Elizad dan Amar Baharin Dalam Si Kolot Suamiku

Mummy dah terjebak dengan cerita drama bersiri lagi di ASTRO, Elizad dan Amar Baharin dalam SI KOLOT SUAMIKU. Drama bersiri, "Si Kolot Suamiku" berkisahkan percintaan yang sangat kelakar. Disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam - 11 malam di ASTRO RIA (104) dan ASTRO RIA HD (123). Mummy sekeluarga memang suka menonton drama yang kelakar di hari malam selepas penat bekerja. Terapi stress kekononnya. Kalau tak sempat tonton, mummy akan tengok ulangan. Haaaa....siap rakam guna dekoder PVR tau ! Bebila free atau tak ada apa nak buat nanti, boleh tonton balik juga.


Elizad dan Amar Baharin Dalam Si Kolot Suamiku 


Elizad dan Amar Baharin Dalam Si Kolot Suamiku


SINOPSIS DRAMA SI KOLOT SUAMIKU


Sinopsis drama Si Kolot Suamiku, mengisahkan tentang Tengku Nur Edrina (Elizad) seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Angkuh dan bangga diri membawa hidupnya jauh dari nilai murni seorang wanita Melayu. Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak.


Kudin (Amar Baharin) pula seorang lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya.

Mereka dipertemukan apabila Tengku Ahmad Ehsan (Faizal Hussin)  mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dan wasiat dapat diselesaikan tanpa ada hutang piutang yang tidak dilunaskan sebelum dia menutup mata.

Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Sekarang mereka telah pun berkahwin. Dalam perkahwinan mereka yang tiada sifat kasih sayang dan perasaan cinta itu, banyak menghuru harakan keadaan. Ha...memnag best. Nak tahu selanjutnya, kene tengok tau !! Tak best lah kalau mummy cerita kesemuanya.


Barisan Pelakon Drama Si Kolot Suamiku 


Pelakon Amar Baharin, Siti Elizad Sharifuddin, Faizal Hussein, Kuza, Atikah Suhaime, Dania Azmi, Vicha Saywho, Waris, Epy Kodiang. 

Terbitan MiG Production Sdn Bhd dan arahan Eyra Rahman.



9 comments on "Elizad dan Amar Baharin Dalam Si Kolot Suamiku "
  1. Macam menarik! aina minat dgn si elizad ni..=)
    Suka tengok dia bawak watak Kyra & berganding dengan Ungku Ismail dalam Teman Lelaki Upahan.

    ReplyDelete
  2. nieyl dah terjebak da pun mummy..
    dari episode 1 lagi...adoi...tergelak² tgk drama nie..

    ReplyDelete
  3. adaptasi novel gak ke cerita ni?

    ReplyDelete
  4. Hamboii, Si kolot suamiku pula.. hahaha macam2...

    ReplyDelete
  5. High five! I pon terjebak. Dua-dua perangai sengal dalam cerita ni.

    ReplyDelete
  6. salam..
    yaya singgh lawat sini..

    ReplyDelete
  7. Ramai yang share pasal cerita ini tapi tulah xde astro kat rumah...

    ReplyDelete
  8. Best sgt2 drama ni. Boleh buat kita ketawa sorang2. Gandingan Elizad & Amar memang sgt menjadi.

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com