda selesa dalam sebarang iklim atau rupa bumi yang anda terokai.

Bagi wanita merentas kumpulan umur, Water Color Lip Balm merupakan tambahan yang menjanjikan kepada rejim kecantikan mereka. Ia menjamin kilauan semula jadi, melengkapkan penampilan seharian sambil mengekalkan daya tarikan.


LIPBALM MENTHOLATUM WATER COLOR SUPER ME WARNA CANTIK !

LIPBALM MENTHOLATUM WATER COLOR SUPER ME WARNA CANTIK !

Mentholatum Water Color Super Me Charming Red


Mummy suka dengan Mentholatum Water Color Super Me Charming Red warna bold cantik seakan memakai lipstik  sangat sesuai untuk rutin solekan simple.

Water Colour Lip Balm memperkenalkan spektrum warna baharu yang popular dan menakjubkan dengan setiap satunya direka bentuk untuk mencipta pernyataan gaya yang berbeza untuk pemakai solek bibir yang pelbagai

Kelebihan Mentholatum Water Color 


Antara kelebihan Mentholatum Water Color adalah :-

1. Lip Balm Semua Dalam Satu
Water Colour Lip Balm menawarkan pelembapan dan warna terang untuk rutin solekan yang lebih mudah. Dengan warna semula jadi yang terang, tekstur selembut sutera, dan penyerapan 10 ekstrak tumbuhan, Water Colour Lip Balm dipuji oleh pakar kecantikan sebagai pengubah permainan solekan. Produk semua-dalam-satu ini adalah semua yang anda perlukan untuk pelembab yang tahan lama sambil memberikan anda hasil berwarna
terang yang anda inginkan.

Lip Balm untuk yang Berfesyen Maju
Water Colour Lip Balm adalah serba boleh untuk setiap majlis dengan pelbagai warna. Sama ada anda berdandan untuk aktiviti harian, hari bekerja, parti atau makan malam, acara kasual atau sesi senaman, Water Colour Lip Balm dengan mudah menyerlahkan pakaian anda. Ia
seolah-olah anda memiliki kameleon fesyen yang sentiasa ada di hujung jari anda untuk mempercantikkan penampilan anda.

Mulakan Perjalanan Bergaya Tanpa Bibir Kering!
Biarkan Water Colour Lip Balm menjadi gaya dan keselesaan ketika anda dalam perjalanan. Walaupun gincu biasanya menawarkan warna dan liputan yang pekat, Water Colour Lip Balm sepadan dengan intensiti serta membolehkan anda menikmati bibir yang bertenaga dan
berani ke mana sahaja perjalanan anda membawa anda.

LIPBALM MENTHOLATUM WATER COLOR SUPER ME WARNA CANTIK !



3 Varian Mentholatum Water Color 


Water Colour Lip Balm ini didatangkan dalam tiga varian:

Super Me (warna merah yang menawan): 
Memberikan penampilan yang lebih berani, warna ini sangat sesuai untuk acara-acara yang memerlukan kesan dramatik.

Pamper Me (warna karang manis): 
Melambangkan rupa klasik, ia memberikan sentuhan keanggunan halus kepada setiap gaya.

Fancy Me (warna merah jambu yang manis): 
Pilihan penampilan yang manis dan comel, rona ini menjanjikan tenaga yang menyeronokkan dan bertenaga.

LIPBALM MENTHOLATUM WATER COLOR SUPER ME WARNA CANTIK !

Senang ada Metholatum Water Color ini, memang sekarang ni..bawa Metholatum Water Color sahajalah dalam hand bag mummy . Memang minimaliskan hand bag mummy . Tak perlu bawa lipstick dan lip balm secara berasingan 

Jom korang dapatkan Water Colour Lip Balm Mentholatum hari ini di semua farmasi dan pasar raya besar terkemuka pada harga RM19.90

Untuk maklumat lanjut dan promosi Mentholatum Water Color Lip Balm, boleh layari terus ke Mentholatum LipCare Facebook

4 BATANG LIPSTIK MAYBELLINE SUPER STAY MATTE INK TELAH MUMMY BORONG !

4 BATANG LIPSTIK MAYBELLINE SUPER STAY MATTE INK TELAH MUMMY BORONG ! - Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Banyak betul mummy borong lipstick sekarang. Bila dah kerja banyak jumpa orang, mulalah tetiba rajin nak make up haha. Kalau dulu kerja terperap dalam ofis. Lipstick memang jarang-jaranglah beli. Kadang-kadang tak pakai pun pi kerja hehe.Pakai lipstik time jalan, meeting tu je lah. Cerita bab lipstik ni, mummy sekarang suka yang matte dan yang tahan lama. Sebabnya, lipstick yang tak 100% matte tu bila mummy jumpa client, makan, minum mulalah adakala warna lipstik jadi berterabur. Terkeluar kadang-kadang dari bibir haha.Mummy ada banyak matte lipstik, yang sebelum ini beli dari jenama MAC, Mary Kay (tak sempat tulis lagi dalam blog) dan paling latest ni ha 4 BATANG LIPSTIK MAYBELLINE SUPER STAY MATTE INK TELAH MUMMY BORONG !

4 BATANG LIPSTIK MAYBELLINE SUPER STAY MATTE INK TELAH MUMMY BORONG !

Terjebak dengan color terbaharu dari Maybelline super nude ! Nak ikutkan mummy tak suka warna nude, nampak pucat dan tak berseri haha. Muka dah la tiada seri, tambah pulak warna tak de seri..seriauuu nak pakai. Tapi, sis cuba kali ini, cuba warna terbaharu dari super nude . sampai 4 BATANG LIPSTIK MAYBELLINE SUPER STAY MATTE INK TELAH MUMMY BORONG !


Amazonian kod 70 betul cantik. Banyak kedai SOLD OUT warna ni. Terutama masa 50% off last month. Ikutkan cerita sebenar, kitorang pi Mitsui Speang, while daddy bawa kids naik train. Mummy gatal pulak masuk Watsons. So, shopping beberapa items dalam tu dan tetiba rasa nak window shopping lipstik. Tengok-tengok ada 50% offer untuk matte Maybelline ni. Harga dalam RM18 je. Murah gilerrrr. Mummy apa lagi, beli kod driver dan seductress. Warna lain banyak habis. Nama pun, sales kan...


Pakai dari pagi sampalah ke Zohor, dah makan, minum dan tak top up lipstik pun . Mummy jenis memang malas pakai lipstik banyak kali. Lepas makan ke apa ke, lantaklah lipstik tu kat bibir nak jadi apa pun hahaha.

Tapi, dengan Mabelline super stay memang nampak cantik aje warna lipstik ni...



Beberapa hari lepas tu, daddy bagi voucher AEON agak banyak jugak lah hahaha. Separuh beli barang kids, daddy, rumah. Separuh lagi,,kita shopping lip matte lagi hahaha.

Warna yang mummy beli adalah kod 135,70, 30 (untuk emak) dan yang hujung tu FREE sebab ada promo kat AEON beli RM60 ke atas dapat free.

Walau tak ada sales, tapi warna 70 ini agak femes. Banyak tempat SOLD OUT. MAka dengan pejam mata kita sambar aje lah !





Gambar yang mummy sebat dari Google hahaha. Credit to all yang empunya ! Banyak giler warna nude yang Maybelline keluarkan kali ini. Tetiba mummy rasa macam nak buat koleksi untuk ke semua color yang ada hahahaha.

Uih, setan ni jahat ! Jangan pengaruhi mummy ! Tak nak membazir, ok. Tunggu semua 4 warna ni habis sadaqallahuazim baru kita beli top up , k!

Korang dah pernah terjebak ke beli lip matte macam mummy? Berapa batang koleksi lip matte korang tu hehehe...