Beraya di Taiping, Perak

16:53



Adil suamiku, dah beraya sebelah isteri. Balik pula ke kampungnya - Kamunting, Perak. Memang begitu setiap tahun. Berjalan ke sana sini menziarah keluarga sendiri dan keluarga mertua. Sebab tu, kami perlukan cuti raya yang agak lama. Untunglah en suami yang dapat cuti tanpa rekod beberapa hari. Isterinya? Kasik habis itu cuti tahun sahaja ! hehehe. Agak-agak boleh.. tak boleh nanti. Kita kasi je jual resume ! haaaaa!! Gitew terus kan! 


Raya kedua tengah malam kami sampai dah di Kamunting dari Batu Pahat Johor. Jadi, raya ketiga petang tu terus zaaas beraya ke rumah kawan en suami. Tahun ni, tak macam tahun lepas. Pulun beraya satu Taiping beraya bersama-sama kawan-kawan encik suami. Tahun ini, sempat beraya sebuah rumah ni. Hafizah ni, kawan baik suami dari sekolah rendah. Sampai sekarang mereka rapat. Tengoklah tu bila berjumpa dan bercerita, sampai sudah tak habis. hehehe isterinya pun sama lah 2x5 bila jumpa geng pun. Kan!


Adegan bapa-bapa menjaga anak-anak. Di kala isteri-isteri sedang sibuk. hehehe Sibuk la sangat ye!


Ada satu malam tu, kami makan steamboat. Ipar-iparku yang rajin. Memang sedap steamboat! Terbaik!



Mummy Dhia Dzal,keje buat air je. Memang rajin nau buat air. Sebab mummy jenis cepat dahaga. Dalam masa yang sama, memang nak minum air yang banyak. Jadi,kene lah rajin buat air. Nak susukan dua orang budak ini, air kene cukup. Dan, memang cepat dahaga sangat. Takat 3 liter tu, sap sap sui je telan!! Tak de lah telan 3 liter terus kan. Separuh hari tu dapatlah habiskan 3 liter air.


Sakan tau pepagi, budak dua orang ni kalau mummy cuti. Kul 12 tengah hari baru nak bangun. Dah pulak tu, mummy ilang je, dok cari. Mummy pun kejap-kejap kene baring susukan. Kejap-kejap nak gi dapur gak buat apa yang patut. ini cuti raya tau,nak!! Bukan cuti weekend di rumah macam biasa (eh!! terbocor rahsia pulak hehehe).


Lepas semua ipar duai habis main karom ni. Dak 2 orang memang tak lepaskan peluang nak main sama. Silalah main anak-anak...sila. kasi sel-sel otang berhubung sedikit ;) Sambil pakai baju raya yang Tok Mak Tok Abah belikan. Mummy suka warna pilihannya. Cantik!


Masa untuk bersiap-siap gi jalan-jalan. Berjalan ke mana? jeng.....jeng....jeng....


Berjalan-jalan ke Jusco Taiping. Makan besar bersama- sama adik beradik encik suami. Gini lah aktiviti kami setiap kali berkumpul beraya. Habiskan masa yang berkualiti bersama-sama.


Sempat juga bergambar dengan anak Illy cover Huggies Ultra size M - www.illyariffin.com


Balik rumah, sambung lagi main tembak menembak dengan anak, anak sedara. Macam-macam mainan ada bila berkumpul ini. Dhia pun teruja nak pegang pistol tu. Oi!! mummy yang takut tau. Nerf tu!! Kene tembak, bukannya tak sakit!





Aktiviti petang-petang kita riadah di Taman Tasik Taiping


Dhia dan sepupunya - Farhan seronok main sesama. Geng tu...kemana-mana nak bersama-sama je. Tengok youtube pun sama-sama gak.


Malaysian Parenting Blogger | Malaysian Lifestyle Blogger | Malaysian Beauty Blogger | Food | Travel



You Might Also Like

3 comments

  1. Yang main karom tu hebat betul, smpai naok atas papan karom tu hehehe

    ReplyDelete
  2. saya suka pergi dekat blog akak....sebab suka tengok anak sulung.....hahahaaaa

    ReplyDelete
  3. wow! best nyer hari raya ni ialah reunion dgn adik beradik, kan?
    terbaik!

    ReplyDelete

Sudi-sudikan lah komen ya.. Nanti boleh saya blog walking kembali :) Terima kasih banyak-banyak. LOVE, Lynda

Google+ Followers

Google+ Badge

Followers

babab