Showing posts with label kasut. Show all posts
Showing posts with label kasut. Show all posts

Bila Suami Shopping Kasut Timberland Kat Mitsui Outlet

Bila Suami Shopping Kasut Timberland Kat Mitsui Outlet - Cuti Thaipusam baru ni, tetiba dah petang daddy soh semua siap cecepat nak pi shopping barang beliau katanya. Bila kalut amcam tu, mummy terus jadi lipas kudung dan tak tanya banyak pun. Kemas rumah sket, siapkan diri dan anak-anak. Masa ni, kepala ting tong sebab demam, batuk dan selsema. Ubat batuk dan selesema tu memang kasik mummy wenggg sekejap. Kepala dok ingat bantal aje.

Bantal ke shopping lagi best ? Tentulah shopping kan...walau hakikatnya tak ada nak shopping apa pun. Teman kan daddy tu haaa.

Bila Suami Shopping Kasut Timberland Kat Mitsui Outlet



Bila Suami Shopping Kasut Timberland Kat Mitsui Outlet

Dalam kereta, mummy sempat tidur-tidur ayam, memang kepala pusing habis sebab ubat. Dalam hati dah terdetik, mesti daddy nak ke Mitsui Outlet hahaha. Sekali...tengok yeayy tekaan betul sekali. Macam boleh baca pulak isi hati daddy tu haaa..


Bila Suami Shopping Kasut Timberland Kat Mitsui Outlet, hrm...katanya nak pi cari kasut. Jenuh wei..6 kedai dok keluar masuk, masuk balik keluar balik kedai yang sama. Kalah orang pempuan..

Daddy memang cerewet ala OCD sket, tapi tak ada penyakit OCD ye ! Bebas dari penyakit insyaallah !


Bila Suami Shopping Kasut Timberland Kat Mitsui Outlet

Dari tingkat bawah ke tingkat atas dan turun balik bawah. Kalau tak beli atau masih tak berkenan lagi..tak tahu nak cakap apa.

Daddy cakap design kasut sport untuk jalan-jalan sekarang banyak design pelik-pelik. Ada yang jenis susah nak pakai pun ada.

Bila daddy tanya, mana lagi okay? Oleh kerana daddy dah pernah ada kasut Clarks, Bonia, dan lelain brand.  Ikutkan pilihan mummy, mummy suka daddy pakai Timberland, sebab daddy belum pernah ada brand Timberland lagi. Lagipun Timberland tengah sales kat Mitsui Outlet ! Paling murah.. Harga kasut Timberland kat Mitsui Outlet selepas sales dari RM200 lebih je. 

Diskaunnya lebih dari 50% dari harga asal.


Bila Suami Shopping Kasut Timberland Kat Mitsui Outlet
model malu-malu kucing..miaaaawww

Daddy tanya lagi kasut warna apa lawa. Mummy suggests white color...trend sekarang. Walau hakikatnya macam kasut sekolah je haha. Terpaksalah ikut trend, sebab daddy ni sejenis suka ikut trend juga perangainya. 

Bila Suami Shopping Kasut Timberland Kat Mitsui Outlet
Harga asal kasut ni RM600, lepas diskaun dalam RM300 (dengan polish ke apa ntah daddy beli)

Nak bagi suggestions pun kena ikut trend gak, kalau tak beliau akan tanya lagi. Kenapa suggest ni?

erm..jenuh nak menjawab lagi..laki iols ni memang suka bertanya bebanyak. Sebelum bercakap dengan beliau, memang kena ready mental and mind.

Kalau tak, kena gulai ko nanti hahahah.

8 SEBAB MUMMY MEMILIH KASUT KULIT WEDGES IJMAL

8 SEBAB MUMMY MEMILIH KASUT KULIT WEDGES IJMAL - Assalamualaikum .. Selamat Sejahtera semua ! Tengah buat apa tu, korang? Bercuti lagi ke tu? Mummy dah habis mood cuti-cuti. Sekarang ni, masa untuk mengais pulak ! Hehehe. Cerita pasal bercuti kami sekeluarga ke Bali Indonesia tempoh hari. Mummy plan nak travel dengan kasut kulit Ijmal sebenarnya. Mummy ini, memang suka kasut kulit. Siapa yang tak minat kasut kulit, kan? Mummy bukan suka-suka tersuka dengan kasut kulit. Tapi, kulit kaki mummy ni sangat sensitif. Kalau silap pakai kasut, boleh melecet kaki.

Berbalik kisah nak travel dengan kasut kulit dari jenama Ijmal ke Bali. Hajat tu tak kesampaian. Tapi, tak mengapa sebenarnya...insyaallah ada rezeki lebih kita pi jalan-jalan tempat lain dengan kasut kulit Ijmal ni.

Mesti korang tertanya-tanya, kan? Kenapa mummy nak sangat kasut kulit dari Ijmal? 

8 SEBAB MUMMY MEMILIH KASUT KULIT WEDGES IJMAL


8 SEBAB MUMMY MEMILIH KASUT KULIT WEDGES IJMAL


Kasut Ijmal merupakan kasut kulit di reka khas untuk muslimah. Kesemua kasut kulitnya mempunyai design yang trendy dan selesa untuk di pakai ke pelbagai majlis dan tempat.

8 SEBAB MUMMY MEMILIH KASUT KULIT WEDGES IJMAL. Kalau korang nak tahu kenapa? Jom tengok sebabnya :-

8 SEBAB MUMMY MEMILIH KASUT KULIT WEDGES IJMAL

1. TAK SAKIT KAKI & KAKI TAK MELECET - Mummy dah pakai Kasut kulit Ijmal ni, memang selesa, tak sakit kaki dan juga tak melecet ! Bukan mummy sorang je cakap macam tu, rakan blogger mummy dah pakai kasut kulit Ijmal ni. Beliau pakai ketika beliau ke Korea. Boleh baca entri beliau di SINI . Kata Kak Ieta, kasut kulit Ijmal ni, tak sakit kaki dan tak melecet walau banyak berjalan. Tahu je lah, travel ke Korea tu..bukan dekat-dekat nak pi satu tempat ke satu tempat. 

8 SEBAB MUMMY MEMILIH KASUT KULIT WEDGES IJMAL

2. KASUT KULIT HALAL - kita yang beragama Islam ni, pastinya nak kasut kulit yang HALAL. Dengan membeli kasut kulit Ijmal ni, tak perlu was-was dah. Memang 100% halal

3. 100% COW LEATHER - Ha..yang ni paling mummy suka. Kasut Ijmal ini HALAL sebab ianya diperbuat dari 100% kulit lembu. Bukan kulit campur-campur ye ! Teksturnya, lembut  ya rabbi ! Selesa sangat bila di pakai !

4. TUMIT TINGGI TAPAK LEMBUT - Korang tahu je lah, kan. Mummy ni, bukannya tinggi orangnya. Kalau pilih kasut yang dapat tapak tinggi memang mummy suka sangat. Kebanyakan kasut kulit bertutup di pasaran, tak ada banyak yang tinggi dan bertapak lembut. Tapi, kasut kulit Ijmal ni..semuanya ada. Tapak tinggi dan lembut !

8 SEBAB MUMMY MEMILIH KASUT KULIT WEDGES IJMAL

5. TAPAK WEDGES BOLEH ABSORB HENTAKAN - Kasut kulit Ijmal ni ada kelebihan dan fungsinya tersendiri untuk menyerap hentakan dan elakkan sakit tulang belakang kerana tapak wedges ijmal dibuat dari material getah yang boleh absorb hentakan. 

Diameter tapaknya yang besar mampu elakkan wanita mudah tergelincir dan getah asli elakkan mudah jatuh ditempat licin.


8 SEBAB MUMMY MEMILIH KASUT KULIT WEDGES IJMAL

6. MATERIAL NERI - Kasut kulit Ijmal ini di perbuat dari material Neri. Di mana ianya berfungsi untuk menyerap peluh, elakkan melecet dan tidak panas jika dipakai lama.

7. RATUSAN REVIEW POSITIF DAN TESTIMONI. Kalau korang nak tahu, mummy bukanya nampak kasut kulit dan terus nak je, tau ! Mummy dok tengok-tengok testimoni pengguna juga ! Oleh kerana ada ratusan testimoni positif dari pemakai kasut kulit Ijmal. Semakin membuak-buak jiwa ni, nakkan kasut kulit Ijmal. 

8 SEBAB MUMMY MEMILIH KASUT KULIT WEDGES IJMAL

8. JAMINAN MONEY BACK GUARANTEE - Paling..paling best Ijmal ini ada jaminan MONEY BACK GUARANTEE tau. Mereka akan pulangkan wang 100% jika korang terima kasut yang tidak berkualiti dan rosak dalam masa sebulan. Lama tu..sebulan !


4 JENIS KASUT KULIT KELUARAN IJMAL


Kalau korang nak tahu, Ijmal bukan sahaja keluarkan kasut kulit jenis wedges sahaja. Tapi ada 4 jenis kasut kulit keluaran Ijmal ni. Anataranya ialah :-

IJMAL WEDGES

8 SEBAB MUMMY MEMILIH KASUT KULIT WEDGES IJMAL

IJMAL WEDGES ada 4 pilihan warna iaitu hitam, mustard, dark blue dan seaweed green. Mummy memilih warna mustard untuk IJMAL WEDGES. 

Harga IJMAL WEDGES ialah RM270 RM220

IJMAL PLAIN & IJMAL EMBOSS

8 SEBAB MUMMY MEMILIH KASUT KULIT WEDGES IJMAL

Nak nampak lebih feminin, koang boleh pilih IJMAL Plain atau Emboss. Di mana ianya seusai untuk majlis kasual, jalan-jalan atau ke tempat kerja. 

4 pilihan warna untuk IJMAL PLAIN dan EMBOSS iaitu mustard, black, maroon dan dark chocolate.

Harga :  IJMAL PLAIN : RM200 RM160,  IJMAL EMBOSS RM220 RM170

IJMAL TULIP
8 SEBAB MUMMY MEMILIH KASUT KULIT WEDGES IJMAL

IJMAL TULIP pula, menampakkan gaya kasut kulit elegan. Setanding dengan design tersohor. Di datangkan dengan 4 pilihan warna juga iaitu light brown, red brick, dark brown dan juga black

Harga IJMAL TULIP : RM230 RM190

8 SEBAB MUMMY MEMILIH KASUT KULIT WEDGES IJMAL


Mummy dah gunakan kasut kulit wedges dari Ijmal. Mummy memilih saiz 9 untuk kasut bertutup ni, kasut sandal kebiasaannya mummy boleh fit dengan saiz 8. Alhamdulillah walau pilih kasut Ijmal secara online. Kasut wedges Ijmal tak mengecewakan bila sampai ke tangan mummy.

Serius memang sedap pakai bila berjalan lama. Terutamanya, waktu bershopping. 2 jam pun tak rasa penat macam 2 jam. Hihi.

Kalau korang tercari-cari kasut kulit yang sedap di pakai. Mummy memang highly recommended kasut kulit jenama Ijmal.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari :-
Facebook : Ijmal
Beli online di : www.ijmal.my 


Shopping Kasut Dan Sandal di Hypershoe KIP Mall, Bangi.

Shopping Kasut Dan Sandal di Hypershoe KIP Mall, Bangi. - Kami sekeluarga ada merancang nak pi travel bulan Disember tahun ni. Tapi, seawal bulan Oktober dah jiwa kacau, meronta-ronta nak cari kasut. Haha. Jadinya, hujung minggu baru ini mummy sekeluarga zaaaaas lelaju ke Hypershoe Outlet Grand Opening di cawangan terbarunya KIP Mall, Bangi. 

Kalau korang nak tahu Peniagaan Hypershoe ini ditubuhkan dari tahun 1996. Hypershoe KIP Mall, Bangi adalah cawangan Hypershoe yang ke 32.  


Hypershoe Outlet Grand Opening di Cawangan Terbarunya KIP Mall, Bangi. 








Untung pulak rasanya, dapat datang masa hari pembukaan. Pengunjung yang datang pun semua nampak riak muka gembira. Mana boleh tak happy, ke Hypershoe Outlet Grand Opening di KIP Mall, Bangi. Pada masa pembukaan hari tu, banyak sandal dan kasut di jual pada harga promosi. Bukan tu sahaja, ada juga disediakan popcorn dan belon percuma. 



PILIHAN KASUT DAN SANDAL DI HYPERSHOE


Best sangat ke Shopping Kasut Dan Sandal di Hypershoe KIP Mall, Bangi? Serius, mummy tak tipu korang. Best sangat ke  Hypershoe KIP Mall, Bangi.  Sebab ada banyak pilihan kasut dan sandal. 

Masuk-masuk je ke Hypershoe KIP Mall, Bangi. Mummy terus ke bahagian kasut dan sandal wanita iaitu jenama VETINI 



Mummy aim nak beli kasut bertapak tinggi. Almaklum ler...kita ni rendang ! hahaha.

Nak sandal tapak tinggi, cam ni ke?


Atau kasut bertutup yang ada tapak tinggi macam ni? Uhuii...rambang mata ! 





Tapak tinggi yang ni pun mummy suka juga. Ya Allah, awat banyak sangat sandal yang menjadi pilihan mata !




Vetini juga ada kasut dan sandal wanita jenis flat. Kasut dan sandal Vetini jenis flat pun lawa-lawa juga ! Mummy ni, dah banyak sangat kasut flat. Beli masa mengandung. Tiga kali mengandung dalam 4 pasang kasut jenis flat mummy ada. Kali ini ke Hypershoe KIP Mall, Bangi memang tak pandang sangat kasut flat. Dok, melilau cari kasut bertapak tinggi, je !



MIX POINT 






Mix point pulak, seksyen kasut pilihan bagi lelaki. Jenis-jenis kasut Mix Point ialah kasut untuk ke pejabat, kasut kasual, sandal.


MIX POINT SPORT WOMEN



MIX POINT SPORT WOMEN - Seksyen kasut sukan wanita ! Kasut sukan pun  sebenarnya ada dalam wishlist mummy. Sebab kasut sukan yang sekarang ni, mummy dah bawa untuk berjalan-jalan. Main belasah je mummy ni, kan? Kasut sukan pun belasah bawa jalan-jalan. Hahaha! 

Nak tak nak. Kena cari kasut sukan juga ! Kot-kot nanti terajin nak bersukan. Mana pulak nak rembat kasut,kan?


Cari punya cari, nampak kasut sukan MIX POINT SPORT warna oren ni. Macam lawa la pulak . Kalau beli ini, mesti automatik terus rajin nak bersukan ! 

MIX POINT SPORT MEN



Di Hypershoe juga ada terdapat kasut sukan lelaki yang pelbagai pilihan. Kalau korang nak cari kasut sukan lelaki untuk casual, berlari, berjalan, badminton, futsal . Ha...sini semua da tau ! Tak payah pergi banyak-banyak kedai kasut dah !

Kasut sukan lelaki di sini sangat berkualiti dan murah. 


MP KIDS - KASUT BUDAK




Sandal dan kasut budak-budak pun lawa-lawa di Hypershoe KIP Mall, Bangi. Dak 2 ketul tu, siap dah pilih kasut dorang. Dengan harapan, mummy dan daddy belikan dorang sepasang dua.



Mummy suka kasut MP Kids corak Spiderman untuk Dzal Aidi Fiqry. Boleh sedondon dengan topi Spiderman H&M dia tu.



Dhia Batrisya pulak, manpak kasut ada lambang Hello Kitty. Lawa juga kasut tu !

MP KIDS - KASUT SEKOLAH



Pada ibu bapa yang tercari-cari kasut sekolah. Tak perlu ke kedai lain dah. Di Hypershoe KIP Mall, Bangi pun ada jual MP KIDS - KASUT SEKOLAH



VETINI KASUT ALA BOOT WARNA COKLAT PILIHAN MUMMY DI HYPERSHOE KIP MALL BANGI



Finally, mummy dah dapat apa yang mummy nak ! Yeayyyy ! VETINI kasut ala boot warna coklat menjadi pilihan mummy di Hypershoe KIP Mall Bangi.


Kasut ni menjadi pilihan mummy sebab ada tapak dan tapaknya macam getah. Tak la licin bila berjalan nanti. 


Kebetulan pula, mummy pun tak ada lagi kasut bertutup penuh warna coklat. Lawa tak pilihan mummy ? Lawa kan, kasutnya ! Dah la lawa, murah pulak tu. RM69.90 sahaja di Hypershoe KIP Mall Bangi.

Korang yang nak cari sandal atau kasut, jom cepat-cepat ke Hypershoe ye ! Selanjutnya, tentang Hypershoe boleh layari :-


Hypershoe KIP Mall Bangi : Lot M-02, M-03, M-04, M-05, G-05/2, KIP Mall Bangi, No 1, Jalan Medan Bangi, Off Persiaran Kemajuan, Seksyen 6, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor