Berbuka Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort


Berbuka Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort

Ramadhan ke 4, kami berbuka puasa di Bangi Golf Resort bersama keluarga tercinta. Entri kali ini, memang nak kurangkan bergambar dengan makanan. Nak fokus makan katanya. Lagi pun, gambar makanan untuk menu buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort. Saya pernah terbitkan di entri http://www.azlindaalin.com/2015/05/menu-berbuka-puasa-buffet-ramadhan-2015.html



Bersempena dengan hari bapa, kita bawa bapa sekali makan buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort ini. Tidak ketinggalan abang dan mak juga.


Setelah selesai makan dan perut kenyang, kita berjalan-jalan mencari kawan-kawan untuk bergambar. Dan, akhirnya berjumpa pula dengan Wak Doyok. Wak Doyok dan rakan-rakan pun berbuka di Bangi Golf Resort. Apa lagi, kasi bergambar beberapa keping. Mana yang muat dalam kamera ni, kita kasi masuk je untuk bergambar sekali. 

Eh, lupa nak ucapkan Selamat Hari Daddy. Terima kasih atas kasih sayangmu untuk kami anak-beranak. Daddy ada bagitahu nak pizza lepas berbuka di Bangi Golf Club. Tapi, bila sudah habis makan. Tanya nak pergi makan pizza ke tak untuk sambutan Hari Bapa. Terus daddy kata, perut dah full. Legaaaaaaaaa....hehehe tu lah, sebelum berbuka semua rasa nak makan,kan?


Meja kami F11 yang bernama Noradlinda. Waaaah...sudah ada nama baru lah. Bukan takat kawan-kawan typo nama di Whatsapps dan Telegram. Tapi, di sini juga typo juga ada. Tak mengapalah.

Dhia paling seronok dapat makan, dapat main dengan kawan-kawan. Makan spaghetti sampai berlengas-lengas. Tempat makan di Bangi Golf Resort pun selesa dan luas. 


Oh kita selfie sekejap dengan si bambam - tembam lagi pipi si Zahra, kalah pipi Dzal Aidi rupanya. Dah la pulak tu , sama-sama pandang kamera dan sama-sama tak pandang kamera. Ada kimia ke,ni? hehehe

Zahra pakai baju biru, Dzal Aidi pulak pakai baju makan merah jambu. 
Ok lah tu,kan!


Sebelum balik, bergambar dengan rakan blogger, www.irrayyan.com


Dan, tak lupa juga bergambar dengan senior blogger yang sudah 11 tahun dalam dunia blog www.redmummy.com. Masih maintain peramah, tak sombong, kurus pun kurus. Haishhh, bikin jeles ni. Bila dah jumpa kak red ni, memang tak boleh berhenti cerita. Sian kak red nak makan bihun tu, terganggu ye. 

Sejujurnya, memang puas hati makan buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort. Sampai tak terambil gambar menu makanan langsung. Kushuk menikmati makanan dan hidangan yang sedap dan macam-macam ada. Nak makan makanan barat, kampung, mee, yong tau foo, pencuci mulut, aiskrim, ABC, roti John..semua ada 


Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan:

No Telefon: + (603) 8925 3728  atau  + (603) 8210 0265

Alamat: No.1 Persiaran Bandar, Bandar Bary Bangi, 43650, Selangor, Malaysia

Koordinat GPS: 2.95716N, 101.76518E





Waktu operasi: 6.30 pagi - 9.30 malam (setiap hari)


4 comments on "Berbuka Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort"
  1. meriah, BGR memang best...maybe book last2 ramadan insyaAllah kalau jadi

    ReplyDelete
  2. amboii best nye..tak sabar lak tgu ari khamis ni hihih

    ReplyDelete
  3. bestnya.. xtau bila nak pi.. x plan lagi.. heee

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com