Ayat ke9 Surah Yaasin Bagi Memagar Diri, Keluarga dan Harta Benda

Ayat ke9 Surah Yaasin Bagi Memagar Diri, Keluarga dan Harta Benda | Baru-baru ini terbaca di timeline Facebook. Facebook siapa? Maaf terlepas pandang pula. Kisahnya, beliau telah share 1 artikel berkenaan Ayat ke-9 Surah Yaasin. Di mana mummy tertarik perkongsiannya tentang ayat ini boleh di guna pakai untuk memagar diri, keluarga dan harta benda.

Ayat ke9 Surah Yaasin Bagi Memagar Diri, Keluarga dan Harta Benda


Sebenarnya, ada pelbagai dan macam-macam kegunaan ayat Al-Quran. Buka sekadar Ayat 9 dari Surah Yaasin. Tapi, mummy share dulu kelebihan Ayat ke-9 Surah Yaasin yang boleh di amalkan bagi memagar diri, keluarga dan harta benda.


Terjemahan Surah Yaasin Ayat ke-9


Ayat ke9 Surah Yaasin Bagi Memagar Diri, Keluarga dan Harta Benda


(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) Sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai. (7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

Jika tak silap mummy arwah atok (masa bekerja sebagai seorang Polis zaman komunis) pernah gunkan ayat ini. Masa itu komunis sangat mengganas masuk ke setiap balai Polis. Arwah atok ada amalkan sepotong ayat ini. Pihak komunis memang tak nampak atok dalam balai Polis langsung. Dan, atok terselamat dalam ancaman komunis di balainya.

Alfatihah untuk arwah atok Ali bin Sayan. Moga atok tenang di sana. Masih ingat lagi, ketika arwah atok nazak. Atok siap beritahu jam berapa dia nak pergi. Dia beritahu ada orang sedang menunggu dia waktu tu. Bab ni paling mummy SEBAK. 

Arwah atok sebenranya ada banyak yang dia nak kongsikan bersama mummy. Tapi, tak sempat kongsi..atok dah pergi dulu.

Okay, berablik pada kisah cara memagar diri, keluarga dan harta.


CARA Guna Ayat ke9 Surah Yaasin Bagi Memagar Diri, Keluarga dan Harta Benda



Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. 

Baca surah Al-Fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. 

Jumlahnya 4 kali. 

Akhir sekali baca kombinasi surah ini, sambil membaca dengan mendinding keseluruhan rumah.

Selamat beramal ! Moga perkongsian mummy kali ini, dapat memberikan manfaat buat pembaca blog mummy. InsyaAllah.




8 comments on "Ayat ke9 Surah Yaasin Bagi Memagar Diri, Keluarga dan Harta Benda"
  1. Ana selalu baca setiap kali nk keluar rumah. Doa semoga di jauhkan dr mata2 jahat org yg niat nak buat kejahatan.

    ReplyDelete
  2. bagus perkongsian ni.. kami selalu baca doa keluar rumah dan doa yg lain je.. tq ye linda

    ReplyDelete
  3. perkongsian yang bagus, perlu perlindungan di mana- mana..

    ReplyDelete
  4. nice share kak..bgus sbgat pendinding kluarga jugak

    ReplyDelete
  5. terima kasih kak alin.. in shaa Allah.. atie akan rajin amalkan..

    ReplyDelete
  6. terima kasih kak...
    kongsi ilmu...

    ReplyDelete
  7. perkongsian yang bagus sue selalu baca semua je..baru tahu ayat ni...tq

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com