MENARIK BALIK SEMENTARA PRODUK RIBENA KORDIAL. Anak-anak mummyLinda memang penggemar ribena. Agak terkejut sedikit bila terbaca kenyataan ribena. Apabila Ribena membuat penarikan balik terhadap air kordial keluaran ribena mereka.
Lepas baca kenyataan tu, cepat-cepat mummyLinda ke dapur untuk check tarikh expired ribena anak-anak. Alhamdulillah, batch ribena kt rumah ni tak tergolong seperti yang di nyatakan.
RIBENA MENARIK BALIK SEMENTARA PRODUK RIBENA KORDIAL
Batch yang terlibat ialah :
RIBENA KORDIAL BLACKCURRANT - EXPIRED DATE MAY HINGGA OGOS 2018
RIBENA KORDIAL BLACKCURRANT & GLUKOSA - EXPIRED DATE MAY HINGGA OGOS 2018
RIBENA KORDIAL BLACKCURRANT & STRAWBERI - EXPIRED DATE FEBRUARI HINGGA MAC 2018
RIBENA KORDIAL BLACKCURRANT & BLUEBERRY - EXPIRED DATE FEBRUARI HINGGA MAC 2018
RIBENA KORDIAL BLACKCURRANT & EPAL - EXPIRED DATE APRIL HINGGA MAY 2018
Pihak ribena mengatakan ada ralat dalam pemprosesan air kordialnya. Agak pelik juga ayatnya yang mengatakan ada ralat . Ada apa-apa yang termasuk dalam tu ke macamana ? Huhu
Seriau dengar, kan?
Moga tak ada apa-apa yang merbahaya. Dan..semoga kita semua minum dan makanan yang selamat dan sentiasa sihat.
Aamiin.