4 BATANG LIPSTIK MAYBELLINE SUPER STAY MATTE INK TELAH MUMMY BORONG !

4 BATANG LIPSTIK MAYBELLINE SUPER STAY MATTE INK TELAH MUMMY BORONG ! - Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Banyak betul mummy borong ...

4 BATANG LIPSTIK MAYBELLINE SUPER STAY MATTE INK TELAH MUMMY BORONG ! - Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Banyak betul mummy borong lipstick sekarang. Bila dah kerja banyak jumpa orang, mulalah tetiba rajin nak make up haha. Kalau dulu kerja terperap dalam ofis. Lipstick memang jarang-jaranglah beli. Kadang-kadang tak pakai pun pi kerja hehe.Pakai lipstik time jalan, meeting tu je lah. Cerita bab lipstik ni, mummy sekarang suka yang matte dan yang tahan lama. Sebabnya, lipstick yang tak 100% matte tu bila mummy jumpa client, makan, minum mulalah adakala warna lipstik jadi berterabur. Terkeluar kadang-kadang dari bibir haha.Mummy ada banyak matte lipstik, yang sebelum ini beli dari jenama MAC, Mary Kay (tak sempat tulis lagi dalam blog) dan paling latest ni ha 4 BATANG LIPSTIK MAYBELLINE SUPER STAY MATTE INK TELAH MUMMY BORONG !

4 BATANG LIPSTIK MAYBELLINE SUPER STAY MATTE INK TELAH MUMMY BORONG !

Terjebak dengan color terbaharu dari Maybelline super nude ! Nak ikutkan mummy tak suka warna nude, nampak pucat dan tak berseri haha. Muka dah la tiada seri, tambah pulak warna tak de seri..seriauuu nak pakai. Tapi, sis cuba kali ini, cuba warna terbaharu dari super nude . sampai 4 BATANG LIPSTIK MAYBELLINE SUPER STAY MATTE INK TELAH MUMMY BORONG !


Amazonian kod 70 betul cantik. Banyak kedai SOLD OUT warna ni. Terutama masa 50% off last month. Ikutkan cerita sebenar, kitorang pi Mitsui Speang, while daddy bawa kids naik train. Mummy gatal pulak masuk Watsons. So, shopping beberapa items dalam tu dan tetiba rasa nak window shopping lipstik. Tengok-tengok ada 50% offer untuk matte Maybelline ni. Harga dalam RM18 je. Murah gilerrrr. Mummy apa lagi, beli kod driver dan seductress. Warna lain banyak habis. Nama pun, sales kan...


Pakai dari pagi sampalah ke Zohor, dah makan, minum dan tak top up lipstik pun . Mummy jenis memang malas pakai lipstik banyak kali. Lepas makan ke apa ke, lantaklah lipstik tu kat bibir nak jadi apa pun hahaha.

Tapi, dengan Mabelline super stay memang nampak cantik aje warna lipstik ni...



Beberapa hari lepas tu, daddy bagi voucher AEON agak banyak jugak lah hahaha. Separuh beli barang kids, daddy, rumah. Separuh lagi,,kita shopping lip matte lagi hahaha.

Warna yang mummy beli adalah kod 135,70, 30 (untuk emak) dan yang hujung tu FREE sebab ada promo kat AEON beli RM60 ke atas dapat free.

Walau tak ada sales, tapi warna 70 ini agak femes. Banyak tempat SOLD OUT. MAka dengan pejam mata kita sambar aje lah !





Gambar yang mummy sebat dari Google hahaha. Credit to all yang empunya ! Banyak giler warna nude yang Maybelline keluarkan kali ini. Tetiba mummy rasa macam nak buat koleksi untuk ke semua color yang ada hahahaha.

Uih, setan ni jahat ! Jangan pengaruhi mummy ! Tak nak membazir, ok. Tunggu semua 4 warna ni habis sadaqallahuazim baru kita beli top up , k!

Korang dah pernah terjebak ke beli lip matte macam mummy? Berapa batang koleksi lip matte korang tu hehehe...


Baca Ini Juga


8 comments

  1. Cantik warna lipstik nie semua Linda. Kak Sue pun memang jarang pakai lipstik tapi cantik pula yang Linda beli nie..

    ReplyDelete
  2. Super Stay Matte Ink Maybelline ni memang favourite saya. Kekal kat bibir tak ada melekat ke apa

    ReplyDelete
  3. Lawa lah lipstick kak pakai sesuai sgt dengan akak.

    ReplyDelete
  4. color nude ni kalo tgk kt gmbr nmpk cantik..tp bila pki kena tgk keadaan ..kdg2 jd pucat..nanti nk try tgk la yg linda update ni

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Wrmbth Sis Azlinda Alin. Jemput sertai giveaway dengan 17 Hadiah Wang Tunai bernilai RM1000

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang) - 1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang) - 2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang) - 14 x RM50

    Tarikh tutup 29 Feb 2020. Klik sini untuk sertai giveaway ini.

    ReplyDelete
  6. waalaikumussalam. terus rasa teringin nak pi rembat lipstik maybelline tu kat watsons yg berdekatan. hahahaa

    ReplyDelete
  7. menarik !
    murah.
    kaler nyer tu memang kaler aida.
    berbaloi la alin beli byk. murah. ohsem.

    ReplyDelete
  8. warna2 red terracotta cantik !! x pernah cuba matte dari maybelline..
    nanti tengok2 macam mana.. habiskan yang dok ada dlu sbb last year mcm apa je keje beli lipticks.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -