6 RESEPI PES MUDAH MASAK PES IKAN BAKAR, PES SAMBAL TUMIS, PES GULAI IKAN, PES NASI GORENG, KUAH BLACK PEPPER, ASAM PEDAS

6 RESEPI PES MUDAH MASAK PES IKAN BAKAR, PES SAMBAL TUMIS, PES GULAI IKAN, PES NASI GORENG, KUAH BLACK PEPPER, PES ASAM PEDAS - Balik kerja dah penat, nak masak lagi, nak siapkan anak-anak lagi. Huhu terus rasa stress nak masak. Dengan bahan tak siap potong, blender. Boleh meroyan silap haribulan ! Eh..jap..jap jangan meroyan dulu. Nah 6 RESEPI PES MUDAH MASAK PES IKAN BAKAR, PES SAMBAL TUMIS, PES GULAI IKAN, PES NASI GORENG, KUAH BLACK PEPPER, asam pedas. Pes ni sekali buat je, simpan dalam peti ais beku. Bila nak masak nanti tinggal tumiskan je !


6 RESEPI PES MUDAH MASAK PES IKAN BAKAR, PES SAMBAL TUMIS, PES GULAI IKAN, PES NASI GORENG, KUAH BLACK PEPPER


Jom tengok kita 6 RESEPI PES MUDAH MASAK PES IKAN BAKAR, PES SAMBAL TUMIS, PES GULAI IKAN, PES NASI GORENG, KUAH BLACK PEPPER

PES IKAN BAKAR

1. Blend cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, serai yang dihiris nipis, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus.

2. Panaskan kuali dan tumis bahan blendar dgn sedikit minyak.

3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.

4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.

PES SAMBAL TUMIS

1. Blend cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan.

2. Tumis dalam minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.

3. Masukkan garam/perisa. Tutup api.

PES GULAI IKAN

1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.

2. Masukkan bahan kisar iaitu rempah kari ikan, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan sedikit cili kering.

3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api.

(Semasa gunakan pes cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun atau lain-lain)


KUAH BLACK PEPPER

1. Rebus bawang besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk, blend sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.

2. Panaskan kuali dan dengan sedikit butter.

3. Masukkan kentang dan bawang yang dikisar.

4. Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap

5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam

6. Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah

7. Masak hingga pekat dan naik bau.

(Boleh dimakan bersama kentang dan juga ayam goreng)


PES NASI GORENG IKAN BILIS

1.Blend ikan bilis yang dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi.

2. Tumis semua bahan sehingga naik minyak.

3. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat/kering. Tutup api.

(Semasa menggoreng nasi boleh tambah fish ball, udang, sotong, isi ayam, sayur dan lain-lain).


PES ASAM PEDAS TUMIS

1. Blend cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, sebiji tomato dibuang biji dan sedikit belacan. 

2. Tumis dlm minyak panas. 

3.Masukkan serai yang diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.

4. Masukkan garam/perisa.

(Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.)


SELAMAT MENCUBA.



Kredit : FB Page De Rossza Homemade 
6 comments on "6 RESEPI PES MUDAH MASAK PES IKAN BAKAR, PES SAMBAL TUMIS, PES GULAI IKAN, PES NASI GORENG, KUAH BLACK PEPPER, ASAM PEDAS"
  1. ada yang sama macam pes yang ana selalu guna tu kak. selalu ana buat utk 2-3 kali masak.

    ReplyDelete
  2. Wah, perkongsian menarik buat Zumal rasa nak masak je

    ReplyDelete
  3. Mudah bila dah ada pes ini.. Mempercepatkan masa memasak..

    ReplyDelete
  4. Good sharing mummy.. Membantu sgt utk mak2 yg bekerja ni...

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com