CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR, SABUN BADAN BARU UNTUK ANAK-ANAK !

CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR, SABUN BADAN BARU UNTUK ANAK-ANAK ! Anak-anak paling suka saat-saat ketika di dalam bilik mandi. Sama macam mummy depa gak lah hehehe. Me time gituuuu. Tapi, bebudak ni suka lelama dalam bilik air ni, bersebab! Sebab ada CARRIE JUNIOR yang wangi. CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR, SABUN BADAN BARU UNTUK ANAK-ANAK ! 





CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR, SABUN BADAN BARU UNTUK ANAK-ANAK


CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR, SABUN BADAN BARU UNTUK ANAK-ANAK ! Masa mandi anak-anak ni, lebih daripada sekadar rutin. 

Ia adalah masa yang tepat dan berharga untuk mengeratkan hubungan. Ia merupakan rutin harian yang boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak melalui belaian kasih sayang yang lebih dari ibu bapa dan penjaga. Mandi dapat membantu si manja untuk berehat dan setiap sentuhan fizikal memberikan mereka keyakinan terhadap kasih sayang dari ibu bapa.


CARRIE JUNIOR- sebuah jenama yang dipercayai dalam kelengkapan mandian kanak-kanak memperkenalkan keseronokan masa mandi dengan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar. 



Produk CARRIE JUNIOR Bubbly Bar baharu ini memberikan sebuah pengalaman baru yang lebih menyeronokkan di dalam bilik mandi. Sabun buku mandian baharu dengan hiasan imej 3D CARRIE yang timbul dipermukaan sabun hadir dalam 3 warna terang dan menarik iaitu merah jambu, hijau dan biru sesuai dengan setiap variannya.


CARRIE JUNIOR Bubbly Bar ini merupakan sabun Gliserin, menjadikannya lebih lembut pada kulit daripada kebanyakan sabun. Gliserin berasal dari minyak tumbuhan semulajadi menjadikan sabun ini mempunyai bacaan pH lebih rendah berbanding sabun lain. Ia membersihkan sambil memberikan lapisan perlindungan kelembapan, agar kulit kekal lembap. Gliserin yang terkandung di dalam CARRIE JUNIOR Bubbly Bath juga bertindak sebagai humektan, memberikan kelembapan pada kulit agar terhidrasi sepanjang masa. Humektan tidak menjadikan kulit berminyak sebaliknya menjadikan kulit lebih lembut. 

CARRIE JUNIOR Bubbly Bar diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit, sangat lembut dan tidak mengasari permukaan kulit; apabila digunakan bersama air, ia mempunyai kesan yang menenangkan dan juga melembutkan kulit. 

Pastikan kulit anak anda sentiasa terhidrasi, ia dapat melembapkan kulit sehingga beberapa jam selepas mandi. Pengunaan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar yang berterusan menjadikan kulit lembut dan gebu. Menyental dengan sabun ketika mandi juga merupakan terapi yang dapat melegakan tubuh badan.

CARRIE JUNIOR Bubbly Bar hadir dalam 3 aroma buah-buahan paling menarik dan laris daripada rangkaian mandian CARRIE iaitu Groovy Grapeberry, Cheeky Cherry dan Double Milk menjadikan kulit sentiasa segar dan bersih. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar dirumus khas dengan kandungan istimewa Carrie Junior, Fruito-E yang merupakan gabungan semulajadi ekstrak buah-buahan. Fruito-E diperkaya dengan vitamin dan nutrient untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.


Kini kanak-kanak boleh menikmati lebih keseronokan di dalam bilik mandi kerana CARRIE JUNIOR Bubbly Bar turut hadir dengan mainan rahsia di dalam setiap kotak. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya, pasar besar di seluruh negara; sabun buku seberat 100gm ini berharga RM4.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM4.20 (di Sabah Sarawak) setiap satu.
5 comments on "CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR, SABUN BADAN BARU UNTUK ANAK-ANAK !"
  1. bgus tahu carrie junior buat sabun buku macam ni..jimat penggunaan dia.. kalau yg cecair tu cpt jer habis kna pam kat budak2..hehe

    ReplyDelete
  2. seronok anak2 mandi dengan sabun Carrie Junior kan..Opick pun suka...bau pun wangi sangat

    ReplyDelete
  3. Best betul bau dia.. anak anak sha pun suka..

    ReplyDelete
  4. Sabun ni wangi sangat! pasti anak-anak suka guna dan rasa ceria masa mandi setiap hari

    ReplyDelete
  5. sedap bau carry ni kan dulu suka bau cherry blossom

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com