Showing posts with label Lee Chong Wei. Show all posts
Showing posts with label Lee Chong Wei. Show all posts

19 TAHUN SEBAGAI JAGUH BADMINTON NEGARA, KINI DATO LEE CHONG WEI BERSARA !

19 TAHUN SEBAGAI JAGUH BADMINTON NEGARA, KINI DATO LEE CHONG WEI BERSARA ! - Semalam, mummy dapat tahu berita tentang Datuk Wira Lee Chong Wei (LCW) nak bersara. Sedih juga dengar, dan bila Datuk Wira Lee Chong Wei (LCW) turut sedih semasa PC semalam. Makin bertambah sedih lagi ! Biasalah mummy ni, cepat tersentuh sket !

19 TAHUN SEBAGAI JAGUH BADMINTON NEGARA, KINI DATO LEE CHONG WEI BERSARA !




19 TAHUN SEBAGAI JAGUH BADMINTON NEGARA, KINI DATO LEE CHONG WEI BERSARA ! Dalam radio pagi tadi (suria.fm) pihak penyampai radio temubual seorang demi seorang jaguh badminton negara kita untuk bertanyakan pendapat tentang persaraan Dato Lee Chong Wei ini.

Rata-rata memberitahu, Dato Lee Chong Wei tak berapa sihat, tak boleh komit latihan lagi, dan juga nak tumpukan perhatian pada keluarga.

Mummy yakin, Dato Lee Chong Wei juga sudah memikirkan masak-masak tentang persaraannya. Dato Lee Chong Wei juga bukannya akan tinggalkan dunia suka Badminton 100%.

Mungkin ada yang tahu dan tak tahu tentang Dato LCW.

Bagi yang belum tahu...

Beliau bukan sahaja pemain badminton negara kita. Malah beliau adalah ahli perniagaan yang berjaya... mempunyai akademi badmintonnya sendiri iaitu Lee Chong Wei Badminton Academy di Ipoh Perak. 

Alhamdulillah, mummy pernah di berikan peluang untuk menginap di Master Badminton Club (MBC Klebang Ipoh Perak) yang di punyai oleh Dato Lee Chong Wei.

MBC ini adalah tempat penginapan untuk program latihan badminton yang di jalankan oleh Lee Chong Wei Badminton Academy. Latihan / kursu yang di jalankan kebiasaanya akan di buka satu dunia. Bukan limit kepada rakyat Malaysia sahaja !

Hostel Akedemi Badminton Dato Lee Chong Wei bukan sebarangan hostel ye. Biliknya menngikut tempat tinggal standard antarabangsa. Sangat selesa !




Maaf mummy tak tepek sini ye gambar-gambar lengkap hostel dan bilik-bilik yang ada dalam hostel akademi Dato Lee Chong Wei. Kehadiran kami ke sini bukan untuk di review atau di benarkan buat review. Kena faham, mungkin ada privacy tempat seperti ini !

BLUEBLUE PLAYLAND IPOH PERAK OWNED BY DATO LEE CHONG WEI





Tempat permainan dan trampoline BLUE BLUE PLAYLAND ini juga merupakan perniagaan Dato Lee Chong Wei. Boleh baca di : http://www.azlindaalin.com/2018/08/cuti-sekolah-bawa-anak-ke-blueblue-playland-ipoh-perak.html

Berbalik kepada kisah persaraan Dato LCW, ada baiknya kita hormati keputusan beliau. 

Dato bukan sahaja wira dalam bidang sukan badminton. Malah seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya. Salute dengan beliau !

All the best Dato LCW !