PERCUTIAN BANDUNG DAY 3 : BANDUNG EXCLUSIVE TEXTILE & TAILOR

PERCUTIAN BANDUNG DAY 3 : BANDUNG EXCLUSIVE TEXTILE & TAILOR. Hari ketiga tempat ke-5 (sebab tempat ke 4 kitorang singgah Indomaret lagi hahaha tapau air mineral dan jajan bebudak ni). Konon-konon lepas balik dari Floating Market Lembang nak terus balik hotel. Sekali masa nak balik hotel tu... cakap kat suami ,"nama je kedai kain dalam hotel. Kita ni, jenguk pun tidak. Apa kata kita tengok-tengok cuci mata?". Daddy pun bagi green light dan okay. Tapi daddy naik bilik kejap hantar barang-barang. 


PERCUTIAN BANDUNG DAY 3 : BANDUNG EXCLUSIVE TEXTILE & TAILOR.



PERCUTIAN BANDUNG DAY 3 : BANDUNG EXCLUSIVE TEXTILE & TAILOR. Jenjalan kedai kain dalam hotel kami je dalam FaveHotel Premier Cihampelas. Kebetulan mereka tutup 12 tengah malam. Dalam bangunan lak tu, hujan pun tak de hal ! Uihhh, memang sakanlah lepak dalam kedai kain ni jawabnya !

Tengok punya tengok... kain, mak aii ada lace murah lah ! Ada yang semeter dalam Rp20,000 (RM6). Bolehlah beli buat dress Dhia, beli untuk adik mummy (dia nak murr murr je sesaja buat baju sedondon dgn anak-anaknya) dan daddy pun beli kan sekali untuk adik beradik perempuan dia juga. 


Murah sebab kosong tak ada bead (manik) atau batu. Plain lace...ada diskaun. Harga asal lace ini, sebenarnya Rp50,000. Memang betul, masa pi New Chand Moda pun..lace gini harga dalam Rp50,000 - 70,000 (RM20-30) semeter !


Oleh kerana kat rumah mummy ada kain kosong warna kuning, biru dan oren. Nampaknya, mummy nak beli sekali lah lace haha. Sedondon Dhia nanti !

Adik mummy nak merah menyala, nak lace je. Sebab kami gitau satin (lining) sini mahal sket. Tapi sebenarnya lining dia lembut, cantik dan sejuk. Tak dapat harga kat Malaysia hat ni.

Tapi adik mummy beritahu, tahun ni tahun trend batik + lace. So, tak nak lining plain. Dia nak pakai kain lace dengan batik. 

So, cantiklah. Belanja lace sahaja lah ! Jimat duit daddy hahaha


Busy wasap call adik-beradik perempuan daddy. Tanya color apa nak..baik nau kan. Call sengsorang tanya color lace ! 

Daddy ada 1 kakak dan 3 adik perempuan (semua dah kahwin ye). 

Adik daddy yang bongsu tak nak kain lace, sebab kain lace dah banyak. Dia nak batik sahaja. 

Yang lagi 2 orang tu dapat kain lace sekali dengan anak perempuan depa, untung sapa dapat kain lace hahaha !



Abaikan muka kepenatan, tudung senget benget dah haa. Sehari berjalan ko! Mana tak senget hahaha.

Lace belakang tu cecantik juga. Semeter Rp 220,000 dalam RM60. Tapi lace mahal mummy dah shopping kat New Chand Moda 1st day Bandung. Siap tempah dah pun. So, buat apa bebanyak lace memahal kan. Bukan nak pakai mana sangat pun !


Geram lace lawa....sok Dhia kawen..mummy nak beli lace cecantik lah. Nak melawa sket masa tu haha. 


Kedai kain kat Bandung ni memana pergi, mesti depa hidangkan makanan dan air. Tu pasal, boleh duduk lama lepak sini anak beranak haha. 

Kat Malaysia? jangan harap layanan gini. Haus? Beli air kat luar kedai je lah !

Ada yang beritahu mummy. Alaaaaa, air tu dah kira dalam harga kain. Kainnya tu bukan murah-murah pun. Mahal juga kain kat Bandung !



Ko cari please lace lembut harga RM6, 

pastu cari lace jenama HUGO BOSS RM60 semeter. Ops !!!!!! kan dah terberitahu jenama lace ai yang mahal tu...hehehe


Settle shopping lace untuk mummy, Dhia, adik mummy dan adik beradik perempuan daddy !

Kain kosong pulak, untuk daddy dan anak lelaki daddy tahun depan beli siap je !


MURAH KE MAHAL BANDUNG EXCLUSIVE TEXILE & TAILOR?


Oleh kerana ada 2 kedai kain di Bandung je kami pi. So far,  Bandung Exclusive Textile & Tailor ini pilhan banyak berbanding Chand Moda. Segala mak nenek lace, silk, opal, batik, sulam, semua ada. Dari segi harga, Bandung Exclusive Textile & Tailor ada semua jenis lace. Yang murah ada, yang mahal pun ada. 

Pasar baru? Jangan tanya sebab kitorang tak pi. 

Korang nak cuci mata kain-kain Bandung Exclusive Textile & Tailor ini, korang boleh tengok di SocMed depa :-


📍 Jl. Cihampelas no 125-129 Bandung, Jawa Barat, Indonesia.
📞 Office : (022) 2032087 / 2032078





7 comments on "PERCUTIAN BANDUNG DAY 3 : BANDUNG EXCLUSIVE TEXTILE & TAILOR"
  1. syoknya shopping kain..alang² murah baik beli.

    ReplyDelete
  2. Baguslah perkhidmatan diorang.. kita yang membeli nie pun seronok.. tak kisahlah dia dah masukkan sekali harga air tu dalam harga kain.. Yang penting layanan tu.. Itu yang buat orang suka untuk datang kembali kan sis..

    ReplyDelete
  3. Tahun lepas ju ke Bandung, pun sama borong lace. Kat sana lace cantik2 kan linda rambang mata tgk hehe...cantiknya kain lace korang berdondon dengan anak ni syok!

    ReplyDelete
  4. bestnya semua tempat yg linda pergi.. nanti share full itinery tau

    ReplyDelete
  5. Seronoknya Linda dapat shoping sakan, sesekali apa salahnya kan. Harga pun patut sangat..

    ReplyDelete
  6. rambang mata kalau masuk sini..k.fiezz ni dah la suka lace2 ni..kalau kat Malaysia, mmg tak dapat la rega mur mur..kalau mur pun, lace jenis keras..gatal pakai..hehe..

    ReplyDelete
  7. Kalau akak memang dah rambang mata dah ni..menakutkan singgah kedai kain kat bandung ni...confirm berpasang2 beli nanti..

    ReplyDelete

Welcome back , guys !

Thank you for connecting with me. Your comments are much appreciated :)

For any enquiries, please do not hesitate to contact me at nurazlindaazman@gmail.com