BUAH VIRAL CEMPEDAK GORENG

BUAH VIRAL CEMPEDAK GORENG - Lepas musim durian, cempedak pulak datang hehehe. Buah cempedak ni repeated dari rentetan buah cempedak pak p...

BUAH VIRAL CEMPEDAK GORENG - Lepas musim durian, cempedak pulak datang hehehe. Buah cempedak ni repeated dari rentetan buah cempedak pak pak mertua bagi baru ni. Firstly, makan cempedak masa Pak mertua ada datang jumpa kami kat rumah tok mak budak ni. Kebetulan pak mertua nak amek kunci rumah kami yang kat Kajang.

Pak mertua bawa 2 biji cempedak masa tu, terus abah goreng pepanas jamu besannya yang datang. Rezeki makan bersama.

BUAH VIRAL CEMPEDAK GORENG




Kali kedua ni, nampak macam sedap pekena durian malam tempoh hari. Kebetulan balik kerja Sabtu tu, nampak banyak cempedak di jual di tepi jalan. Udahnya, singgah dan beli jugaklah CEMPEDAK untuk di buat goreng petang nanti. Lagipun, mak tu memang hantu cempedak.

Mummy beli sebijik je. Ni pun dah RM20, terkejut badak mak dengar hehehe. Tak pelah mak, budi mak tu lebih dari rege sebiji cempedak.




Harga cempedak ni RM6/kg. Okaylah not bad, nak PERCUMA pun boleh. Tanamlah sendiri hahaha. Okay...Cempedak yang di jual di Kg Melayu Subang ni semua elok-elok. 

Mummy amek yang agak besar. Isi dalamnya agak penuh dan padat. Cuma buah tak besar isinya, ni cempedak kampung, bukan cempedak kahwin !

CEMPEDAK GORENG



Tadaaaa..cempedak goreng in the house. Goreng by my mom and dad. Heaven anak bertuah ni, semua mak pak yang gorengkan ! Korang jangan jeles ! hahaha.

Gambar ni, dah di upload di Instagram dan Facebook mummy. Tak sempat nak buat entri je. Sebab baby Daim demam, selsema. Fokus pada beliau dulu. Walau hakikatnya, gambar ni semua dah di draft dalam blog. 


Cempedak ni, walau mahal, biji pun boleh makan sekali. Abah mummy rebuskan ni ! Sedap dan ssangat layan sambil tengok tv hahaha.


You Might Also Like

11 comments

  1. pagi td breakfast buah cempedak jugak hahaha biji dia taknak makan kang angin :"p

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Linda.. anak bongsu Kak Sue si Adik tu dah minta nak beli yang siap goreng hari tu. Nanti lah ada rezeki beli yang mentah balik goreng sendiri.. puas makan kan..

    ReplyDelete
  3. Feberet nie cempedak goreng..terliur tengok hihi..

    ReplyDelete
  4. fav juga cempedak...ada dpt tp blum tgk lg isinya..ingt nk goreng juga nanti

    ReplyDelete
  5. lepas satu, satu rezeki Allah bagi kat kita buah tu la buah ni la.. syukurnya Ya Allah nikmat Mu :)

    ReplyDelete
  6. Lepas durian, cempedak pula menjadi viral.. Wargh!! Jeles.. Sana sini orang update pasal cempedak.. Kalau Sha pun, bijinya Sha rebus dan kudap depan tv.. kikiki..

    ReplyDelete
  7. makan dah semalam cempedak..buah dia tu rebus.sedap ..krup krup je

    ReplyDelete
  8. sedapnya...aritu beli 5biji rm2..huhu..kalau buat sndiri baru puas mkn

    ReplyDelete
  9. betul beli cempedak ni tak rugi..sampai ke biji, boleh makan..rega sebiji cempedak mmg terkojut tapi kalau dah nak, beli jugak la...

    ReplyDelete
  10. dulu nk mkn cempedak senang je.. skrg cempedak goreng harga RM1 seketul.. nak tak nak goreng sendiri lagi jimat..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Nanti saya blogwalking kembali ye :) - Linda -