Showing posts with label sales. Show all posts
Showing posts with label sales. Show all posts

H&M MURAH, KALAU KE BAHAGIAN DEALS !

H&M MURAH, KALAU KE BAHAGIAN DEALS ! - Mummy sejenis kedekut haha. Kalau pi masuk shopping mall ke H&M ke. Mummy suka pergi ke bahagian DEALS terlebih dahulu. Tengok apa yang murah, berbaloi ke idak membelinya ! Gituuuu. Jimat banyak, kalau pandai pilih dan ke bahagian DEALS ni !

H&M MURAH, KALAU KE BAHAGIAN DEALS !

Kalau waktu rehat mummy ada FREE time, mummy suka ke ENVOLVE Mall juga. Dah alang-alang ke Envolve Mall ni kan. Wajib mummy ke H&M dan ke bahagian DEALS !

STOKIN H&M MURAH !


H&M MURAH, KALAU KE BAHAGIAN DEALS ! - Mummy sejenis kedekut haha. Kalau pi masuk shopping mall ke H&M ke. Mummy suka pergi ke bahagian DEALS terlebih dahulu. Tengok apa yang murah, berbaloi ke idak membelinya ! Gituuuu. Jimat banyak, kalau pandai pilih dan ke bahagian DEALS ni !    H&M MURAH, KALAU KE BAHAGIAN DEALS ! Kalau waktu rehat mummy ada FREE time, mummy suka ke ENVOLVE Mall juga. Dah alang-alang ke Envolve Mall ni kan. Wajib mummy ke H&M dan ke bahagian DEALS !    STOKIN H&M MURAH !

Hasil tangkapan ! 1 set stokin H&M ada 7 pasang berharga RM10 je! Beli 2 set terus untuk mummy satu dan tok mak 1. Tok mak akan menunaikan umrah Ramadhan nanti, pastinya beliau memerlukan stokin yang banyak.

Untuk daddy pulak, beli stokin yang tak sales. Ermmm..daddy tu jenis ikut trend sket ! Sales ke tak sales dia pedulik apa haha.

Tak mahunya beliau nak pakai stokin macam ni, nak yang tebal sket dan pendek atasnya. Bagi nampak kaki atas buku lali bila pakai kasut.

Up to date naaaauu. Geram kekadang tuu.. hehe. Dah macam retis lakiku ni 

ROLLER H&M MURAH


H&M MURAH, KALAU KE BAHAGIAN DEALS ! - Mummy sejenis kedekut haha. Kalau pi masuk shopping mall ke H&M ke. Mummy suka pergi ke bahagian DEALS terlebih dahulu. Tengok apa yang murah, berbaloi ke idak membelinya ! Gituuuu. Jimat banyak, kalau pandai pilih dan ke bahagian DEALS ni !    H&M MURAH, KALAU KE BAHAGIAN DEALS ! Kalau waktu rehat mummy ada FREE time, mummy suka ke ENVOLVE Mall juga. Dah alang-alang ke Envolve Mall ni kan. Wajib mummy ke H&M dan ke bahagian DEALS !    STOKIN H&M MURAH !

Roller untuk buang habuk cara cepat dan mudah, lelagi kalau kat baju tu kan. Dengan sofa ! Harga asal RM7.95. CNY time ni jatuh pada harga RM3 je. Apa lagi?? Beli 2 lah terus hehehe.

Masa mummy up kat IG dn FB, ramai yang tanya..sampai bila offer..huhu bab DEALS ni kan..tak de tarikh pun. Ala-ala 1st come 1 serve gitu. Dan barangya pulak..memang tak banyak. 

H&M ni, kalau tak sales harganya boleh cekik leher juga. Kalau ke H&M ni, selalunya untuk beli barangan anak-anak je lah.

Barangan mummy, entahlah..macam tak berapa nak sesuai cutting. Ada yang seksi, ada yang besar sangat, ada yg ok tapi senteng pulak nampak lurah bawah belakang.

Adoi....pelik nau saiz badan ni, nak kena kuruskan jugaklah nampaknya !



BUKU KARANGKRAF MURAH RM1 SEBUAH DATANG LAGI !

BUKU KARANGKRAF MURAH RM1 SEBUAH DATANG LAGI ! - Assalamualaikum semua. Selamat sejahtera. Shopping apa hari ini, sempena 12.12? Mummy? Biasalah kan bila BUKU KARANGKRAF MURAH RM1 SEBUAH DATANG LAGI ! WAJIB ambil peluang ni ha ! Korang jangan dok fikir lama sangat ye ! Pergi order sekarang. Boleh klik di : SINI dan cari buku 12.12

BUKU KARANGKRAF MURAH RM1 SEBUAH DATANG LAGI !


BUKU KARANGKRAF MURAH RM1 SEBUAH DATANG LAGI !

BUKU KARANGKRAF MURAH RM1 SEBUAH DATANG LAGI ! Korang peminat buku? Nak cari novel serendah RM1? Buku latihan sekolah anak-anak pada harga RM1, nak cari buku masakan pada harga RM1. Ye ! Inilah masanya untuk korang shopping sakan.

Memang berbaloi kalau beli buku Karangkraf time sales gini. Mummy pun, time ginilah ni lah shopping banyak-banyak .

BUKU KARANGKRAF MURAH RM1 SEBUAH DATANG LAGI !

Sebelum membeli, korang boleh baca arahan di atas ! Kesimpulannya, 1 jkali beli hendaklah beli 12 buah buku. Harga buku RM12 dan pos RM12 = RM24.

Korang tahu berapa kali mummy beli? 4 kali beli weiiii ! Hehehe banyak,kan? Tak pe boleh tolak pengecualian cukai nanti !


BUKU KARANGKRAF MURAH RM1 SEBUAH DATANG LAGI !


BUKU KARANGKRAF MURAH RM1 SEBUAH DATANG LAGI !


BUKU KARANGKRAF MURAH RM1 SEBUAH DATANG LAGI !

Ni mummy teaser sket je lah buku-buku yang boleh datangkan idea buat korang. Mummy banyak beli juga untuk standby di jadikan hadiah, untuk diri sendiri dan anak-anak juga !

Nak shopping? Klik >> 
SINI  <<  ye !

MENGGILA BELI BAJU BILA PADINI SALES

MENGGILA BELI BAJU BILA PADINI SALES - Padini buat 4 days sales sampai esok 5 November 2017 di semua cawangan PADINI.  Sempat jugaklah mummy shopping lelaju kat PADINI SHAH ALAM MALL masa waktu rehat hari Jumaat.  

MENGGILA BELI BAJU BILA PADINI SALES - PADINI 4 DAYS SALES


Brand yang sempat mummy grab ialah PDI, PADINI AUTHENTIC je. Lelain tu, tengok gitu-gitu je. Yang penting... tshirt anak-anak, tshirt daddy dan mummy.




Almaklumlah, bukan selalu membeli kan. Bebudak ni pun cepat besar. Baju banyak tak muat dah.

Bagi mummy, berbaloi kalau shopping time macam ni. Sebab murah berganda ! Tshirt anak-anak sehelai RM9, tshirt mummy dan daddy RM13 RM19, track suit untuk riadah bercuti pulak RM39 (harga asal RM59). 

Track suit tu beli 1 helai..balik rumah berebut dengan daddy. Huhu. Masa call daddy. Mummy tanya nak apa-apa tak? Daddy jawab tak ada. Cari barang anak je !

Balik rumah, daddy tanya...mana barang daddy? Hahaha....tu la juai mahai lagi, kan? Nasib la ...mummy ni bukan luris bentul sesangat ! Mummy belikan juga baju daddy. Mestilah kena beli, walau pada awalnya daddy tak nak. Sebab bayar shopping tu semua, pakai duit daddy. Jadi, wajiblah bodek gak, kan? Hehehe

Seluar kerja dan baju kerja pun murah gak. Tapi, mummy tak sempat nak cuci mata dan nak melilau sangat. Kejar masa dan kejarkan nak membayar.

Beratur nak bayar punya lah panjang yakmat. Sambil beratur tu, sempat gak la cuci mata kiri kanan. Mana berkenan tu, sempat gak lah mummy sambung capai lagi. Hahaha.

Tiap kali, nak berjalan jauh..nak bercuti. Tiap kali tu la, kena mencari baju huhu.

Last week, dah memborong tudung yang tak perlu iron sangat. Sesuailah bawa p travel.

Barang-barang lain banyak dah settle. Baragan si Daim masih banyak belum siapkan lagi. 




Barang Baby Sale Lagi - Pureen !!

Barang Baby Sale Lagi - Pureen !! Sebenarnya, warehouse sales gini lah yang mummy tertunggu-tunggu. Sapa tak suka weeh.. sales jualan murah ni,kan? Lelagi jualan murah untuk barangan anak-anak. Mummy terasa nak lompat bintang, kot !


Barang Baby Sale - Pureen


Setiap tahun, mummy tunggu-tunggu Barang Baby Sale - Pureen. Tapi, selalu ada je, halangannya tak dapat pergi. Dan, kali ini Barang Baby Sale - Pureen tak jauh dari ofis mummy. Memang dah terasa suka sangat. Barang Baby Sale - Pureen pun jatuh pada hari cuti Sabtu dan Ahad. Tapi, tak ada rezeki jugalah nampaknya. Sebab..mummy ada hal weekend ni. Bila agaknya nak ada jodoh dengan Barang Baby Sale - Pureen ni, ye?

Biarlah mummy sedih sendirian tak dapat ke Barang Baby Sale - Pureen. Tapi, mummy tetap nak sahre berita gembira pada kawan-kawan mummy. Bagi yang nak cari barang baby murah serendah RM3. Korang pergilah ke Barang Baby Sale - Pureen


Kawan-kawan mummy yang pernah ke sini semuanya kata berbaloi ke Barang Baby Sale - Pureen.

Butiran Barang Baby Sale - Pureen seperti di bawah. Selamat bershopping semua. Ehhh, nak kirim boleh, tak? hehehe


Summit Company (Malaysia) Sdn Bhd
12A, Jalan Perunding U1/17
Glenmarie Industrial Park
40150 Shah Alam Selangot

Tarikh : 22 -23 April 2017

Waktu : 9.30 pagi - 5.30 petang

BUTIK AQID AQILA SPACE U8 MENGADAKAN JUALAN PENGHABISAN STOK 1 HINGGA 31 MAC 2017

BUTIK AQID AQILA SPACE U8 MENGADAKAN JUALAN PENGHABISAN STOK - Bermula dari 1 hingga 31 Mac 2017, butik Aqid Aqila mengadakan jualan besar-besaran clearance sales, kasi licin ! Bukan sedikit potongan diskaunnya, tau ! Sehingga 75%. Banyak,kan diskaunnya?

BUTIK AQID AQILA SPACE U8 MENGADAKAN JUALAN PENGHABISAN STOK  1 HINGGA 31 MAC 2017


BUTIK AQID AQILA SPACE U8 MENGADAKAN JUALAN PENGHABISAN STOK 1 HINGGA 31 MAC 2017

Apa lagi !! Memang mummy mummy tak lepaskan peluang keemasan ini. Berdesup ke Butik Aqid Aqila Space U8 untuk dapatkan baju.

BAJU LACE PRADA MURAH DI BUTIK AQID AQILA SPACE U8 SHAH ALAM


BUTIK AQID AQILA SPACE U8 MENGADAKAN JUALAN PENGHABISAN STOK 1 HINGGA 31 MAC 2017

Mummy sebenarnya, dah lama dok tengok lace Prada ni. Berbatu lip lap lip lap. Kalau kena cahaya lampu pulak... memang perghhhh.

Lagi pun, warna pink ini.. boleh match dengan baju jubah dress Dhia Batrisya yang berwarna pink tu.

BUTIK AQID AQILA SPACE U8 MENGADAKAN JUALAN PENGHABISAN STOK 1 HINGGA 31 MAC 2017

Tak menyabar nak pakai, dan-dan terus sarung bawa pi event Sabtu aritu. Baju macam mummy pakai ini, berharga RM250. Lepas diskaun, jadi RM79 sahaja. Murahhhhh

BUTIK AQID AQILA SPACE U8 MENGADAKAN JUALAN PENGHABISAN STOK 1 HINGGA 31 MAC 2017 

Apa yang best tentang baju ini ialah kainnya jenis memberi, sejuk tak panas walaupun dah siap lining. 

Nak tempah baju berlining sekarang pun, dah lebih harga baju lace Prada yang mummy beli ni. Jimat pulak rasanya....

Antara design baju lain, yang ada di Butik Aqid Aqila Space U8 ialah :-

BUTIK AQID AQILA SPACE U8 MENGADAKAN JUALAN PENGHABISAN STOK 1 HINGGA 31 MAC 2017
Jubah bermanik (jahitan manik hand made) dari RM399, kini hanya RM120.00

Baju Kurung Bermanik corak zig zag ke bawah.

BUTIK AQID AQILA SPACE U8 MENGADAKAN JUALAN PENGHABISAN STOK 1 HINGGA 31 MAC 2017
Jubah satin yang tak melekat di badan, sejuk dan berat ke bawah

Ha,,,,tak mampu mummy nak upload semua gambar. Sebenarnya, ada banyak lagi baju kurung, kurung moden, peplum dan jubah yang menarik di Aqid Aqila ni. 

Kalau nak tahu, kenalah datang sendiri ke Butik Aqid Aqila !

Okey semua, jangan lupa Jualan Penghabisan Stok Gila-gila di Butik Aqid Aqila pada 1 hingga 31 Mac 2017. Diskaun sehingga 75%

STOK TERHAD, SIAPA CEPAT DIA DAPAT 

BUTIK AQID AQILA
B1-19, FIRST FLOOR, SPACE U8, 
BUKIT JELUTONG, 40150 SHAH ALAM SELANGOR
Telefon: 012-3702676

Pakaian di Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya Dari RM19

Pakaian di Padini Concept Store IOI Mall Dari RM19 ! Hanya RM19 ! Ya betul tau...dari RM19 je, tak tipu...buat apa nak menipu huhu. Tshirt mak, bapak, hinggalah ke tshirt anak-anak dari RM19. 

Ada lagi, yang murah kat Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya. Beli 2 helai RM29 juga. Tapi tshirt budak, kene beli sama jantina. Tak boleh beli sehelai untuk anak perempuan dan sehelai untuk anak lelaki.

Mummy ni, biasalah...dapat duit belanja dari daddy. Mesti terus pergi beli baju anak-anak dan baju daddynya.

Memang tabiat dari dulu. Pastu, bila daddy tanya..beli apa duit yang dia bagi? Erm.....terus menggagau nak cerita. Hahahaha.

Allah ...bukan selalu pun shopping. Time sales gini la.. pi shopping dan terjah Padini Concept Store tu ha.


Pakaian di Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya Dari RM19


Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya


Mummy suka pi Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya, hari kerja mudah parking. Banyak pilihan pakaian, sebab Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya ini besar. Ada jual pakaian anak-anak juga.

Sampai bila sale di Padini Concept Store IOI Mall Putrajaya. Bab ni mummy tak tahu...sebab tak ada tulis pun tarikhnya. Cuba lah terjah...manatahu ada rezeki ke kan.

Borong Tuala Batman dan Minion Anak, Bila Sport Direct IOI Mall Putrajaya Sales !

Baru-baru ni jalan-jalan di IOI Putrajaya, misi nak mencari seluar kerja. Sempat ke Sport Direct dalam IOI Mall Putrajaya. Daddy kata sales besar-besaran sekarang ini. Masuk je dalam Sport Direct, bukan mak yang sawan. Anak yang sawan tengok barang-barang dalam Sport Direct ini !

Borong Tuala Anak Character Towel Poncho Infant Batman dan Minions di Sport Direct IOI Mall Putrajaya !


Borong Tuala Anak Character Towel Poncho Infant Batman dan Minions di Sport Direct IOI Mall Putrajaya

Borong Tuala Anak Character Towel Poncho Infant Batman dan Minions di Sport Direct IOI Mall Putrajaya

Tuala Batman Dzal Aidi Fiqry. Entah kenapa ye, anak lelaki ini secara automatik akan minat baju dan barang-barang batman, superman, ultraman dan lain-lain. 

Bukan minta semata-mata, tapi nak terus ! Kadang-kadang tu, baju tu berkali-kali pakai sampai buruk. Pun masih nak pakai lagi. huhu

Tuala batman belum ada lagi, Dzal pun kadang-kadang ada mood tak mahu pergi mandi juga. Jadi, ada baiknya kita belikan tuala kegemarannya. Insyaallah lepas ni, makin rajin lah mandi.

Borong Tuala Anak Character Towel Poncho Infant Batman dan Minions di Sport Direct IOI Mall Putrajaya

Harga Tuala Anak Character Towel Poncho Infant Batman dan Minions 

Boe;h tahan  kan harganya tu? Rupanya daddy dah lama tahu. Tapi, kebetulan dah sales. naka-anak pun dah tak reti diam. Belikan je terus.

Sudahnya, mood nak shopping seluar kerja...Tak ada...


Borong Tuala Batman dan Minion Anak, Bila Sport Direct IOI Mall Putrajaya Sales !

Borong Tuala Batman dan Minion Anak, Bila Sport Direct IOI Mall Putrajaya Sales !


Sport Shoes pun Murah di Sport Direct IOI Mall Putrajaya- Sales !



Borong Tuala Batman dan Minion Anak, Bila Sport Direct IOI Mall Putrajaya Sales !

Kasut sukan pun murah. Nike pun boleh dapat dalam RM149. Mummy minat pula Karrimor. Hrm...kene tahan nafsu. Kene banyak-banyak beristigfar.

Ha..korang yang tengah mencari barangan sukan. Boleh la ke Sportdirect.com sementara tengah sales.


Barangan RM1 di 7 Eleven Sempena Sales Merdeka 2016

Rajin update barangan RM1 di 7 Eleven? Haritu dah update entri Dutch Lady 250ml di SINI. Hahaha..dah kedai 7 Eleven bawah ofis,kan. Haruslah mummy tau kalau ada sales hebat. Lagi-lagi bile 7 Eleven sales barangan berharga RM1. Staff 7 Eleven kata, barangan RM1 di 7 Eleven ini sempena sales Merdeka 2016. Jom tengok barang apa yang 7 Eleven tawarkan pada harga RM1.

Barangan RM1 di 7 Eleven Sempena Sales Merdeka 2016


Barangan RM1 di 7 Eleven Sempena Sales Merdeka 2016

Spritzer Tinge RM1 di 7 Eleven Sempena Sales Merdeka 2016

Barangan RM1 di 7 Eleven Sempena Sales Merdeka 2016

Green Tea 500ml RM1 di 7 Eleven Sempena Sales Merdeka 2016

Barangan RM1 di 7 Eleven Sempena Sales Merdeka 2016

Drinho 205ml RM1 di 7 Eleven Sempena Sales Merdeka 2016

Barangan RM1 di 7 Eleven Sempena Sales Merdeka 2016

Coca cola Tin 250ml RM1 di 7 Eleven Sempena Sales Merdeka 2016

Kali ini, lebih banyak barangan berharga RM1 di 7 Eleven,kan? Stok pun masih banyak lagi.


Limit 3 Dalam Satu Resit Untuk Barangan RM1 di 7 Eleven Sempena Sales Merdeka 2016

Seperti biasa, bila ada sales di 7 Eleven...mesti ada limit. Kalau tak ada limit sian kat orang lain. Tak dapatlah menikmati harga murah ini. So, kalau nak beli banyak-banyak, kene lah beratur berkali-kali ye :)

Mummy dah shopping dah. Boleh la buat stok minum di ofis tau di rumah. 

BAJU ANAK-ANAK MURAH DARI RM1.00 SEHELAI DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG

Salam Jumaat semua...dah mood weekend ke? Mesti esok ada yang dapat banyak invitation untuk open house raya, kan? Mummy pun ada 3 jemputan makan-makan raya esok, 1 jemputan kene tolak. Ampun, ya ! Jika mummy tak dapat datang tu. Jangan salah faham kot-kot ternampak timeline facebook dan instagram mummy. Mummy ke majlis lain. Jangan kecil hati tau. Petang ke malam esok pula, ada tetamu nak datang ke rumah mummy. Alhamdulillah :) Kita jamu menu simple simple mana yang sempat je ye.

Berbalik kisah weekend, kot-kot ada yang datang ke Kajang tu kan....bolehlah singgah ke Giant Prima Saujana Impian Kajang. Mummy dah singgah semalam, banyak baju kanak-kanak murah-murah. Clearance stock katanya. Beli 20 helai dalam RM18 je. Mana nak dapat baju baru anak-anak dalam RM1 - 1.50 sehelai. Boleh la buat basahan. Mana baju basahan Dhia dan Dzal yang dah buruk tu, boleh buang dah hehehe. Entah bila ye nak kemas almari baju dan sorting baju anak-anak tu. 

BAJU ANAK-ANAK MURAH DARI RM1.00 SEHELAI DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG


BAJU ANAK-ANAK MURAH DARI RM1.00 SEHELAI DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG

Antara sebahagian baju Dhia dan Dzal, cantik-cantik juga baju yang ada..tapi, kene pandai pilih. Mummy tak sempat nak pilih lelama. Sebab sebelah rak pakaian kanak-kanak tu ada banyak barangan kaca. Anak-anak dah ke sana sini..takut kang pecah pulak barangan kaca tu. Udah nak kene bayar pulak kang nanti.


BAJU ANAK-ANAK MURAH DARI RM1.00 SEHELAI DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG
barang dapur pun banyak juga..tai tak ada harga clearance.


BAJU ANAK-ANAK MURAH DARI RM1.00 SEHELAI DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG
baju longgok-lonngok clearance tu yang mummy borong. Baju baru bukan second hand atau bundle 


BAJU ANAK-ANAK MURAH DARI RM1.00 SEHELAI DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG
Baju untuk Bella harga asal tshirt tu RM14.99. Hadiah sepasang untuk anak buah sebab malam ni nak datang tidur rumah mummy

BAJU ANAK-ANAK MURAH DARI RM1.00 SEHELAI DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG
Seluar tidur Dhia Batrisya


BAJU ANAK-ANAK MURAH DARI RM1.00 SEHELAI DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG
Sepasang baju tidur Dhia..mummy mix and match ikut suka je :)


BAJU ANAK-ANAK MURAH DARI RM1.00 SEHELAI DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG
Baju tidur Dzal


BAJU ANAK-ANAK MURAH DARI RM1.00 SEHELAI DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG
Dhia lagi..budak ni kene pink je.. Suka pink, tiap masa nak pakai baju pink


BAJU ANAK-ANAK MURAH DARI RM1.00 SEHELAI DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG
Baju tidur Dzal, mix and match mana yang ada je. RM7.99 tu harga asal


BAJU ANAK-ANAK MURAH DARI RM1.00 SEHELAI DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG
Baju Dzal lagi

BAJU ANAK-ANAK MURAH DARI RM1.00 SEHELAI DI GIANT PRIMA SAUJANA KAJANG
Baju tidur untuk Rayyan, anak buah mummy. Dia dan Bella akan tidur rumah mummy malam ni.


Kualiti pakaian ni ok juga...clearance sebab apa? Maybe sebab seluar dan baju tu pasangannya dah hilang. Mummy pergi semalam banyak stok habis. Tapi akan restock today kata pihak Giant Prima Saujana Kajang. Auuuummmm...sindrom mak-mak dah sampai. Macam nak borong lagi je hahaha.

Mesej Jualan Murah Sempena Raya 2016



Salam Ramadhan.. Ada yang belum shopping raya ke? Ada yang tengah tunggu tempat mana ada sale jualan murah Hari Raya Aidilfitri 2016 ke? Mummy pun sebenarnya baru teringat, baju daddy ada sepasang je untuk raya kali ini. Allahuakbar. Sibuk benar menyiapkan baju raya anak-anak. Dari awal tahun mengumpul..beli sedikit demi sedikit. Tup..tup..lupa tang baju laki sendiri. 

Tapi..tak pe..mummy ada terima banyak mesej jualan murah sempena Raya Aidilfitri 2016.

Mesej Jualan Murah Sempena Raya 2016


Mesej Jualan Murah Sempena Raya 2016


Antara mesej yang mumma berkenaan sales jualan murah sempena Hari Raya Aidilfitri 2016 ialah :


RM0.00 AEON MEMBER PRIVILEGE DAY 26 JUNE 2016.FREE RM10 Voucher with purchase of RM100 at all AEON Stores(Excl S/market,M/media,GST&KB)bit.ly/AEONampd T&C apply


RM0.00 KL SOGO: The 1Malaysia Mega Sale Carnival is FINALLY HERE! Irresistible offers and discounts not to be missed at KL SOGO from 15 June - 31 August 2016


Ha.....jom lah kita serbu mana yang dekat dan berbaloi ye ! Selamat berSHOPPING semua !!




BILA BODY SHOPS SALE HINGGA 70%

THE BODY SHOP SALE 20 MEI 2016 HINGGA 12 JUN 2016 HINGGA 70%


Yeay...mummy ada dapat email the body shops sale hingga 70%. Korang pun mesti ada terima kan? Bila dapat je email dari the body shops ini, cepat-cepat mummy godek website nya. Dah berapa kali terkena, time mummy nak beli barang. Barang yang nak asyik sold out je kan. Sebenarnya tak ada barang spesifik yang nak borong masa the body shops sale . Tapi, saje cuci mata kot-kot ada yang berkenan ke kan. Dah kata 70% tu huhu ..Pengaruh iklan sangat mummy ni !

BILA BODY SHOPS SALE HINGGA 70%

BILA THE BODY SHOP SALE  HINGGA 70%


Terjebak juga dengan the body shops sale hingga 70%.

Beli la beberapa ketul barang. Toner Body Shops tu dalam RM8, lip gloss dalam RM12. Dhia suka nak melawa, takut nak bagi lipstik mummy. Kita share lip gloss strawberi body shops je ye !

BILA BODY SHOPS SALE HINGGA 70%

Hasil tangkapan the body shops sale belian online !

Budget RM100 Untuk 5 Helai Pakaian Di Sogo KL

Hanya Budget RM100 Untuk 5 Helai Pakaian Berjenama Di Sogo KL


Kalau cerita bab shopping ini, mummy memang suka. Lagi-lagi bila ada sales ! Jualan murah ! Memang wajib benar kena terjah ! Sogo KL antara salah satu tempat yang mummy rasakan gila-gila jualan murah dia ! Walaupun tahu murah, lama juga tak terjah Sogo KL. Sampai kad keahlian Sogo KL pun dah luput !

 Hanya Budget RM100 Untuk 5 Helai Pakaian Berjenama Di Sogo KL

Setelah bertahun lamanya..Sampai juga kami di Sogo KL. Kali ini, datang berempat. Sampai Sogo KL ...terus zaaas buat kad keahlian baru ! Kebetulan memang dah rezeki kami kot ! Dapat keahlian PERCUMA 5 tahun !  Tahun 2021 baru luput !

Stall Burger Untuk Dijual

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Semalam mummy ada up di instagram dan facebook tentang stall burger untuk di jual (kiosk burger untuk di jual) di Kajang ini. Banyak juga pertanyaan yang datang, 'kenapa nak jual jika dah stabil?'. 'Bukan tak ada untung pun niaga di situ !'

Mummy pun tertanya-tanya juga ! Sayang ! Walaupun modal buka perniagaan burger ini bukan bermodalkan ratusan ribu. Tapi beribu jugak lah modalnya !

stall burger untuk dijual  

Stall burger untuk dijual


Barangan pengguna murah atau mahal selepas GST?


Semalam, pertama kali kita merasai penangan GST (Goods Sales Tax) macam-macam pendapat dan pandangan terhadap GST. Dan, ada juga syarikat yang tidak kenakan GST.  Contohnya, pihak Mydin Mohamed Holdings Bhd. Yang mengatakan, mereka mengecualikan cas 6% GST ke atas semua barangan di stor mereka kepada pengguna. Tetapi mengapa di resit masih tertera including 6% GST?. Jadi, kami tak melepaskan peluang yang ada untuk melihat bagaimana GST di laksanakan. Serta, turun padang ke 3 buah pasaraya besar iaitu Giant Hypermarket (GCH Retail Malaysia Sdn Bhd), Mydin Mohamed Holdings Bhd dan Tesco Store (Malaysia) Sdn Bhd. Kita tak nak lah dengar-dengar cerita sahaja,kan? Dan bukannya, menulis sekadar menulis. Biar bertulis dan berbukti.


Dalam pada itu, kami membandingkan harga ketiga-tiga pasaraya. Sekarang ini, pengguna harus bijak. Semalam, harga minuman susu kultur nutrigen berharga RM3.99 di pasaraya Giant Hypermarket (GCH Retail Malaysia Sdn Bhd)Mydin Mohamed Holdings Bhd. CUMANYA...Pihak Mydin Mohamed Holdings Bhd mengenakan bayaran kepada pengguna sama seperti tanda harga yang di paparkan. Bermakna.... tiada GST di kenakan. BERMAKNA ..harga pengguna bayar di pasaraya Giant RM4.22 manakala Mydin kekal RM3.99.



Harga ayam segar (TIADA GST) di Giant Hypermarket (GCH Retail Malaysia Sdn Bhd). Harga RM5.99/kg. Manakala Mydin Mohamed Holdings Bhd dan Tesco Store (Malaysia) Sdn Bhd RM6.xx/kg.



Harga telur gred A (TIADA GST) di Giant Hypermarket (GCH Retail Malaysia Sdn Bhd) tiada GST RM10.99. Tiada kenaikan harga. 



Harga kentang(TIADA GST) di Giant Hypermarket (GCH Retail Malaysia Sdn Bhd) RM0.89/kgManakala Mydin Mohamed Holdings Bhd dan Tesco Store (Malaysia) Sdn Bhd RM1.xx/kg.



Walaupun ada setengah barangan bayi tiadak di kenakan GST. Tapi, makanan dalam tin untuk bayi mempunyai GST. Harga cerelac bersusu di Giant Hypermarket (GCH Retail Malaysia Sdn Bhd) RM10.99/tin dan cerelac oat, prune 2 kotak berharga RM22.01 (belum termasuk 6% GST lagi). 

Cerelac oat dan prune Mydin Mohamed Holdings Bhd pula RM10.90/ kotak (harga di paparkan sama seperti di resit - bermakna tiada GST di kenakan) dan Tesco Store (Malaysia) Sdn Bhd RM11.xx/kotak (belum termasuk 6% GST lagi).








Harga diapers Mamypoko Easy Fit Pants (JUMBO) di Giant Hypermarket (GCH Retail Malaysia Sdn Bhd) sebelum cas GST - RM34.99. Manakala Mydin Mohamed Holdings Bhd RM31.90 (tiada cas GST- harga bayaran di kaunter sama seperti harga yang di paparkan).

Kesimpulannya,
Di Giant, bayaran di kaunter dengan GST RM37.00
Di Mydin, bayaran di kaunter HANYA RM31.90



Harga diapers Drypers (JUMBO) di Mydin Mohamed Holdings Bhd RM36.xx (tiada cas GST- harga bayaran di kaunter sama seperti harga yang di paparkan). Di Tesco Store (Malaysia) Sdn Bhd RM55.xx (belum termasuk 6% GST lagi).




Harga diapers PETPET (JUMBO) pula, di Mydin Mohamed Holdings Bhd RM34.xx (tiada cas GST- harga bayaran di kaunter sama seperti harga yang di paparkan). Di Tesco Store (Malaysia) Sdn Bhd RM48.55 (belum termasuk 6% GST lagi).



Jadi, dah namapk perbezaan harga barangan secara kasar di ketiga-tiga pasaraya terkemuka di Malaysia. Kita lihat pulak, apa kebenaran Motto GST daripada pihak pasaraya Mydin Mohamed Holdings Bhd. Harga tak naik, gerenti semua Mydin tanggung.


Punyalah ramai pengguna ke ofis khidmat pelanggan Mydin. Tak berhenti-henti  mereka bertanyakan tentang resit yang tertera perkataan,' incl 6% GST'. Termasuklah kami suami isteri. Kita harus tahu ceritanya juga. Nasib kami baik pada masa itu, pertanyaan kami di jawab oleh Store Manager. Pihak mereka memang tiada mengenakan cas tambahan atau cas 6% GST. Perkataan yang tertera itu untuk tax purpose:
1. Pengguna / pelanggan yang memepunyai syarikat berdaftar dengan GST boleh claim balik ke Kastam.

2.Syarat GST adalah dengan memaparkan cara pengiraan cukai GST pada resit demi memenuhi akta. Terma "total Sales Incl GST 6%" merupakan format yang di tetapkan oleh Kastam perlu di nyatakan jelas ke atas resit pembelian. 


Mengikut resit yang tertera di atas. Bayaran yang kami bayar adalah sama seperti bayaran di kaunter. TIADA YANG BERBEZA. Cuma yang berbeza Total Sales Incl GST 6%. 

Menurut satu kenyataan (yang di forward kan oleh kenalan fb saya) Dari..


Ramai salah faham dengan resit Mydin ni.



Syarat GST ialah kena tunjuk pengiraan cukai GST pada resit tak seperti SST. GST kena tunjuk pada resit walaupun dia declare akan absorb GST.



Kepada yang masih kurang faham pengiraan gst di mydin boleh lah lihat bagaimana contoh kedai alikhsan melaksanakannya..



Alikhsan kata, misalnya harga baju sblm gst adalah rm100, selepas gst harganya tetap sama rm100. TAPI gst ditulis juga di resit. Pengiraan akan menjadi seperti berikut dln resit:



= rm94.30 + (6% x rm94.60)
= rm94.30 + rm5.70
= rm100

Alikhsan sudah menyerap gst tersebut. Begitu juga dgn pasaraya mydin. Korang dah cuba tambah semua total item price tak? Adakah 6% ditambah diatas total price tersebut? Tidak kan?



Sacara amnya, pihak pasaraya Mydin memang tidak mengenakan cas tambahan atau cas GST 6% ke atas pembelian semua barangan di stor mereka. Dan, pasaraya lain pula, menyahut seruan kerajaan Malaysia untuk mengenakan GST 6% dengan pembelian barangan tertentu. 


Gambar resit tertera di atas. Dari pasaraya Giant. Di sini, kita dapat melihat satu kesilapan, dari pihak pasaraya Giant. Mereka tidak meletakkan no pendaftaran GST di resit mereka. Adakah ini satu kesalahan?
Walaupun, pihak customer service yang bertugas pada malam tadi menyuruh kami lihat sendiri no GST yang tertera di papan iklan - pintu masuk hadapan. Cara itu kah cara sebenar?




Ini pula contoh resit pasaraya TESCO. Lengkap dengan pendaftaran no GST dan pengasingan barangan yang di kenakan GST (S) / tidak di kenakan GST (Z).

Pada pandangan saya, pengguna juga harus bijak membandingkan harga barang samada di cas GST mahupun TIDAK. Jika harga mahal tanpa GST, berbanding lebih murah  setelah di kenakan GST. 

Atau harga tanpa GST lebih murah dari harga berGST.

Pilihan di tangan masing-masing.